30 Julai 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 3) MAKLUMAT BARU

Mengikut maklumat yang baru diterima semalam (belum dapat disahkan) ada syarikat yang telah memberi "proposal" kepada pihak berkuasa, antara lain hasrat syarikat berkenaan hendak membeli 50 buah lokomotif dan membawa masuk 200 pemandu lokomotif baru. Difahamkan sedang berusaha mendapatkan lesen sebagai operator keretapi.

Ini satu kejutan buat RUM, bila RUM keluarkan kenyataan semalam, maklumat ini pun diterima dari seorang individu.

Wow! kalau ini benar sangat luarbiasa, siapakah gerangannya, tentu seseorang yang mempunyai modal yang besar, untuk sebuah lokomotif harganya lebih kurang RM15 juta, kalau 50 buah lokomotif harganya RM 750 juta, anggaran penyelenggaraan 50 buah lokomotif bagi setahun ialah RM 30 juta, belum lagi alat ganti dan lain-lain.

Jumlah keperluan wagon yang perlu ada adalah sebanyak 2000 unit, satu wagon berharga lebih kurang RM 250 ribu, maka jumlah bagi 2000 unit adalah lebih kurang RM 500 juta.

Andaian RUM sekurang-kurangnya syarikat yang baru ditubuhkan ini memerlukan modal kurang lebih RM 2 B.

Bukan calang-calang syarikat yang mempunyai modal sebegini, siapakah gerangannya?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB