RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 Julai 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 3) MAKLUMAT BARU

Mengikut maklumat yang baru diterima semalam (belum dapat disahkan) ada syarikat yang telah memberi "proposal" kepada pihak berkuasa, antara lain hasrat syarikat berkenaan hendak membeli 50 buah lokomotif dan membawa masuk 200 pemandu lokomotif baru. Difahamkan sedang berusaha mendapatkan lesen sebagai operator keretapi.

Ini satu kejutan buat RUM, bila RUM keluarkan kenyataan semalam, maklumat ini pun diterima dari seorang individu.

Wow! kalau ini benar sangat luarbiasa, siapakah gerangannya, tentu seseorang yang mempunyai modal yang besar, untuk sebuah lokomotif harganya lebih kurang RM15 juta, kalau 50 buah lokomotif harganya RM 750 juta, anggaran penyelenggaraan 50 buah lokomotif bagi setahun ialah RM 30 juta, belum lagi alat ganti dan lain-lain.

Jumlah keperluan wagon yang perlu ada adalah sebanyak 2000 unit, satu wagon berharga lebih kurang RM 250 ribu, maka jumlah bagi 2000 unit adalah lebih kurang RM 500 juta.

Andaian RUM sekurang-kurangnya syarikat yang baru ditubuhkan ini memerlukan modal kurang lebih RM 2 B.

Bukan calang-calang syarikat yang mempunyai modal sebegini, siapakah gerangannya?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERANCANGAN KARGO (PT 2) (PEMBELIAAN LOKOMOTIF DAN WAGON)

Kita menyedari bahawa KARGO boleh dianggap sebagai punca pendapatan utama KTMB, maka usaha mengerakkan pengangkutan Kargo melalui REL perlu digerakkan secara intensif, purata pengangkutan Kargo melalui REL hanya sekitar 3%, maka usaha secara intensif perlu dilakukan, usaha ini tidak akan berjaya melalui beberapa faktor antaranya ialah kekurangan Lokomotif dan Wagon.

Melihat kepada keperluan Lokomotif dan Wagon maka KTMB memerlukan jumlah Lokomotif dan wagon yang mencukupi, maka pilihan yang ada ialah KTMB perlu "mencari jalan" bagaimana Lokomotif boleh bertambah, antara lain ialah menggesa Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan membeli Lokomotif dengan kadar segera, malah kita difahamkan peruntukkan pembelian lokomotif telah pun ada, dukacitanya "hangky pangky" yang berlaku menyebabkan kelewatan pembelian, tambahan mesej yang diterima ialah asakan dari pihak tertentu untuk membeli lokomotif tanpa pembeliaan secara TENDER atau mungkinkah "hangky pangky" berlaku dengan sengaja untuk melewatkan pembeliaan untuk mengerakkan idea Multiple Operator yang akan cuba diimplementasi melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Masalah yang berlaku mengenai pembelian atau sebab lain adalah kelemahan yang terwujud melalui Kementerian Pengangkutan itu sendiri.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


29 Julai 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 1) (MULTIPLE OPERATOR)

RUM dalam Mesyuarat Exconya telah menolak MULTIPLE OPERATOR yang cadangan asal atau cetusan idea dari RUM sendiri. Asas pada cetusan idea ini untuk membantu Pengurusan KTMB dalam mencari sumber pendapatan, walaupun RUM sedar dari sudut implikasinya kepada pekerja dan KTMB tetap wujud, namun dari aspek lain ianya mampu memberi faedah kepada pekerja dan KTMB.

Sayangnya Pengurusan KTMB yang diketuai Mantan Presiden KTMB tidak mengambil kesempatan ini atau mungkin beranggapan idea "budak yang tidak sekolah" tidak boleh diterima.

Hari ini idea RUM telah diceduk oleh Kementerian Pengangkutan yang cuba mewujudkan Multiple Operator di bawah RAC, keuntungan ini akan dimiliki oleh RAC sebagai "pengaut untung tanpa modal", RUM melihat ianya menghikis hak KTMB sebagai peneraju tunggal keretapi.

Justeru itu RUM menarik balik cadangan ini dan akan bersedia mengambil tindakan perusahaan sekiranya percubaan untuk melakukan Multiple Operator oleh mana-mana pihak demi mempertahankan kepentingan KTMB dan pekerja.

Kepentingan atau setiap cadangan yang mungkin RUM kemukakan adalah untuk kepentingan KTMB dan faedahnya dinikmati oleh pekerja, RUM bersedia menentang mana-mana pihak yang berkepentingan untuk merosakkan KTMB sehingga boleh mewujudkan kehancuran KTMB dan kehilangan faedah kepada pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


MESYUARAT EXCO 28.7.2016

Antara lain Mesyuarat Exco semalam membincang dan memutuskan..

1. Melahirkan sokongan sebulat suara menyokong kepimpinan YBrs Dato' Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB

2. Perjanjian Bersama - Semua Majlis Exco, Pengerusi dan Setiausaha Cawangan memahami kedudukan CA dan mengharapkan ianya dapat disegerakan.

3. RUM kekal berpendirian menolak RAC  mengambilalih Tanah KTMB

4. Mempertahankan semua tanah yang digunapakai oleh KTMB.

5. Menggesa Kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB.

6. Menarik balik cadangan MULTIPLE OPERATOR KARGO, akan bergerak membantah sebarang cadangan mewujudkan MULTIPLE OPERATOR KARGO, seterusnya KTMB adalah sebagai Operator Kargo Tunggal, menggesa kerajaan memperuntukkan Lokomotif Baru dan Wagon Baru.

7. Merayu kepada KTMB dan MoT agar Ekspress Langkawi dan Ekspress Wau beroperasi semula.

8. Lain-lain isu yang dibangkitkan oleh Majlis Exco serta pandangan dari Pengerusi dan Setiausaha Cawangan

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


28 Julai 2016

SIMPATI KEPADA Suara Nujum (GAJI LEWAT)

RUM melahirkan rasa simpati pada rakan-rakan seperjuangan di Utusan Malaysia, walaupun Akta membenarkan sehingga 7hb pada setiap bulan, tapi ianya akan mengganggu proses perbelanjaan keluarga untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Kalau RUM ditempat Suara Nujum "masak" kena belasah dengan ahli-ahli RUM, walaupun di pihak kesatuan sekerja tidak mampu buat apa-apa kerana ianya masih di bawah peruntukkan Akta.

Pada semua pihak pengurusan tak kira mana syarikat pun, walaupun ianya dibenarkan tapi ianya sangat-sangat mengundang masalah kepada kaum pekerja, janganlah ambil sesuatu tindakan yang boleh membenarkan pekerja merungut, kesihani mereka, sedaya upaya usahakanlah gaji mengikut rutin atau amalan pembayaran sebelum tarikh atau tidak lebih 30 hari dari gaji sebelumnya.

Bukan semua orang mampu menabung, tambahan gaji kecil, kadang-kadang gaji bulan yang diterima tak mampu sampai ke gaji bulan berikutnya, (tak sampai minggu ketiga duit dah abis).

Semoga ianya tidak berlaku dalam KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


26 Julai 2016

MAJLIS HARI RAYA KTMB (CERITA CA)

Terima kasih atas jemputan, saya bersama Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden hadir di Majlis Raya KTMB, cuma tak sempat nak bergambar.

Saya sempat berbual mesra dengan Lembaga Pengarah yang hadir bersua muka dengan Presiden KTMB, Pengurus Besar KTMB, tak lupa rakan baik saya GM TMOD, tetap bergurau mesra.

Sempat berbual dengan mantan2 pekerja KTMB dan siapa yang sempat ditemui termasuk dikalangan exec (al maklumlah ramai sangat, semua tengah sebuk menjamu selera), dalam banyak berbual tu, tetap ada pertanyaan bagaimana kedudukan Perjanjian Bersama (CA), malah masa dalam kereta ketika pulang ke opis, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung juga memaklumkam ditanya soalan  yang sama mengenai CA, rata-rata yang bertanya dari kalangan EXEC, kami pun maklum EXEC juga pekerja, sewajarnya bertanyakan soalan pada SOA bukan kepada kami, tapi kami tetap jawab sebab semua rakan-rakan sekerja tak kira apa pun jawatan mereka.

Secara lisan saya jelaskan sebab musababnya, cuma dalam Suara Rum saya tak dapat jelaskan secara terbuka, ayat yang saya boleh keluarkan hanyalah "BERSABAR", sabarlah... yakin pada REZEKI, rezeki datang dari Allah Swt, kita di RUM sentiasa berusaha untuk merealisasikan.. In Syaa Allah.

Namun khamis ini (28.7.2016) Mesyuarat Exco, pada Exco yang hadir, saya akan jelaskan sebab musababnya, kerana Exco  yang hadir adalah pembuat keputusan dasar selepas persidangan perwakilan, turut hadir dalam Mesyuarat Exco adalah Pengerusi/Setiausaha Cawangan selaku pemerhati, yang mana semua maklumat dan perkembangan dalam Mesyuarat Exco akan diketahui seterusnya menyampaikan butirannya kepada Jawatankuasa Cawangan dan ahli-ahli cawangan yang diterajui mereka, menjadi tanggungjawab Pengerusi/Setiausaha Cawangan untuk menyampaikan perkembangan terkini kepada ahli-ahli RUM dan selaku ahli-ahli berhak untuk bertanyakan kepada Pengerusi/Setiausaha dan Wakil Bahagian masing-masing.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak pengurusan yang sudi menjemput kepimpinan RUM, kami sangat hargai.

Presiden RUM


24 Julai 2016

Kenyataan Inbox FB

Saya tidak berniat nak reply... jadi saya paparkan dalam Suara RUM..



Sebab saya tak mahu reply..

1. Fake akaun..
2. Saya tidak dapat mengesahkan individu ini ahli atau tidak..
3. Bukan friend Suara Rum
4. Kenyataan mengenai CA telah pun dipaparkan dalam Suara RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Perkongsian Bicara

Tertarik dengan kenyataan ini... tika perkongsian bicara dalam group Whatsapp... maka RUM paparkan sebagai Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Julai 2016

PERKONGSIAN INFO 1 TAHAP @ PERINGKAT

Tahap atau peringkat atau "step" adalah garis panduan yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasakerja RUM, untuk mencapai tahap ke satu-satu peringkat memerlukan tempoh atau masa yang bersesuaian atau suatu tempoh @ masa yang munasabah.

Ianya tidak boleh diambil dalam keadaan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira fakta atau alasan yang munasabah sehingga sampai satu tahap atau peringkat yang tertinggi.

Tahap 1 - adalah tunduk

Tunduk ini lebih kepada merayu atau melalui hubungan yang baik dijalinkan melalui kerjasama samada cara sebagai rakan atau dalam sifat kekeluargaan ianya boleh dilakukan melalui perjumpaan, penulisan atau mana-mana mesyuarat rasmi secara simboliknya ianya lebih baik dilakukan dengan cara santai iaitu seperti direstoran mamak (pekena tea tarik)

Tahap 2 - adalah tegas

Tegas lebih isu-isu yang berbangkit yang gagal diselesaikan, ianya masih boleh dilakukan secara perjumpaan, penulisan atau mana-mana mesyuarat rasmi.

Tahap 3 - adalah separa tinggi

Separa tinggi lebih kepada saat ketegangan bila isu yang dibangkitkan berulangkali dilakukan atau isu yang jelas dan nyata bertentangan dengan undang-undang atau isu yang berulang-ulangkali dalam minit (perkara berbangkit atau surat yang telah banyak dikeluarkan) yang gagal diselesaikan, tindakan separa tinggi ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sehingga suara yang tinggi, kurang ajar, maki dan kenyataan berupa gambar dalam mana-mana media termasuk kenyataan akhbar.

Tahap 4 - Tinggi

Tahap ini semua saluran perlu digunakan untuk penyelesaian masalah, memberi tekanan yang semaksimum sehingga mengambil tindakan perusahaan.

Semua ini adalah proses yang digunapakai oleh RUM, setiap tahap adalah bidangkuasa urus tadbir RUM (Jawatankuasa Kerja) kecuali tahap 4 adalah bidangkuasa Majlis Exco.

RUM tidak akan bertindak agresif sekiranya semua proses ini dapat diselesaikan diperingkat tahap 1 dan 2, justeru itu adalah digalakkan semua peringkat penyelesaian dilakukan pada tahap 1 iaitu perbincangan secara kawan atau kekeluargaan atau bahasa pasarnya di restoran mamak @ pekena tea tarik.

Setiap tindakan RUM adalah selaras dengan Peraturan Kesatuan dan Akta Kesatuan Sekerja, RUM sesekali tidak akan bertindak diluar batasan undang-undang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PERKONGSIAN INFO GAMBAR

Cerita RUM letakkan gambar mana-mana penyandang jawatan tertentu bukanlah perkara baru, ianya telah dipraktiskan sejak Mantan Presiden KTMB.

Sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja, ianya adalah "senjata" untuk menghentam mana-mana penyandang jawatan yang melakukan kesalahan yang menjejaskan pekerja, KTMB dan khususnya bertentangan dengan Perjanjian Bersama.

Senjata Kesatuan Sekerja "cukup luas" untuk memberi tekanan kepada mana-mana pihak yang bertangggungjawab sehingga memalukan penyandang jawatan.

Wajar atau tidak wajar itu bergantung kepada persepsi, sekiranya "tidak wajar" maka jangan mencabul mana-mana perkara yang bertentangan yang boleh menghakibatkan kemarahan kesatuan sekerja.

Kesatuan Sekerja mempunyai beberapa peringkat @ tahap untuk mencapai ke satu peringkat @ tahap sehingga mengeluarkan gambar, malah peringkat @ tahap paling tinggi adalah tindakan perusahaan, justeru itu RUM mengingatkan jangan sesekali melakukan perkara yang bertentangan dengan mana-mana perkara yang boleh menimbulkan kemarahan kepada kesatuan sekerja.

Tindakan Perusahaan seperti PIKET juga adalah antara satu tindakan yang boleh disebut sebagai tindakan untuk "memalukan", maka "memalukan" adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

22 Julai 2016

ETS (Satu ketika dicadangkan dianaksyarikat)

Masih ingat lagi?

Zaman Mantan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan yang mencadangkan ETS di anaksyarikatkan..

Bagaimana RUM berperang dengan Mantan Presiden KTMB yang bertegas mahu anaksyarikatkan ETS, RUM pula membantah sekeras-kerasnya mempertahankan ETS kekal dalam KTMB, pertikaian wujud sehingga RUM mengambil tindakan PIKET mendesak Mantan Presiden KTMB dikeluarkan dari KTMB.

Kejayaan besar RUM adalah berjaya mengekalkan ETS dalam KTMB.

Sekiranya RUM gagal ketika itu, hari ini ETS bukan lagi milik KTMB, ETS telah dianaksyarikatkan malah kemungkinan ETS telah pun dijual.

Hari ini semua Warga KTMB bangga kerana KTMB memiliki ETS, ramai yang puji KTMB kerana perkhidmatan KTMB bertambah baik, KTMB berjaya mengembalikan kegemilangannya.

Malah ETS menyelamatkan KTMB dari kekekangan pendapatan, ETS membantu meningkatkan pendapatan untuk menanggung kos operasi KTMB. Andai ETS tiada dalam KTMB, hari ini kita tidak tahu apa terjadi, dengan lokomotif makin berkurangan, koc makin berkurangan, malah pekerja berada dalam risiko yang sangat tinggi.

Inilah pendekatan RUM, "sediakan payung sebelum hujan", mempertahankan sebelum sesuatu yang buruk berlaku, demi masa depan pekerja dan KTMB, andai RUM berprinsip "dah terantuk, baru nak tergadah, alamatnya "nasi dah jadi bubur".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

21 Julai 2016

Kunjungan Kesatuan Sirim ke Pejabat RUM

Kunjungan Kesatuan Sirim ke Pejabat RUM, kehadiran pemimpin ini untuk mendapatkan pengetahuan mengenai CA.

Kesatuan Sirim dalam peringkat penyediaan CA pertama, difahamkan telah berlarutan lebih 2 tahun, RUM mendoakan Kesatuan Sirim berjaya dalam rundingan berikutnya sehingga berjaya menwujudkan CA pertama.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

20 Julai 2016

PERUMAHAN SHAH ALAM & KLANG

RUM merasa hairan, tup tap.. langsung tak de khabar berita tanah keretapi telah pun diserahkan kepada pihak tertentu... Penduduk@Pekerja@Ahli Rum telah diarah mengosongkan rumah...
RUM sebuk belasah RAC.. tapi tetap hilang, sedangkan ianya kegunaan KTMB... yang untung RAC... yang gigit jari dan bermasalah adalah KTMB.
Jabatan Projek dan Hartanah KTMB duk senyap dan akur, terima sahaja arahan bulat-bulat tanpa berusaha mempertahankan, kalau takut bagitau dengan RUM... ni senyap.. seolah-olah bersubahat...
Letih cam ni...
Pertahankanlah KTMB, carilah hujah dan fakta.. janganlah terus terima bulat-bulat... sayangilah KTMB...
RUM memandang SERIUS mengenai perkara ini dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada hari Khamis ini dan Mesyuarat Exco pada 28 Julai 2016. RUM juga akan membincangkan perumahan Bangsar Utama, Lengkuk Abdullah dan semua tanah KTMB yang dalam kegunaan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

19 Julai 2016

GM TMOD BALAS SURAT

Ini macamlah... kalau bincang dulu dengan RUM, tak ada pun isu... nak tunggu RUM naik angin dulu... benda semua boleh bincang, syarat jangan belakangkan RUM, hormati Perjanjian Bersama.. kerja jadi mudah...

RUM berharap selepas ini, setiap perancangan yang cuba digerakkan maklum dengan RUM, jangan terus tembak... kalau tembak.... RUM tembak balik...
Satu pesanan pada GM TMOD, CA adalah di bawah kawal selia GM TMOD, bagi arahan melalui pekeliling pada semua jabatan, setiap perancangan yang melibatkan pekerja hendaklah dimaklumkan kepada GM TMOD, kerana semua pelaksanaan melibatkan pekerja adalah tanggungjawab GM TMOD.
Menjadi tanggungjawab GM TMOD untuk membincangkan dengan RUM, bagi memastikan pekerja tidak teraniya.
RUM tidak akan membenarkan mana-mana pekerja khususnya ahli RUM teraniaya... please "HORMATI CA".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Untuk Pengetahuan ahli-ahli RUM

Surat Kesatuan bertarikh 9hb Jun 2016 dan surat bertarikh surat bertarikh 18 Julai 2016 dipaparkan untuk pengetahuan ahli-ahli RUM.






16 Julai 2016

HUBUNGAN (KEHARMONIAN PERUSAHAAN)

RUM memang menitikkan hubungan baik di bawah prinsip Keharmonian Perusahaan, maksudnya RUM tidak mahu gaduh-gaduh, ada isu, ada masalah maka jalannya berunding.

Berunding ini ada banyak cara, cara kedai kopi, cara adhock, cara rasmi dan sebagainya. Cara kedai kopi adalah terbaik, borak-borak sambil bertukar pandangan, kalau ada isu, selesaikan saja di kedai kopi...

Tapi GM TMOD ni lain macam... kawan baik tu... adeiii... tup.. tup... dia bagi BOM, Pegawai RUM kena asak... ada yang kata, RUM kena belilah.. macam-macam... malah pemimpin RUM ada yang kena maki, sedangkan pemimpin RUM tak tau... apa benda pun...

Agaknya GM TMOD ni memang nak cari pasal... owh.. maklumlah GM TMOD ni "BODOH @ BANGANG", apa itu CA pun tak tau... entah-entah... balaci Mantan Presiden KTMB... main bulldozed je...

Tapi dilihat caranya... macam sengaja nak melaga-lagakan RUM dengan Presiden KTMB... adeiiiii... payah macam ni.. haha... entah-entah sebab frust 15% kenaikan gaji anugerah Mantan Presiden KTMB yang diberi tanpa mengikut peruntukkan undang-undang dia ni dalangnya... (telah ditarik kembali)  tu sebab sampai bawa ke JPP... haha... kalau benar ni... memang lawak... kalau non exec... satu hal lah... gaji kecil...

Tapi memang GM TMOD ni tidak layak... dalilnya... GM TMOD telah melakukan perkara yang bertentangan dengan CA dengan membenarkan pegawai bawah mengeluarkan email, samada dia tahu atau tidak... dia mesti bertanggungjawab dan hendaklah diambil "TINDAKAN TATATERTIB SEHINGGA DIBUANG KERJA" kerana dengan "niat jahat" telah melakukan kesalahan iaitu...

1. Membelakangkan atau melakukan  perkara yang bertentangan Perjanjian Bersama.
2. Cuba mewujudkan pertikaian
3. Cuba melaga-lagakan RUM dengan Presiden KTMB.

3 tuduhan ini sudah cukup mengheret GM TMOD diambil tindakan tatatertib, sekiranya didapati bersalah hendaklah diambil tindakan sehingga dibuang kerja... ialah... tak kan "KULI" salah... dibuang kerja... GM salah... tak perlu ambil tindakan... GM pun makan gaji juga...

Andaikata GM TMOD tak tau menahu... maka sipolan yang mengeluarkan email tersebut boleh diambil tindakan tatatertib... (tu nak ajar GM TMOD yang mungkin nak selamatkan diri... haha)

RUM nasihatkan gi lah belajar betul2 apa itu Akta Perhubungan Perusahaan, apa itu Perjanjian Bersama apa tafsiran "Keharmonian Perusahaan".

Janganlah RUM sahaja yang nak jaga hubungan... RUM pun ada tahap kesabaran...

Pemimpin RUM kena belasah dengan ahli-ahli... maka Pemimpin RUM dah tentu tak kan diam diri.. maka RUM pasti naik angin dan hentam mana-mana pengurusan... apa tah lagi kalau ianya bertentangan dengan Perjanjian Bersama(CA) memang nak cari sakitlah....

Please... RUM sebenarnya dah malas nak gaduh-gaduh... tapi tolonglah jangan cari pasal... kalau cari pasal... JANGAN SALAHKAN RUM!

RUM akan bawa isu ini dalam Mesyuarat Exco dalam waktu terdekat... membincangkan isu GM TMOD secara serius...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 Julai 2016

GM TMOD

Hello!!!... apa citer ni... RUM tak tau... u tk baca CA ke? memang lu tarak layak jadi GM TMOD!!! FAILED!!!!!!!!!!!!!!!

Badan Perundingan Tunggal... lu tak baca ke?

Adeiii....

Ini orang betul2... buat RUM naik angin...

Lu mau PERANG KE?????????????

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Julai 2016

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN (EGMM)

Isu ini banyak dibangkitkan atau dirungutkan oleh ahli-ahli RUM.

Suka saya jelaskan..

Pekerja yang bekerja hendaklah diberi rehat tidak melebihi 5 jam secara berterusan.

RUM menyedari bahawa keperluan kerja KTMB  berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" maka pekerja boleh dianjakan jadual waktu makan atau digantikan dengan Elaun Gantian Masa Makan (EGMM).

Namun apa yang berlaku, ada kewujudan "KEGAGALAN" menjadualkan waktu makan, kegagalan menjadualkan waktu makan agak menyukarkan pekerja untuk membuat tuntutan Elaun Gantian Masa Makan, adakala penyelia memotong tuntutan EGMM disebabkan "bukti" jadual waktu makan tidak wujud.

Ini menghakibatkan "penganiayaan" kepada pekerja.

Justeru itu RUM mengharapkan semua pekerja di JADUALKAN waktu makan bagi memastikan kelayakkan tuntutan EGMM.

Ingatan kepada pekerja pastikan waktu makan adalah dalam masa yang dijadualkan, waktu makan tidak boleh ditentukan oleh mana-mana pekerja kecuali penyelia atau pegawai atasannya dan hendaklah secara hitam putih sebagai bukti dokumen.

Pegawai Cawangan sila ambil maklum, pastikan semua pekerja dijadualkan waktu makan dan sila bangkitkan dalam Mesyuarat Perbincangan Wilayah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


13 Julai 2016

ISU DASAR (RAC, CA, KUARTERS & TANAH KEGUNAAN KTMB)

Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, hari ini mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan, Kesihatan, Perkerjaan dan Persekitaran (oshen), yang mana saya tidak dapat hadir kerana saya hanya bertolak ke Kuala Lumpur dari Taiping pagi ini, namun Pengerusi Oshen RUM, Sdr Mokhtar yang juga Timbalan Presiden RUM akan mengetuai delegasi RUM dalam membincangkan isu berbangkit maupun isu baru mengenai keselamatan.

Isu penting yang kita hadapi ialah isu Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang RUM perjuangkan, ianya tidak lepas ataupun lupa tentang RAC yang kita mengambil pendekatan " sangat serius".

Isu CA adalah keutamaan RUM, RUM menyedari bahawa tempoh masa yang panjang dalam menunggu kelulusan Lembaga Pengarah KTMB (Board), apa yang dipinta kepada ahli-ahli RUM ialah bersabar, dalam hal ini kita tidak boleh tergesa-gesa kerana situasi kewangan KTMB yang agak kritikal sehingga apa yang RUM perjuangkan melalui RALLY tempoh hari dapat menghasilkan sesuatu, bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat sesuatu yang baik.

Isu dasar lain yang menjadi perhatian serius RUM ialah isu tanah keretapi yang melibatkan kuarters Bangsar Utama, Lengkuk Abdullah dan tanah yang digunakan untuk kepentingan KTMB.

3 isu dasar yang penting melibatkan kepentingan Warga KTMB, apa yang penting perpaduan dan kekuatan ahli terus ditingkatkan, suasana hari raya tetap kita sambut dengan gembira tetapi kita tetap tidak boleh lupa masalah yang mungkin berlaku kepada kita warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM.

Bersama kita pertahankan hak kita dan berjuang terus demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya bagi pihak Majlis Exco dan Warga RUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semoga Raya ini memberi kegembiraan bersama keluarga tercinta, kepada yang bertugas di Hari Raya, selamat bertugas, terima kasih tidak terhingga mengorbankan waktu kegembiraan bersama keluarga ketika dihari raya demi tugas yang diamanahkan.

Kepada yang pulang berhari raya mengunakan kenderaan sendiri berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi.

Kami Pegawai Utama & Majlis Exco RUM juga mengambil kesempatan ini menyusun jari memohon ampun dan maaf sepanjang kami menjalankan tugas sebagai pegawai RUM.

Secara peribadi, saya juga ingin mengambil kesempatan ini memgucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir n Batin.

Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM