14 Julai 2016

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN (EGMM)

Isu ini banyak dibangkitkan atau dirungutkan oleh ahli-ahli RUM.

Suka saya jelaskan..

Pekerja yang bekerja hendaklah diberi rehat tidak melebihi 5 jam secara berterusan.

RUM menyedari bahawa keperluan kerja KTMB  berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" maka pekerja boleh dianjakan jadual waktu makan atau digantikan dengan Elaun Gantian Masa Makan (EGMM).

Namun apa yang berlaku, ada kewujudan "KEGAGALAN" menjadualkan waktu makan, kegagalan menjadualkan waktu makan agak menyukarkan pekerja untuk membuat tuntutan Elaun Gantian Masa Makan, adakala penyelia memotong tuntutan EGMM disebabkan "bukti" jadual waktu makan tidak wujud.

Ini menghakibatkan "penganiayaan" kepada pekerja.

Justeru itu RUM mengharapkan semua pekerja di JADUALKAN waktu makan bagi memastikan kelayakkan tuntutan EGMM.

Ingatan kepada pekerja pastikan waktu makan adalah dalam masa yang dijadualkan, waktu makan tidak boleh ditentukan oleh mana-mana pekerja kecuali penyelia atau pegawai atasannya dan hendaklah secara hitam putih sebagai bukti dokumen.

Pegawai Cawangan sila ambil maklum, pastikan semua pekerja dijadualkan waktu makan dan sila bangkitkan dalam Mesyuarat Perbincangan Wilayah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


Related Posts:

  • KOMEN MANTAN PEKERJA KTMB MENARIK UNTUK DIPAPARKAN. Read More
  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menggesa majikan menghentikan segala bentuk penindasan "Union Busting" terhadap pekerja … Read More
  • PERJUANGAN DAN HUKUMAN Semua orang luar nampak, semua mantan pekerja KTMB nampak, semua ini telah perkatakan melalui RUM, tapi kesudahannya pemimpin di buang kerja. Setahun berbicara awalan kemasukan Presiden KTMB, RUM percaya dengan "kehar… Read More
  • Walkers Walk anjuran MTUC (gambar) Walkers Walk anjuran MTUC bermula di perkarangan Ibu Pejabat KTMB Taklimat dari urusetia Taklimat dari urusetia di perkarangan Ibu Pejabat KTMB Di pekarangan Ibu Pejabat Suakam Penyerahan Memorandum kep… Read More
  • Kesatuan jalan kaki bantah isu cabul hak berpesatuan Kira-kira 150 pekerja termasuk 20 pemimpin kesatuan pekerja hari ini berjalan kaki bagi menyerahkan memorandum membantah pencabulan hak berpesatuan. Kumpulan ini bergerak daripada stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KT… Read More