RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 Jun 2014

Pengerusi SPAD 'Cakap Tak Serupa Bikin'

Kalaulah ini orangnya yang berbicara topik keselamatan berjawatan Pengerusi SPAD, sedangkan prosedur keselamatan tidak dipatuhi, perlukan ia dihormati? 

RUM dah hilang hormat!

Kalau nak SPAD dihormati, lantik individu ada pengalaman dan faham bahasa keretapi. 

Kalau tanya RUM.

Ramai mantan expert KTMB yang sangat luas pengetahuannya, berpengalaman, berkelayakan, mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi masih ada di luar sana. 

Kalau nak bandingkan Tan Sri Syed Hamid Albar dengan mantan-mantan ini ibarat langit dengan bumi!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan Setiausaha Agung RUM.

Kenyataan Setiausaha Agung RUM


Komen RUM begini..

Sudah - sudahlah Tan Sri Pengerusi SPAD untuk komen,
Makin banyak kenyataan yang di keluarkan, kita orang makin menyampah.

Sekarang ni pun bila baca kenyataan Tan Sri... hati tu dah meluap - luap terbakar!

RUM sedang pertimbang untuk buat kenyataan akhbar nak belasah Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan SUARARUM 18 Okt 2012

Mempunyai maksud yang sangat mendalam, ingatan awal pada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.

Kini tiada lagi kepercayaan, kerana bukan mudah mendapat kepercayaan, sekali dapat jagalah, kalau kepercayaan itu hilang, sukar untuk dikembalikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan FB SUARARUM pada 9 Nov 2012

Kenyataan ini sebagai satu pembuktian bahawa RUM sentiasa mementingkan "keharmonian perusahaan", RUM memberi sokongan pada Datuk Elias Kadir tanpa berbelah bagi kepada Presiden KTMB dengan hasrat beliau mampu memulihkan KTMB.

Kini harapan tinggal harapan,
Harapan itu musnah!
Ibarat kaca terhempas!
Tiada apa lagi boleh diharapkan...
Kepercayaan yang di beri telah dinodai dengan racun berbisa!

Maka itu RUM akan terus mendesak dan mendesak Datuk Elias Kadir Presiden KTMB disingkirkan!

Selamatkan KTMB...
Selamatlah Pekerja...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Jasa Untukmu


Berdoa sebelum mulakan kerja



"Rasa tidak bermaya untuk bekerja pada bulan puasa? Jika anda sematkan di fikiran anda dengan prinsip: ‘Aku puasa, tak larat nak kerja’, sememangnya anda akan mudah rasa lemah."

Namun, jika anda sematkan: ‘Puasa ke tak puasa, sama saja!.. Percayalah, anda akan memiliki kekuatan dan semangat luar biasa.

Tubuh badan kita sentiasa berinteraksi dengan minda kita. Jika anda fikirkan yang positif, hari-hari anda akan berlalu dengan positif juga.

http://labourbulletin4workers.blogspot.com

Jasa Untuk Rakyat


Mesej kepada Tan Sri Pengerusi SPAD

Ada sesiapa boleh sampaikan mesej di bawah ini kepada Tan Sri Pengerusi SPAD.



RUM pun nak tahu samada semua BAS Ekpress dihentikan perkhidmatan pada musim raya ini atas arahan SPAD!

KAHKAHKAH....

MAPUH MU PENGERUSI SPAD, MU KACAU KTMB, KAWE PUN NOK KACAU MU, MU NOK MAIN2 DENGE RUM!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

29 Jun 2014

NIOSH BELASAH SPAD

1. SPAD baru setahun jagung, semua yang ada dalam SPAD nak tunjuk hero, cuba nilai balik berapa ramai kah expertise yang ada dalam SPAD yang mahir dalam bidang - bidang tertentu.

2. Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD apa dia tahu? Sekadar melancong naik tren khas, katanya regulator keselamatan, cuba tengok gambar Tan Sri Pengerusi SPAD dan Datin Sri, mana dia aspek aspek keselamatan sebagai individu yang perlu berada di atas landasan? SPAD KEBAL KE? Pandai kata pasal keselamatan tapi tanggungjawab memenuhi aspek keselamatan diabaikan.

      2.1 Kasut Keselamatan?
      2.2 Topi Keselamatan? 
      2.3 Sijil 038?

3. Selepas melancong dengan tren khas, rombongan pertama terdiri pegawai SPAD dan turut disertai Penyanyi Jemputan Khas dari KTMB(famous kawan kita tu) bertolak dari Kuala Lumpur ke Tumpat menaiki tren khas dan selamat sampai ke destinasi iaitu Tumpat, manakala dari Tumpat ke Kuala Lumpur dinaiki pula Tan Sri Syed Hamid Albar Pengerusi SPAD bersama rombongan SPAD melancong menaiki tren khas ke Kuala Lumpur dan selamat sampai ke destinasi, sambil meninjau-ninjau, makan-makan dan beraksi kenangan, maknanya pergi dan balik perjalanan itu selamat! tapi bila buat kenyataan tidak selamat. (Lakukan telah terhidu)

3. Sebenarnya Tan Sri Hamid Albar Pengerusi SPAD dah termalu, sekejap cakap A, sekejap cakap B, sekejap cakap C, sekejap cakap D!..... kihkihkih itu yang RUM cakap SPAD yang diketuai Tan Sri Pengerusi SPAD dah melalut! Kalau bahasa kasar dah "buang tebiat"!

4. SPAD telah menunjukan satu kelemahan yang ketara, kebodohan terserlah, sehingga seorang kuli mampu mempertikaikan kewibawaan SPAD.

5. Sekarang NIOSH belasah SPAD!

KAHKAHKAH.... PADANG MUKA LO..... BODOH! !!!!

MALU BESAR LO!

SPAD LO FAILED!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

28 Jun 2014

LORI TANGKI BAWA BAHAN KIMIA BOCOR

RUM nak tanya adakah pengguna yang mengunakan lebuhraya utara selatan selamat lagi?

RUM nak mencadangkan pada Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar berhentikan semua lori kimia dari mengunakan lebuhraya PLUS mahupun lebuhraya persekutuan demi kepentingan rakyat yang menggunakan perkhidmatan lebuhraya, SPAD sebagai regulator keselamatan perlu bertindak segera demi memastikan pengguna yang mengunakan lebuhraya plus dan persekutuan adalah selamat.

Jangan sampai nanti dikatakan bahawa ini tanggungjawab pengguna lebuhraya.





Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Awat hang melalut....

RUM nak bgtau pada Tan Sri Dato Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD, RUM hanya menangguhkan PIKET, dengan kenyataan paling bodoh ini, RUM boleh bila - bila masa mengadakan PIKET/DEMONTRASI secara aman menentang SPAD!

Kebelakangan ini nampak kenyataan kepimpinan politik mantan Menteri membuat kenyataan makin melalut! 

Kesian kat YAB DATO SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan Setiausaha Agung RUM yang juga adalah Ketua Penerangan UMNO BAHAGIAN TAMPIN.


Kenyataan Tan Sri Hamid Albar Pengerusi SPAD

http://alturl.com/ybi4o
SATU KENYATAAN PALING DANGKAL OLEH SEORANG PENGERUSI SPAD

SPAD SEMEMANGNYA PATUT DI BUBARKAN!

Kemalangan Bas keruntuhan Besi pembinaan LRT, keselamatan pengguna kenderaan di bawah pembinaan landasan LRT tidak selamat, kenapa jalan berkenaan tidak ditutup!

Adakah itu juga diletakan di bawah tanggungjawab pengguna?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

"NON PERFORMING PRESIDENT" CARA DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB BEKERJA.

Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB adalah seorang yang akan masuk seawal pagi ke pejabat, seawal jam 6.30 pagi, semangat yang tinggi.

Cuma tiada pembuktian masuk 6.30 pagi sebab Datuk Presiden KTMB tidak pernah "punch card" dan tiada pembuktian tamat bekerja jam berapa.

Sepagi itu beliau akan menyemak kerja, memastikan kerja telah terlaksana, melihat jadual kerja, check email dan sebagainya.

Sekiranya ada masalah yang perlu diatasi segera beliau akan memanggil GM untuk berbincang ke pejabat beliau, kalau GM itu tiada di opis beliau akan telefon GM berkenaan untuk penjelasan. 

Beliau juga akan mengadakan Mesyuarat yang dipanggil MCOM dimana semua GM hadir dan semua pegawai kanan hadir untuk berbincang mengenai kerja - kerja yang ada, bakal dilaksanakan, minta penjelasan dari GM seterusnya membincangkan perkara - perkara berbangkit.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, beliau akan keluar ke pejabat tanpa di ketahui di manakah destinasinya, mungkin PA Presiden KTMB mengetahui. 

Kalau ada kerja - kerja urgent, GM akan dipanggil untuk berbincang di lokasi yang akan ditentukan atau andai ada dokumen penting nak ditandatangani GM akan mencari beliau untuk ke lokasi berkenaan untuk mendapatkan tandatangan. 

Kalau ada hal - hal penting atau mesyuarat penting, baru masuk opis pada sebelah petang, ini sangat- sangat jarang berlaku.

Dari segi dokumen, RUM nak highlightkan Datuk Presiden KTMB adalah orang yang malas membaca dokumen, kerja dia akan memanggil GM atau pegawai kanan lain untuk memberi penjelasan.

Tanyalah Datuk Presiden KTMB, tahukah dia apa yang terkandung dalam dokumen kontrak? RUM berani katakan Datuk Presiden KTMB tak tahu langsung!

Check rekod kehadiran Datuk Presiden KTMB dalam Mesyuarat Post Kabinet di MOT setiap hari rabu? RUM tak ada rekod kehadiran kat MOT? Kalau nak tahu, jawapan mungkin boleh bertanya KSU Kementerian Pengangkutan. 

Tanya Presiden KTMB apa masalah yang berlaku dan apakan penyelesaian nya, dia akan jawab "ambil jalan tengah" kalau dari sudut terperinci dia akan gagal, kalau gagal dia terus salahkan GM, maka GM akan di kambing hitamkan.

Dalam sesuatu hal penting, untuk presentation, tanya lah GM siapa yang buat presentation? Adakah Dato Presiden KTMB yang buat presentation? Dalam pertemuan penting, tanya Dato Presiden KTMB kenapa dia mesti bawa GM? Kalau ada hanya mukadimah sahaja dan penutupnya.

Ini sebahagian cara kerja Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB. 
Datuk Presiden KTMB yang RUM kenali, ialah seorang yang tidak tahu kerja, tidak pandai, pandai temberang, cakap lebih, dia seorang yang pandai menyalahkan GM. Sekiranya keputusan Presiden KTMB salah, maka alasannya ialah kelemahan GM dan GM yang mana berkenaan akan di kambing hitamkan, kalau GM bagi pendapat dia akan tutup telinga, tapi tutup telinga tu dah tiada, dah berhenti lepas RUM tegur itu cara yang tidak sopan satu ketika RUM baik dengan Dato Presiden KTMB, sekarang ini tak tutup telinga secara terang - terangan tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri....

Macai-macai harapan dia ialah "consultant made in India" dan Pemangku Pengurus Besar Korporat. 

"Consultant Made In India ini sebenarnya tidak sesuai digelar Macai tapi ayat yang tepat ialah "BARUA"!

Satu yang perlu diketahui ialah setiap keputusan yang dibuat oleh mana-mana GM adalah keputusan Datuk Presiden KTMB termasuklah pandangan "BARUA" itu, GM hanya akan menjawab mengikut kehendak Presiden KTMB.

Datuk Presiden KTMB juga tidak akan menandatangani dokumen penting sebaliknya hanya akan ditandatangani oleh GM yang mana berkenaan, kerana beliau tidak mahu dipertanggungjawabkan. 

Sekiranya award tender telah pun mendapat kelulusan dari Jawatankuasa penilaian mahu pun telah diberi kelulusan BOARD beliau akan melengahkan sehingga kontrak yang patut di awardkan jadi "delay" atau kemudiannya dibatalkan kontrak berkenaan kerana tidak mahu bertanggungjawab atau ada maksud tersirat yang hanya diketahui oleh Datuk Presiden KTMB sendiri.

Datuk Presiden KTMB di alu-alukan komen kenyataan ini, sekiranya tidak benar, mungkin Pemangku Pengurus Besar Korporat yang juga friends dalam Suara RUM boleh memperbetulkan kenyataan ini sekiranya tidak benar. 

Maklumat ini dari sumber yang boleh dipercayai dan pengalaman bersama Ybhg Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 Jun 2014

Piket batal selepas SPAD tangguh tutup laluan keretapi Gua Musang-Gemas

Kesatuan Pekerja-Pekerja Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) menangguhkan piket yang sepatutnya diadakan petang ini bagi membantah penutupan landasan Gua Musang-Gemas pada 27 Jun selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menarik kembali keputusan tersebut.

Pre‎siden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan (gambar) berkata, penangguhan itu diputuskan bagi membolehkan kesatuan meneliti terlebih dahulu perkembangan mengenai pembatalan tersebut daripada SPAD sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Kita bukan membatalkan piket tapi menangguhkan untuk melihat dahulu perkembangan,. Setelah itu baru kita putuskan mahu teruskan atau batal," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ekoran pendirian SPAD untuk meneruskan arahan  penutupan ‎landasan Gua Musang-Gemas atas faktor keselamatan,  KPPKTMB dalam kenyataannya pada Isnin lalu menyatakan akan mengadakan piket bagi membantah keputusan SPAD itu.
Piket bantahan penutupan landasan Gua Musang-Gemas itu sepatutnya diadakan petang ini di hadapan ibu pejabat suruhanjaya tersebut.

Presiden kesatuan  itu berkata lagi, pembatalan penutupan itu dimaklumkan oleh Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad yang mengambil tanggungjawab memastikan  aspek keselamatan melalui prosedur berdasarkan Aturan Peraturan KTMB, Peraturan Operasi dan Peraturan Urusan Jalan.

"Selepas mesyuarat lembaga pengarah SPAD, pengerusi KTMB ki‎ra-kira jam 4 petang menelefon saya mengenai perkembangan itu.

"Beliau berkata SPAD bersetuju membatalkan setelah tanggungjawab diberikan kepada beliau mewakili KTMB," katanya.

Beliau pada masa yang sama menyelar Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir yang disifatkan gagal menjalankan peranannya.

Katanya, kesatuan melahirkan kekecewaan terhadap sikap lepas tangan presiden itu dimana ia terpaksa ditanggung oleh pengarah yang prihatin terhadap nasib pekerja KTMB dan rakyat Pantai Timur.

"Kita melahirkan kekecewaan amat mendalam terhadap presiden yang tidak menjalankan tanggungjawab dan peranannya.

"Meskipun kita berterima kasih kepada Datuk Nawawi namun tanggungjawab itu sepatutnya terletak di bawah presiden," katanya.

Beliau juga menyifatkan Nawawi menjadi penyelamat kepada kakitangan dan rakyat di Pantai Timur dan imej KTMB sendiri.

Antara lain beliau juga menyelar SPAD agar selepas ini lebih memahami dan melakukan analisis dalam aturan kereta api.

"SPAD kena faham prosedur operasi landasan kereta api. Ia bukan seperti jalan raya. Ada cara dan langkah.

"SPAD tidak boleh turut kononnya mengikut akta suruhanjaya itu. Bukan itu yang sepatutnya," katanya.

Kerajaan baru-baru ini meluluskan peruntukan RM400 juta untuk menaiktaraf laluan Gemas-Gua Musang melibatkan laluan sepanjang 322 kilometer yang menyebabkan laluan itu bakal ditutup.

Meskipun bantahan daripada kesatuan yang menyatakan tindakan penutupan bukan sahaja menjejaskan lebih 300 pekerja bahkan kepada rakyat Pantai Timur namun SPAD bertegas menutup landasan tersebut  atas faktor keselamatan bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih. – 26 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

AKHBAR NST


AKHBAR METRO HARI INI


PERSOALAN ADAKAH SPAD JAGUH KESELAMATAN?

SPAD LAGI

RUM tidak menentang SPAD,
RUM cuma meragui kewibawaan SPAD.

Diantara BAS dan KERETAPI?
Mana yang lebih selamat?

Bicara kini...
Kebelakangan ini...
Berapa banyak kemalangan nyawa yang melibatkan BAS?
Terbaru BAS masuk longkang..
Apa komen SPAD?

Kita tengok pembinaan LRT
Tiang besi menghempap kereta...
Apa komen SPAD?



KALAU jaguh keselamatan?
Di mana peranan SPAD bagi mengatasi kemalangan BAS?

Kalau jaguh keselamatan?
Bagaimana tiang besi terhempap kereta ketika pembinaan LRT di kelana jaya?
Adakah keselamatan kenderaan tidak selamat lagi sekiranya bergerak dibawah pembinaan LRT, MRT atau mana-mana jejantas?
Di manakah peranan SPAD?

ATAU

Adakah SPAD nak menutup kelemahan yang ada dengan membuktikan bahawa penutupan laluan Gua Musang - Gemas sebagai pembuktian SPAD menjalankan tanggungjawab seperti termaktub dalam Akta Pengangkutan Awam Darat.

Please! Jangan ada lagi...
WAYANG TINGGI PRODUCTION!

SPAD KINI DALAM PEMANTAUAN RUM!!!!

RUM tetap berpendirian bahawa SPAD tidak menjalankan tugas dengan adil dan kepercayaan RUM kepada SPAD telah pun terhakis.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Menang!

Buat pertama kali selepas 5 penggal aku menang tanpa bertanding....

Banggakan aku?
Boleh kah aku tak pedulikan ahli-ahli?
Buat apa aku peduli?
Ada aku kesah...
Hahahaha....

Aku dah menang...
Pergi mampus lah ahli-ahli....
3 tahun lagi...
Aku tetap Presiden...

Hahahaha....

Mampus kau....

Tapi...

Adakah itu aku?
Tidak!

Aku tetap aku...
Perjuangan aku...
Tanggungjawab aku...
Amanah yang diberikan....
Semangat yang ada...
Akan aku lawan....

Biarpun ombak setinggi gunung...
Akan aku redah....

Perjuangan....
Perjuangan....

Bukan untuk diri....
Bukan untuk pangkat...

Tapi untuk ahli-ahli....

Kerana aku puas...
Aku bangga....
Aku untuk RUM....
RUM untuk aku....
Akan aku juang....
Hingga di penjara...
Akan aku juang....
Ketitisan darah yang terakhir.....

Inilah union....
Perjuangan yang tiada bernoktah...
Perjuangan turun - temurun...
Untuk warga pekerja!

Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

SURAT SPAD

Antara lain menyebut bahawa bersedia untuk berdialog dengan RUM.

Esuk RUM akan keluarkan surat menyambut cadangan CEO SPAD yang juga sahabat RUM untuk berdialog.

Tentukan masa, tempat, RUM akan menghadirkan diri.

Pastikan dialog terbuka dalam sebarang aspek!

Kita tak pernah gentar nak berdepan dengan sesiapa pun, malah sangat mengalu-alukan Ybhg Tan Sri Dato Syed Hamid Albar untuk hadir sekali.

KULI TETAPI KULI
KULI AKAN BERDEPAN DENGAN SIAPA SAHAJA... WAIMA YAB DS PERDANA MENTERI.

WE ARE UNIONIST!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERJUANGAN TIDAK AKAN PERNAH SELESAI!

PERJUANGAN TIDAK AKAN PERNAH SELESAI!

BANGKIT...
BANGKIT...
BANGKIT...

KITA TERUS BERJUANG!

TAKUT?
TIADA DALAM KAMUS PERJUANGAN!

GENTAR?

OH NO!

SERANG & GEGAR?

YESSSSS!!!!!

RUM

Kenyataan Setiausaha Agung RUM



Tepat Sekali.

Dato Ir Nawawi Ahmad di naikkan taraf sebagai Pengerusi Eksekutif, jawatan kali terakhir dipegang ialah Ybhg Tan Sri Tong Yaw Hong.

RUM AKAN MENULIS SURAT SOKONGAN KEPADA YAB DATO SRI PERDANA MENTERI.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SIAPAKAH PRESIDEN KTMB? GUA MUSANG - GEMAS

Ketua peneraju yang mempunyai "KUASA EKSEKUTIF" dalam KTMB ialah mereka yang diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan yang di sebut "PRESIDEN KTMB"!

Maka individu yang berjawatan "PRESIDEN KTMB" adalah orang yang dipertanggungjawabkan dalam merencana ke arah hala tuju, berkebolehan mengarah, bijaksana, di hormati, mencari sumber kewangan, mampu mencetuskan idea yang paling penting mampu buat "KEPUTUSAN" & "BERTANGGUNGJAWAB".

Sekiranya dalam kategori tersebut tadi tiada salah satu akan wujud kepincangan yang disebut kegagalan urus tadbir.

Dalam erti kata yang paling tepat ialah seorang "KETUA" adalah seorang yang mampu membuat "KEPUTUSAN" dan mampu "BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT"!

Sekiranya ia tidak mampu untuk membuat keputusan, tidak mampu bertanggungjawab dan tidak mampu "BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEPUTUSAN YANG DIBUAT" atau ayat paling tepat "TAKUT BUAT KEPUTUSAN DAN TAKUT BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEPUTUSAN" maka orang berkenaan tidak layak di gelar "KETUA" ayat paling tepat ialah "INDIVIDU BERKENAAN TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN".

Bila ini diperkatakan penilaian yang paling tepat sekiranya ada pemimpin sebegini ianya dinamakan:- "PEMIMPIN BACUL"!

"PEMIMPIN BACUL" akan merosakkan pengikutnya dan menjahanamkan organisasi yang dipimpinnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KESELAMATAN GUA MUSANG - GEMAS

Gambar Hiasan
Semua Krew Tren & Pekerja KTMB khususnya di laluan Gemas - Gua Musang HENDAKLAH mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pengurusan dari semasa ke semasa.

Pastikan tiada COMPROMISE semua aspek keselamatan.

RUM juga mengharapkan semua langkah - langkah keselamatan yang terkandung dalam Aturan Peraturan/Prosedur Operasi/Prosedur Urusan Jalan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan.

RUM mengharapkan semua pengurusan dan pekerja berganding bahu memastikan laluan Gua Musang - Gemas selamat. Kerjasama semua pihak dalam memastikan semua peraturan dipatuhi, amat dihargai.

SAYANGI KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

26 Jun 2014

RAKAMAN TERIMA KASIH PENANGGUHAN PIKET SPAD

Bagi pihak Majlis Eksekutif RUM merakamkan ucapan terima kasih pada semua ahli-ahli yang telah hadir untuk bersiap sedia berpiket, semangat juang Sdr2 amat dihargai.

Pada semua ahli-ahli khususnya yang membuat komen mempertahankan penutupan dalam laman wall Suara RUM bagi pihak Majlis Eksekutif merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
Pada Dato Hall Mann, abg Zaharin Mohd Yasin yang menyokong perjuangan RUM, kami amat hargai.

Pada semua mantan-mantan KTMB, yang menyokong perjuangan RUM, tuan - tuan tetap berdarah keretapi, RUM merakamkan jutaan terima kasih.

Pada semua YB Ahli Parlimen, YB Senator yang telah membantu RUM, kami sangat-sangat hargai.
Pada semua yang tidak disebut, RUM amat menghargai atas sokongan, maklumat yang diberikan.
Semoga Allah membalas jasa baik semua yang telah memberi pertolongan kepada kami.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS di "BATALKAN"

Pengerusi KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad
PIKET SPAD 26.6.2014
DITANGGUHKAN

Majlis Eksekutif RUM mengambil ketetapan merakamkan jutaan terima kasih kepada YB DATO IR NAWAWI AHMAD, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB yang mengambil tanggungjawab sehingga PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS di "BATALKAN".

Majlis Eksekutif mengambil ketetapan menangguhkan PIKET SPAD.

Syukur Alhamdulillah.

YB DATO PENGERUSI....
DATO ADALAH PEMIMPIN SEJATI!
SEORANG PEMIMPIN YANG BERANI BERTANGGUNGJAWAB, SEORANG ANAK JANTAN!
DATO HEBAT!!!

MAJLIS EKSEKUTIF MENGAMBIL KETETAPAN AKAN BERSAMA DENGAN DATO DALAM PERJALANAN YANG PENUH ONAK DAN DURI DALAM MEMPERTAHANKAN KTMB DAN MEMULIHKAN KTMB!

ABDUL RAZAK MD HASSAN
PRESIDEN RUM
BAGI PIHAK MAJLIS EKSEKUTIF.

Kemalangan berlaku dalam pembinaan projek MRT di kelana Jaya, besi menghempap kereta.



PIKET 26/6 SPAD

Majlis Eksekutif hari ini sebulat suara memutuskan tindakan Piket di pekarangan Ibu Pejabat SPAD diteruskan. 

Piket untuk membantah tindakan SPAD ingin menutup operasi tren Gua Musang – Gemas. 

Piket bertujuan menyuarakan rasa tidak kepuasan hati kerana ada ruang yang munasabah untuk tidak menghentikan perkhidmatan tren.

Tindakan sedemikian adalah memohon SPAD agar tidak membuat keputusan melulu sehingga menjejaskan KTMB, PEKERJA dan PENUMPANG DI PANTAI TIMUR. 

Piket ini adalah juga meraih simpati umum agar ada pihak yang mana simpati, membantu RUM bagi menyelesaikan kemelut ini.

Kita juga merayu pada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia campur tangan bagi mengatasi masalah yang berlaku. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan Setiausaha Agung RUM.


MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN KESIHATAN DAN PEKERJAAN INDUK (OSHEN) (1)

Lebih kurang jam 1 tgh tadi, RUM mengeluarkan kenyataan mengenai dalam FB Suara RUM mengenai Mesyuarat OSHEN pada 27.6.2014 dengan tujuan untuk membangkitkan mengenai perkara berbangkit iaitu landasan pantai timur.

Petang tadi RUM menerima telefon dari Pemangku Pengurus Besar OSHEN memaklumkan Datuk Presiden KTMB tidak dapat hadir katanya ada Mesyuarat dengan Kerajaan bersama dengan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mengenai Penutupan Operasi Gua Musang – Gemas. 

PB OSHEN memohon penangguhan kerana Datuk Presiden KTMB tak dapat hadir, kalau nak juga teruskan boleh... tapi di pengerusikan Tuan Haji Helmi, SVP Teknikal, KTMB.

RUM bagitau... RUM hanya nak berdepan dengan Datuk Presiden KTMB, kalau SVP... Beliau tak mampu membuat sebarang keputusan, maka RUM setuju tangguhkan, tapi tolong segerakan.

PB OSHEN mengatakan minggu ke2 bulan Julai selepas mendapat jawapan yang munasabah mengenai perkara dibangkitkan.

Komen RUM...

Senyum.... 

Agak2 kenapa iya.... 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

25 Jun 2014

Jika bukan kita, siapa lagi akan tolong kita?

Saudara-saudara ku ahli RUM, andai sdr simpati dengan nasib ahli-ahli RUM Cawangan Tumpat, Cawangan Kuala Lipis dan Cawangan Gemas yang terlibat dengan arahan Spad Penutupan Operasi Gua Musang mari kita sama-sama turun berpiket di Bangunan SPAD 26.6.2014 jam 5.00 petang.

Siapa lagi simpati dengan kita?
Kita hanya kuli...
Mereka tidak pernah memikirkan nasib kita,..
Siapa yang simpati dengan kita...?
Mereka golongan Elit...
Yang memandang rendah nasib seorang Kuli...
Marilah kita bersama-sama..
Membantah penutupan ini..
Mungkin ada pihak-pihak yang simpati dengan kita...
Bakal membantu kita...
Mari kita berjuang..
Mempertahankan hak kita...
Kita sayangkan KTMB
Kita sayangkan masa depan kita...

Sedih.. sedih..sedih..
Kita tak boleh biarkan kesedihan kita..
Kita harungi kesedihan kita..
Dengan kebangkitan Suara Kita...
SUARA RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Gempur kebodohan SPAD











PIKET SPAD 26/6/14

Semua ahli-ahli RUM hendaklah berkumpul di Stesen KL Sentral iaitu di pintu ketibaan ERL atau berdekatan dengan perhentian teksi jam 4.45 petang, sebelum kita bergerak ke lokasi piket,

Tunjukkan bantahan kita kepada SPAD, tindakan SPAD menganiaya 300 pekerja KTMB di Pantai Timur dan ratusan ribu pengguna KTMB.

Ahli-ahli digalakkan hadir ke Piket berkenaan, ahli-ahli dari luar kawasan lembah klang yang ada kelapangan di harapkan dapat hadir.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

PERKHIDMATAN SOSIAL PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS

Hari ini kita melihat bahawa semua pihak mula marah, ahli-ahli RUM marah, pengurusan KTMB marah, mantan-mantan expertise KTM dan KTMB marah.

Kerana apa?

Kerana mereka melihat kecelaruan minda SPAD yang tidak bijak dalam membuat keputusan.

SPAD adalah Suruhanjaya, Suruhanjaya mesti di terajui oleh mereka yang benar-benar pakar dalam keretapi, bukan semberono. Mereka tidak boleh atau hanya berpandukan undang-undang tapi perlu melihat segenap aspek dalam menentukan keputusan.

Keretapi mempunyai undang-undang tersendiri dari aspek keselamatan tren, ianya tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh memburukkan keadaan.

RUM pernah menghighlightkan bahawa penjawat awam lemah dalam banyak aspek (bukan semua) kelemahan ini akan menjadikan kerajaan dipersalahkan, tapi dalam menentukan keputusan, kita melihat wakil kerajaan iaitu Pengerusi SPAD juga gagal dalam menterjemahkan kehendak "perkhidmatan sosial".

Apakah era ini dengan terbentuknya "TRANSFORMASI" maka "perkhidmatan sosial" akan terhakis?

Apakah ini matlamat untuk mencapai "wawasan 2020" iaitu menghakiskan "perkhidmatan sosial".

Maka kalau dilihat dari tujuan penswastaan maka arah tuju adalah "menghakis perkhidmatan sosial", maka dengan kewujudan SPAD terbukti bahawa penghakisan "perkhidmatan sosial" benar-benar berlaku.

Bila ini berlaku, maka dimanakah faedah yang dinikmati oleh rakyat menjelang 2020? Apakah banyak lagi sektor selepas penswastaan akan berlaku penghakisan faedah pada rakyat melalui "perkhidmatan sosial"?

Hanya kerajaan yang memerintah mampu menjawabnya?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan dalam blog ini adalah jawapan Tan Sri Dato Hamid Albar Pengerusi SPAD.

http://thechulan.blogspot.com/
Kenyataan dalam blog ini adalah jawapan Tan Sri Dato Hamid Albar Pengerusi SPAD.

Mengambil kira pandangan pegawai keretapi!

KOMEN RUM

RUM nak tau pegawai keretapi mana yang mengatakan bahawa landasan perlu ditutup, apakah benar kenyataan ini.

Sumber RUM mengatakan bahawa beberapa option diberikan untuk membaikpulih landasan berkenaan iaitu:-

1. Membaikpulih dengan menutup terus landasan ialah akan mengambil masa selama 24 bulan.

2. Membaikpulih dengan menutup landasan selama 12 jam (line block) ialah 30 bulan.

3. Membaikpulih dengan menutup landasan selama 5 jam (line block) ialah 36 bulan.

Bermaksud expertise KTMB memberi 3 option kepada SPAD dalam membaikpulih iaitu pilih 1 atau 2 atau 3.

Bermakna option 2 atau 3 adalah option yang munasabah untuk tidak menutup landasan sebalik tren boleh dioperasi kan.
Maka mana relevannya kenyataan Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD mengatakan bahawa penutupan landasan ini perlu bagi mengelakkan kemalangan jiwa.

Tan Sri Dato Pengerusi SPAD tolong menilai balik penutupan, kerana option ada, bukannya membuat tindakan drastik.

Baca Aturan Peraturan dan SOP Urusan Jalan bahawa ada ruang untuk menjalankan operasi tren.

Kalau tak... cuba bertanya dengan pakar - pakar keretapi iaitu mantan-mantan expertise KTMB, samada penutupan ini perlu.

Lagi satu suka RUM nasihatkan SPAD, bahawa kajilah sedalam - dalamnya, jangan buat keputusan melulu.

Baca kenyataan RUM sebelum ini, melalui persoalan.

RUM bersedia bersemuka dengan mana-mana Pegawai SPAD termasuk Tan Sri Datuk Hamid Albar mengenai perkara ini.

Untuk makluman, tiada seorang pun dari pihak KTMB maupun SPAD memaklumkan penutupan ini, sebaliknya mendapat maklumat dari sumber RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk

27 Jun 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk akan di adakan di Ballroom KTMB di pengerusikan oleh Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB.

Kepada

Pemangku Pengurus Besar
Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan.

Beliau ni selalu telefon pegawai RUM bertanyakan soalan mengenai isu-isu yang yang akan dbangkitkan, kalau boleh katanya.. tulis surat ke atau bagitau isu yang bakal di bangkitkan...

Komen RUM.

hello bro... apa pasal mau tanya... Datuk Presiden KTMB suruh ke? atau u takut mahu jawab? aiyoooo...

Oklah... RUM bagi soalan bocor... kihkihkih...

itu soalan yang tidak perlu di tanya... tak perlu bersurat.... boleh fikir sendiri... kihkihkih

Soalan dalam perkara-perkara berbangkit iaitu mengenai landasan di pantai timur,

Sekarang baca semua kenyataan RUM, fahamkan betul-betul... semua soalan dah dipaparkan dalam ini... awal-awal dah bocor... so u boleh prepare...

Mudahkan....

so jangan pening-pening lagi...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Dunia memerhatikan kebodohan anda!!!


Komen Ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam dari Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Seluruh Pakistan. (gambar)

Apa kata mantan MP Tampin?


Komen Tuan Haji Omar Abdullah, Mantan Pegawai Kanan Keretapi, Mantan Ahli Parlimen Tampin komen dalam wall Tuan Haji Bahrain Tahir. (gambar)

Bila ada soalan, silalah jawab


Soalan terbuka (gambar) kepada Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD dikemukakan oleh Tuan Haji Bahrain Tahir mantan Pengurus Besar, KTMB.

Selamat menaiki tren walaupun merbahaya?

Sempat bergambar, masih
selamat utk laluan tren.
Ybhg Tan Sri Dato Syed Hamid Albar bergambar bersama Ybhg Datin Sri ketika lawatan mengunakan tren khas dari Tumpat ke Kuala Lumpur baru - baru ini

Terima kasih Ybhg Tan Sri dan Datin Sri kerana meluangkan waktu menaiki keretapi dan mengenali keretapi.

RUM sentiasa mengalu-alukan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG - GEMAS JURUTERA SPAD

PERSOALAN

1. Siapakah jurutera yang dilantik oleh SPAD yang mengesahkan dan menandatangani kajian keselamatan berdasarkan seksyen 106, Akta Pengangkutan Awam Darat?

2. Berapa lamakah kajian dibuat kerana ia melibatkan 300km?

3. Adakah "safety tolerence" itu menepati piawaian antarabangsa?

4. Selepas keputusan penutupan operasi Gua Musang - Gemas di keluarkan kepada KTMB, maka keputusan itu boleh dianggap muktamad! Menariknya setelah keputusan dibuat maka Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar bersama isterinya menaiki tren khas telah membuat tinjauan dari tumpat ke kuala lumpur yang akan melalui Gua Musang – Gemas dan perjalanan itu selamat ke destinasi iaitu kuala lumpur, maka boleh tak RUM andaikan landasan berkenaan Selamat serta keputusan yang di buat oleh SPAD adalah silap.

5. Dari tarikh surat SPAD 10.6.2014 yang mengeluarkan arahan penutupan operasi sehingga arahan penutupan bertarikh 26.6.2014, apa parameter yang SPAD gunakan dari sudut safety tolerence yang mengatakan dalam tempoh tersebut bahawa landasan itu selamat dan tidak selamat selepas 27.6.2014. Boleh tak RUM katakan landasan itu selamat.

6. Boleh tak RUM katakan bahawa tiada jurutera yan bertauliah khusus mengenai kepakaran landasan yang dilantik secara khusus untuk membuat kajian secara menyeluruh mengenai landasan Gua Musang - Gemas?

7. Boleh tak RUM katakan bahawa SPAD juga tidak mempunyai kepakaran "OPERASI TRAIN" untuk mengesahkan keselamatan secara menyeluruh landasan Gua Musang - Gemas?

Konklusi

Maka berdasarkan kepada para 1-7 keputusan SPAD menutup operasi Gua Musang - Gemas adalah sangat meragukan berdasarkan peruntukan seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat, maka RUM mengandaikan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat menyalahgunakan kuasa untuk penutupan landasan berkenaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENUTUPAN GUA MUSANG - GEMAS: SEKSYEN 106 AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Yang menarik untuk diperkatakan ialah SPAD suka mengugut mengunakan Seksyen 106, tindakan mengunakan Akta adalah sebagai "bullet" untuk menekan KTMB. 

Apakah mungkin SPAD berdendam dengan KTMB? Siapakah gerangan individu berkenaan? Inilah andaian RUM mengenai penutupan operasi Gua Musang – Gemas kerana tindakan SPAD menutup operasi Gua Musang – Gemas adalah meragukan.

Persoalannya yang menjadi tanda tanya RUM ialah dari mana lapuran teknikal yang Pihak SPAD dapat, adakah lapuran teknikal berdasarkan kajian SPAD melalui pelantikan Jurutera seperti termaktub dalam seksyen 106.

Apakah SPAD mengunakan lapuran teknikal KTMB dalam menuntut suntikan kewangan atau mohon bajet sebanyak RM 400juta kepada kerajaan untuk membaikpulih landasan sebagai satu rumusan, kajian SPAD dan lalu membuat keputusan menutup operasi Gua Musang - Gemas?

Sekiranya benar perkara ini, di manakah profesionalism SPAD dalam membuat kajian ini sehingga mengambil kesempatan "menangguk di air keruh" dengan mengunakan seksyen 106. Tindakan sedemikian merupakan satu tindakan tidak profesional yang menjuruskan kegagalan SPAD sebagai regulator.

Pihak RUM ingin mengetahui siapakah gerangan jurutera SPAD atau jurutera yang dilantik oleh SPAD dalam membuat kajian serta memutuskan dan menandatangani lapuran kajian sehingga memutuskan penutupan Gua Musang – Gemas selaras dengan peruntukkan seksyen 106.

Pihak kesatuan sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja yang menyuarakan bantahan bagi mewakili Pekerja KTMB dan seluruh rakyat pantai timur khususnya penumpang keretapi akan menulis surat rasmi kepada SPAD memohon lapuran kajian tersebut.

Pihak kesatuan juga akan menyiasat apakah lapuran yang dibuat oleh SPAD itu kajian dari seorang jurutera yang dilantik oleh SPAD atau hanya berpandukan lapuran teknikal KTMB dalam menuntut bajet dari kerajaan bagi tujuan membaikpulih landasan Gua Musang - Gemas. 

Tindakan SPAD menutup operasi Gua Musang – Gemas sesungguhnya adalah sangat meragukan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 Jun 2014

Kenyataan Bersama YB Ahli Parlimen Kluang dan YB Ahli Parlimen Tumpat

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempertikai keputusan kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengarahkan landasan keretapi Gemas ke Gua Musang ditutup kononnya atas faktor keselamatan.

Dalam kenyataan bersama, Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar berkata, kajian semula harus dibuat berhubung arahan itu, kerana ia akan membawa dampak yang amat serius kepada rakyat.

Menurut mereka, masih terdapat cara yang lebih baik daripada menutup terus landasan keretapi, antaranya penjadualan semula perkhidmatan keretapi yang akan membolehkan perkhidmatan keretapi dikekalkan sementara kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Berdasarkan dokumen yang telah kami peroleh daripada sumber dalaman, SPAD menggunakan kuasa di bawah Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk mengarahkan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menutup landasan sektor timur dari Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan, berkuatkuasa 27 Jun ini.

“Tempoh penutupan tidak diketahui dan bergantung kepada kerja penyelenggaraan landasan. Ini bermakna kemudahan perkhidmatan keretapi di 14 stesen dan 11 hentian (halt) akan dihentikan. Dengan itu, perkhidmatan empat tren ekspres dan enam tren shuttle untuk penumpang dan banyak tren kargo akan terjejas,” kata mereka.

Chin Tong dan Kamarudin juga bimbang penutupan itu akan membawa mudarat besar kepada rakyat khususnya penduduk Pahang, Terengganu Kelantan menjelang Hari Raya Aidilfitri, hujung Julai nanti.

“Menurut perangkaan rasmi Kementerian Pengangkutan, sebanyak 493,000 penumpang menaiki Ekspress Senandung Wau dan Ekspress Senandung Timuran pada tahun 2013. Sebahagian besar daripada aliran penumpang ini berlaku di musim perayaan.

“Keadaan lalu lintas di Jalan Persekutuan No. 8 (laluan Kuala Lumpur–Raub–Kuala Lipis–Gua Musang–Kota Bahru) adalah sangat sesak menjelang musim perayaan, hingga ada yang mengambil masa 15 jam untuk sampai ke Kota Bahru dari Kuala Lumpur. Jadi, keretapi adalah alternatif cukup penting kepada penduduk Pantai Timur Semenanjung,” ujar mereka.

Kedua-dua pemimpin Pakatan itu turut mengingatkan bahawa penutupan landasan juga akan memberi kesan kepada ratusan pekerja KTMB yang berkhidmat di Pantai Timur Semenanjung ekoran pemotongan elaun.

Pada 18 Jun lalu, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (KPPKTMB) menggesa SPAD menarik balik keputusan menutup operasi landasan KTMB sektor Gemas–Gua Musang.

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, KPPKTMB akan mengadakan demonstrasi bantahan di perkarangan ibu pejabat SPAD pada 26 Jun ini jika agensi tersebut enggan menarik balik keputusannya. -Roketkini.com