28 Jun 2014

"NON PERFORMING PRESIDENT" CARA DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB BEKERJA.

Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB adalah seorang yang akan masuk seawal pagi ke pejabat, seawal jam 6.30 pagi, semangat yang tinggi.

Cuma tiada pembuktian masuk 6.30 pagi sebab Datuk Presiden KTMB tidak pernah "punch card" dan tiada pembuktian tamat bekerja jam berapa.

Sepagi itu beliau akan menyemak kerja, memastikan kerja telah terlaksana, melihat jadual kerja, check email dan sebagainya.

Sekiranya ada masalah yang perlu diatasi segera beliau akan memanggil GM untuk berbincang ke pejabat beliau, kalau GM itu tiada di opis beliau akan telefon GM berkenaan untuk penjelasan. 

Beliau juga akan mengadakan Mesyuarat yang dipanggil MCOM dimana semua GM hadir dan semua pegawai kanan hadir untuk berbincang mengenai kerja - kerja yang ada, bakal dilaksanakan, minta penjelasan dari GM seterusnya membincangkan perkara - perkara berbangkit.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, beliau akan keluar ke pejabat tanpa di ketahui di manakah destinasinya, mungkin PA Presiden KTMB mengetahui. 

Kalau ada kerja - kerja urgent, GM akan dipanggil untuk berbincang di lokasi yang akan ditentukan atau andai ada dokumen penting nak ditandatangani GM akan mencari beliau untuk ke lokasi berkenaan untuk mendapatkan tandatangan. 

Kalau ada hal - hal penting atau mesyuarat penting, baru masuk opis pada sebelah petang, ini sangat- sangat jarang berlaku.

Dari segi dokumen, RUM nak highlightkan Datuk Presiden KTMB adalah orang yang malas membaca dokumen, kerja dia akan memanggil GM atau pegawai kanan lain untuk memberi penjelasan.

Tanyalah Datuk Presiden KTMB, tahukah dia apa yang terkandung dalam dokumen kontrak? RUM berani katakan Datuk Presiden KTMB tak tahu langsung!

Check rekod kehadiran Datuk Presiden KTMB dalam Mesyuarat Post Kabinet di MOT setiap hari rabu? RUM tak ada rekod kehadiran kat MOT? Kalau nak tahu, jawapan mungkin boleh bertanya KSU Kementerian Pengangkutan. 

Tanya Presiden KTMB apa masalah yang berlaku dan apakan penyelesaian nya, dia akan jawab "ambil jalan tengah" kalau dari sudut terperinci dia akan gagal, kalau gagal dia terus salahkan GM, maka GM akan di kambing hitamkan.

Dalam sesuatu hal penting, untuk presentation, tanya lah GM siapa yang buat presentation? Adakah Dato Presiden KTMB yang buat presentation? Dalam pertemuan penting, tanya Dato Presiden KTMB kenapa dia mesti bawa GM? Kalau ada hanya mukadimah sahaja dan penutupnya.

Ini sebahagian cara kerja Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB. 
Datuk Presiden KTMB yang RUM kenali, ialah seorang yang tidak tahu kerja, tidak pandai, pandai temberang, cakap lebih, dia seorang yang pandai menyalahkan GM. Sekiranya keputusan Presiden KTMB salah, maka alasannya ialah kelemahan GM dan GM yang mana berkenaan akan di kambing hitamkan, kalau GM bagi pendapat dia akan tutup telinga, tapi tutup telinga tu dah tiada, dah berhenti lepas RUM tegur itu cara yang tidak sopan satu ketika RUM baik dengan Dato Presiden KTMB, sekarang ini tak tutup telinga secara terang - terangan tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri....

Macai-macai harapan dia ialah "consultant made in India" dan Pemangku Pengurus Besar Korporat. 

"Consultant Made In India ini sebenarnya tidak sesuai digelar Macai tapi ayat yang tepat ialah "BARUA"!

Satu yang perlu diketahui ialah setiap keputusan yang dibuat oleh mana-mana GM adalah keputusan Datuk Presiden KTMB termasuklah pandangan "BARUA" itu, GM hanya akan menjawab mengikut kehendak Presiden KTMB.

Datuk Presiden KTMB juga tidak akan menandatangani dokumen penting sebaliknya hanya akan ditandatangani oleh GM yang mana berkenaan, kerana beliau tidak mahu dipertanggungjawabkan. 

Sekiranya award tender telah pun mendapat kelulusan dari Jawatankuasa penilaian mahu pun telah diberi kelulusan BOARD beliau akan melengahkan sehingga kontrak yang patut di awardkan jadi "delay" atau kemudiannya dibatalkan kontrak berkenaan kerana tidak mahu bertanggungjawab atau ada maksud tersirat yang hanya diketahui oleh Datuk Presiden KTMB sendiri.

Datuk Presiden KTMB di alu-alukan komen kenyataan ini, sekiranya tidak benar, mungkin Pemangku Pengurus Besar Korporat yang juga friends dalam Suara RUM boleh memperbetulkan kenyataan ini sekiranya tidak benar. 

Maklumat ini dari sumber yang boleh dipercayai dan pengalaman bersama Ybhg Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB