26 Jun 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN KESIHATAN DAN PEKERJAAN INDUK (OSHEN) (1)

Lebih kurang jam 1 tgh tadi, RUM mengeluarkan kenyataan mengenai dalam FB Suara RUM mengenai Mesyuarat OSHEN pada 27.6.2014 dengan tujuan untuk membangkitkan mengenai perkara berbangkit iaitu landasan pantai timur.

Petang tadi RUM menerima telefon dari Pemangku Pengurus Besar OSHEN memaklumkan Datuk Presiden KTMB tidak dapat hadir katanya ada Mesyuarat dengan Kerajaan bersama dengan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mengenai Penutupan Operasi Gua Musang – Gemas. 

PB OSHEN memohon penangguhan kerana Datuk Presiden KTMB tak dapat hadir, kalau nak juga teruskan boleh... tapi di pengerusikan Tuan Haji Helmi, SVP Teknikal, KTMB.

RUM bagitau... RUM hanya nak berdepan dengan Datuk Presiden KTMB, kalau SVP... Beliau tak mampu membuat sebarang keputusan, maka RUM setuju tangguhkan, tapi tolong segerakan.

PB OSHEN mengatakan minggu ke2 bulan Julai selepas mendapat jawapan yang munasabah mengenai perkara dibangkitkan.

Komen RUM...

Senyum.... 

Agak2 kenapa iya.... 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB