23 Julai 2016

PERKONGSIAN INFO 1 TAHAP @ PERINGKAT

Tahap atau peringkat atau "step" adalah garis panduan yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasakerja RUM, untuk mencapai tahap ke satu-satu peringkat memerlukan tempoh atau masa yang bersesuaian atau suatu tempoh @ masa yang munasabah.

Ianya tidak boleh diambil dalam keadaan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira fakta atau alasan yang munasabah sehingga sampai satu tahap atau peringkat yang tertinggi.

Tahap 1 - adalah tunduk

Tunduk ini lebih kepada merayu atau melalui hubungan yang baik dijalinkan melalui kerjasama samada cara sebagai rakan atau dalam sifat kekeluargaan ianya boleh dilakukan melalui perjumpaan, penulisan atau mana-mana mesyuarat rasmi secara simboliknya ianya lebih baik dilakukan dengan cara santai iaitu seperti direstoran mamak (pekena tea tarik)

Tahap 2 - adalah tegas

Tegas lebih isu-isu yang berbangkit yang gagal diselesaikan, ianya masih boleh dilakukan secara perjumpaan, penulisan atau mana-mana mesyuarat rasmi.

Tahap 3 - adalah separa tinggi

Separa tinggi lebih kepada saat ketegangan bila isu yang dibangkitkan berulangkali dilakukan atau isu yang jelas dan nyata bertentangan dengan undang-undang atau isu yang berulang-ulangkali dalam minit (perkara berbangkit atau surat yang telah banyak dikeluarkan) yang gagal diselesaikan, tindakan separa tinggi ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sehingga suara yang tinggi, kurang ajar, maki dan kenyataan berupa gambar dalam mana-mana media termasuk kenyataan akhbar.

Tahap 4 - Tinggi

Tahap ini semua saluran perlu digunakan untuk penyelesaian masalah, memberi tekanan yang semaksimum sehingga mengambil tindakan perusahaan.

Semua ini adalah proses yang digunapakai oleh RUM, setiap tahap adalah bidangkuasa urus tadbir RUM (Jawatankuasa Kerja) kecuali tahap 4 adalah bidangkuasa Majlis Exco.

RUM tidak akan bertindak agresif sekiranya semua proses ini dapat diselesaikan diperingkat tahap 1 dan 2, justeru itu adalah digalakkan semua peringkat penyelesaian dilakukan pada tahap 1 iaitu perbincangan secara kawan atau kekeluargaan atau bahasa pasarnya di restoran mamak @ pekena tea tarik.

Setiap tindakan RUM adalah selaras dengan Peraturan Kesatuan dan Akta Kesatuan Sekerja, RUM sesekali tidak akan bertindak diluar batasan undang-undang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB