18 Jun 2014

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD) GAGAL


CADANGAN RUM PADA KERAJAAN

Nampaknya macam - macam komen dah keluar, termasuk perkhidmatan bas itu belum rungutan dari pemandu teksi.

Tapi kini SPAD telah mengeluarkan kenyataan memberhentikan perkhidmatan keretapi.

Rasanya semua dalam SPAD tu perlu dirombak, kerana kegagalan berfungsi dengan baik, ini menjejaskan imej kerajaan di bawah TRANSFORMASI.

Sebagai contoh kemalangan BAS yang melibatkan kematian penumpang boleh dikatakan kerap berlaku, tapi SPAD gagal mengatasi masalah ini, sebaliknya jadi HERO untuk memberhentikan perkhidmatan keretapi di antara Gemas - Gua Musang kononnya kerana aspek keselamatan. 

SPAD di bawah TRANSFORMASI telah gagal di mata RUM, justeru itu kembalikan SPAD di bidang kuasa KEMENTERIAN PENGANGKUTAN atau perkhidmatan REL diletakkan di bawah satu SURUHANJAYA BARU yang dinamakan SURUHANJAYA REL, dimana diterajui mantan expert perkeretapian. 

Kewujudan ini lebih munasabah apabila perkhidmatan REL dinegara ini makin rancak pembangunannya dan perlu dikhususkan tanpa di campur aduk dengan pengangkutan lain, tambahan SPAD hari ini tidak mampu menonjolkan sebagai satu Suruhanjaya yang berwibawa.

Sekira ini tidak dilakukan maka TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BOLEH DIANGGAP GAGAL.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB