RUM dalam Mesyuarat Exconya telah menolak MULTIPLE OPERATOR yang cadangan asal atau cetusan idea dari RUM sendiri. Asas pada cetusan idea ini untuk membantu Pengurusan KTMB dalam mencari sumber pendapatan, walaupun RUM sedar dari sudut implikasinya kepada pekerja dan KTMB tetap wujud, namun dari aspek lain ianya mampu memberi faedah kepada pekerja dan KTMB.
Sayangnya Pengurusan KTMB yang diketuai Mantan Presiden KTMB tidak mengambil kesempatan ini atau mungkin beranggapan idea "budak yang tidak sekolah" tidak boleh diterima.
Hari ini idea RUM telah diceduk oleh Kementerian Pengangkutan yang cuba mewujudkan Multiple Operator di bawah RAC, keuntungan ini akan dimiliki oleh RAC sebagai "pengaut untung tanpa modal", RUM melihat ianya menghikis hak KTMB sebagai peneraju tunggal keretapi.
Justeru itu RUM menarik balik cadangan ini dan akan bersedia mengambil tindakan perusahaan sekiranya percubaan untuk melakukan Multiple Operator oleh mana-mana pihak demi mempertahankan kepentingan KTMB dan pekerja.
Kepentingan atau setiap cadangan yang mungkin RUM kemukakan adalah untuk kepentingan KTMB dan faedahnya dinikmati oleh pekerja, RUM bersedia menentang mana-mana pihak yang berkepentingan untuk merosakkan KTMB sehingga boleh mewujudkan kehancuran KTMB dan kehilangan faedah kepada pekerja
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
29 Julai 2016
PERANCANGAN KARGO (PT 1) (MULTIPLE OPERATOR)
Jumaat, Julai 29, 2016
kargo
Related Posts:
PERANCANGAN KARGO (PT 7) TRANSFOMASI KTMBRUM sangat tertarik Transformasi KTMB antara lain pihak KTMB akan berusaha gigih untuk mempertingkatkan pendapatan Kargo, antara perancangannya ialah meminta kerajaan membeli 30 buah lokomotif baru. Hasrat ini masih belum dip… Read More
PERANCANGAN KARGO (PT 9) KELEMAHAN LUARANRUM tidak berniat menyatakan kelemahan luaran secara terbuka dan terperinci, biarlah ianya secara rambang, terserah pada mereka memikirkan persepsi, samada persepsi itu positif maupun negatif. Kelemahan luaran ini cukup luas … Read More
PERANCANGAN KARGO (PT 5) PELUANG PERNIAGAAN (BUSINESS OPPORTUNITY)Syarikat luar yang berminat untuk "Multiple Operator" atau "second operator", sanggup mengeluarkan modal sebanyak 1.5B - 2 B Ringgit Malaysia. Bukan sikit-sikit duit... Kenapa mereka mampu keluar duit sebanyak itu? Kerana mer… Read More
PERANCANGAN KARGO (PT 6) MODAL BESARSyarikat luar yang cuba mewujudkan (SECOND OPERATOR) betul ke ada wang sebanyak 1.5B - 2B Ringgit Malaysia? kalau ada dalam tangan itu luar biasa, kalau tiada maka ianya melalui PINJAMAN BANK. Maka yang boleh diandaikan ialah… Read More
PERANCANGAN KARGO (PT 8) (KELEMAHAN DALAMAN)RUM tidak berniat untuk "menghighlightkan" Kelemahan Dalaman secara terbuka walaupun semenjak RUM menulis mengenai topik KARGO, ramai yang inbox RUM memaklumkan kelemahan yang berlaku, RUM sendiri mengakui dan tidak menolak K… Read More