22 Julai 2016

ETS (Satu ketika dicadangkan dianaksyarikat)

Masih ingat lagi?

Zaman Mantan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan yang mencadangkan ETS di anaksyarikatkan..

Bagaimana RUM berperang dengan Mantan Presiden KTMB yang bertegas mahu anaksyarikatkan ETS, RUM pula membantah sekeras-kerasnya mempertahankan ETS kekal dalam KTMB, pertikaian wujud sehingga RUM mengambil tindakan PIKET mendesak Mantan Presiden KTMB dikeluarkan dari KTMB.

Kejayaan besar RUM adalah berjaya mengekalkan ETS dalam KTMB.

Sekiranya RUM gagal ketika itu, hari ini ETS bukan lagi milik KTMB, ETS telah dianaksyarikatkan malah kemungkinan ETS telah pun dijual.

Hari ini semua Warga KTMB bangga kerana KTMB memiliki ETS, ramai yang puji KTMB kerana perkhidmatan KTMB bertambah baik, KTMB berjaya mengembalikan kegemilangannya.

Malah ETS menyelamatkan KTMB dari kekekangan pendapatan, ETS membantu meningkatkan pendapatan untuk menanggung kos operasi KTMB. Andai ETS tiada dalam KTMB, hari ini kita tidak tahu apa terjadi, dengan lokomotif makin berkurangan, koc makin berkurangan, malah pekerja berada dalam risiko yang sangat tinggi.

Inilah pendekatan RUM, "sediakan payung sebelum hujan", mempertahankan sebelum sesuatu yang buruk berlaku, demi masa depan pekerja dan KTMB, andai RUM berprinsip "dah terantuk, baru nak tergadah, alamatnya "nasi dah jadi bubur".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB