24 Jun 2014

PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG - GEMAS PERSOALAN

RUM masih memberi tekanan bahawa penutupan operasi adalah tidak wajar.

Kita menyedari bahawa kuasa regulator SPAD, keegoan SPAD, enggan mendengar pandangan dan cadangan KTMB, sebaliknya ugutan yang diberi dengan mengugut mengunakan Akta.

RUM nak bertanya pada SPAD?

1. Berapa ramai yang berkhidmat dengan SPAD mahir dengan Aturan Peraturan?

2. Berapa ramai yang berkhidmat di SPAD mempunyai kefahaman tentang Keretapi?

3. Berapa ramai yang memahami tentang SOP Urusan Jalan?

4. Berapa ramai Jurutera yang berkhidmat dalam SPAD?

5. Berapa ramai mengkaji tentang "line block", "dead slow", baik dan buruknya?

6. Sekiranya kegelinciran berlaku dengan mengunakan speed 50kmj? 40 kmj? 30 kmj? atau 10 kmj? apakah akibatnya? Major derailment/minor derailment berapa jangkaan jumlah kemalangan nyawa?

7. Dari kewujudan KTMB semenjak 1885, diswastakan pada 1.8.1992, berapakah ramai penumpang keretapi yang kehilangan nyawa berbanding Bas?

8. Pernahkah buat kajian mengenai tahun 80an setiap 2 minggu derail tapi tiada penutupan operasi?

9. Pernahkah buat kajian tentang bagaimana Kementerian Pengangkutan mengendalikan keretapi sebelum SPAD dilahirkan?

10. Apakah SPAD tidak menilai implikasi kepada pekerja, KTMB, Rakyat serta nama baik kerajaan yang memerintah?

10 soalan yang meragukan RUM tentang penutupan operasi Gua Musang – Gemas.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Mesej kepada Tan Sri Pengerusi SPADAda sesiapa boleh sampaikan mesej di bawah ini kepada Tan Sri Pengerusi SPAD. RUM pun nak tahu samada semua BAS Ekpress dihentikan perkhidmatan pada musim raya ini atas arahan SPAD! KAHKAHKAH.... MAPUH MU PENGERUSI SPA… Read More
  • Awat hang melalut.... RUM nak bgtau pada Tan Sri Dato Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD, RUM hanya menangguhkan PIKET, dengan kenyataan paling bodoh ini, RUM boleh bila - bila masa mengadakan PIKET/DEMONTRASI secara aman menentang SPAD! Kebelak… Read More
  • LORI TANGKI BAWA BAHAN KIMIA BOCOR RUM nak tanya adakah pengguna yang mengunakan lebuhraya utara selatan selamat lagi? RUM nak mencadangkan pada Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar berhentikan semua lori kimia dari mengunakan lebuhraya PLUS mahupun lebuhraya p… Read More
  • Kenyataan Setiausaha Agung RUM. Kenyataan Setiausaha Agung RUM.  Komen RUM begini.. Sudah - sudahlah Tan Sri Pengerusi SPAD untuk komen, Makin banyak kenyataan yang di keluarkan, kita orang makin menyampah. Sekarang ni pun bila baca kenyataan Ta… Read More
  • NIOSH BELASAH SPAD 1. SPAD baru setahun jagung, semua yang ada dalam SPAD nak tunjuk hero, cuba nilai balik berapa ramai kah expertise yang ada dalam SPAD yang mahir dalam bidang - bidang tertentu. 2. Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Penge… Read More