26 Julai 2016

MAJLIS HARI RAYA KTMB (CERITA CA)

Terima kasih atas jemputan, saya bersama Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden hadir di Majlis Raya KTMB, cuma tak sempat nak bergambar.

Saya sempat berbual mesra dengan Lembaga Pengarah yang hadir bersua muka dengan Presiden KTMB, Pengurus Besar KTMB, tak lupa rakan baik saya GM TMOD, tetap bergurau mesra.

Sempat berbual dengan mantan2 pekerja KTMB dan siapa yang sempat ditemui termasuk dikalangan exec (al maklumlah ramai sangat, semua tengah sebuk menjamu selera), dalam banyak berbual tu, tetap ada pertanyaan bagaimana kedudukan Perjanjian Bersama (CA), malah masa dalam kereta ketika pulang ke opis, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung juga memaklumkam ditanya soalan  yang sama mengenai CA, rata-rata yang bertanya dari kalangan EXEC, kami pun maklum EXEC juga pekerja, sewajarnya bertanyakan soalan pada SOA bukan kepada kami, tapi kami tetap jawab sebab semua rakan-rakan sekerja tak kira apa pun jawatan mereka.

Secara lisan saya jelaskan sebab musababnya, cuma dalam Suara Rum saya tak dapat jelaskan secara terbuka, ayat yang saya boleh keluarkan hanyalah "BERSABAR", sabarlah... yakin pada REZEKI, rezeki datang dari Allah Swt, kita di RUM sentiasa berusaha untuk merealisasikan.. In Syaa Allah.

Namun khamis ini (28.7.2016) Mesyuarat Exco, pada Exco yang hadir, saya akan jelaskan sebab musababnya, kerana Exco  yang hadir adalah pembuat keputusan dasar selepas persidangan perwakilan, turut hadir dalam Mesyuarat Exco adalah Pengerusi/Setiausaha Cawangan selaku pemerhati, yang mana semua maklumat dan perkembangan dalam Mesyuarat Exco akan diketahui seterusnya menyampaikan butirannya kepada Jawatankuasa Cawangan dan ahli-ahli cawangan yang diterajui mereka, menjadi tanggungjawab Pengerusi/Setiausaha Cawangan untuk menyampaikan perkembangan terkini kepada ahli-ahli RUM dan selaku ahli-ahli berhak untuk bertanyakan kepada Pengerusi/Setiausaha dan Wakil Bahagian masing-masing.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak pengurusan yang sudi menjemput kepimpinan RUM, kami sangat hargai.

Presiden RUM


Related Posts:

  • SABARBersabarlah sahabat-sahabat ku.. Kemarahan tidak akan kemana... Kemenangan telah pun tercipta... Anugerah Allah Yang Maha Esa.. Kita ada lagi tujuan... Kita akan jauh melangkah... Kita akan terus berjuang... Matlamat perjuang… Read More
  • PERJANJIAN BERSAMA Kemelut telah pun selesai, tumpuan kita ialah membuat persediaan menyediakan "DRAF PERJANJIAN BERSAMA" (CA). Perjanjian Bersama akan tamat pada 31.12.2015, berdasarkan peruntukan dalam CA, pihak kesatuan boleh mengemukaka… Read More
  • PANTAI TIMUR Perbincangan saya dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB mengenai isu Pantai Timur bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan telah bersetuju untuk membatalkan semua pertukaran pekerja di Pantai Timur yang telah diarahkan … Read More
  • 9/5 ULANG TAHUN PERTAMA Tercatat dalam sejarah satu perjuangan yang panjang, penuh dengan cabaran, tekanan, masam, pahit, sedih, tangisan, segenap bentuk perasaan dialami oleh semua yang terlibat khususnya mereka yang mampu berada sehingga saat a… Read More
  • KENAIKAN GAJI TAHUNAN Pihak kesatuan telah menerima banyak rungutan mengenai kenaikan gaji tahunan yang di bayar separuh dari yang diperuntukkan dalam skala gaji kenaikan tahunan. Masalah ini berlaku adalah di bawah pentadbiran Dato Elias Kadi… Read More