14 Jun 2014

SURAT SOKONGAN YB BUKAN ARAHAN LULUS.

"DIRECT NEGO"

Ini semua orang tahu, nama pun surat sokongan. Sokongan tidak bererti ianya sesuatu yang perlu diterima, kerana keputusan mutlak adalah pihak yang bertanggungjawab membuat penilaian dari semua aspek khususnya mengikut kehendak dokumen tender.

Justeru itu RUM lebih suka nak mendengar kenyataan dari Pengerusi, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengenai projek - projek yang melibatkan penawaran (direct-nego) iaitu adakah ianya boleh dianggap ketelusan, keterbukaan dan menepati kehendak undang-undang.

Dari sudut ini, RUM lebih yakin bahawa tender terbuka satu sistem yang lebih telus, malah memberi keadilan kepada semua pihak serta hasrat untuk memenuhi kehendak lebih kepada yang berkualiti dengan harga yang munasabah.

Di bawah ini sebagai sebagai contoh, usaha-usaha yang cuba digerakkan melalui "direct-nego".

Contoh :-

1. IPP (TNB)

2. CSR (KTMB)

Kenyataan mengenai "direct nego" dari SPRM sangat-sangat dialukan, malah RUM ingin sangat mengetahui dari sudut perundangan apakah sistem penawaran ini sihat serta tidak bertentangan dengan undang-undang, kalau tidak bertentangan adakah ianya menggambarkan satu aspek ketelusan dan keterbukaan.

Andai kenyataan ini dibaca, mudah- mudahan ada kenyataan melalui akhbar dari Pengerusi, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB