12 Jun 2014

TEGURAN : JAWATANKUASA PEMILIHAN TEKNIKAL FLEET (TEC)

RUM dapat maklumat jawatankuasa teknikal fleet ( TEC ) membuat pemilihan pembekal dah macam melalut, pembelian pembekal yang dibuat tidak mengikut spec atau bukan barang/alat yang asal malah beli barang/alat yang murah sehingga ianya tidak boleh digunakan.

Ini akan menyusahkan pekerja kerana tidak menggunakan barang/alat yang berkualiti, tidak boleh digunakan sehingga menyebabkan kerugian kewangan berdasarkan pembelian yang salah. Barangan/alat yang tidak digunakan akhirnya akan dijadikan "scrap", malah barangan/alat yang tidak menepati spec teknikal boleh mengakibatkan tahap "keselamatan yang rendah" sehingga boleh menjejas perkhidmatan malah boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini. 

Contoh :-

Item 01-2345-3-0001 :-

Gambar Hiasan
Pembelian satu unit item ini pada tahun 2012 ialah RM 5000.00 (ori, terima dan dah dipasang pada stokereta)

Pembelian satu unit item ini pada tahun 2013 ialah RM 1000.00 (dibekal tapi tak boleh pasang pada stokereta, tak sesuai)

PERSOALAN

1. Adakah barang yang dibekalkan ini barangan asal?

2. Adakah barang ini mengikut spesifikasi teknikal?

3. Adakah barang ini telah diuji?

4. Adakah barang atau alat ini telah mendapat pengesahan komen dari "user" di depoh - depoh berdasarkan penggunaan sebelumnya samada bermasalah atau tidak?

5. Adakah jawatankuasa "TEC" telah membuat "clarification" atau pengesahan dari pmbekal yang menawarkan harga lebih rendah dari "BQ" atau pembekal asal sebelum ini?

6. Adakah jawatankuasa 'TEC' tidak merujuk kepada pembelian terdahulu yang boleh di dapati dalam sistem dan menilai perbezaan yang besar antara pembelian tahun sebelumnya iaitu 5 kali ganda murah?

7. Adakah jawatankuasa "TEC" sedar kesilapan pembelian yang tidak boleh digunakan boleh mengakibatkan kerugian kepada KTMB?

8. Adakan ianya memenuhi ciri ciri keselamatan?

9. Adakah jawatankuasa penilaian sedar bahawa kesilapan ini akan menyusahkan pekerja serta boleh meletakkan kononnya kesilapan pekerja yang tak tahu buat kerja kerana tidak pandai memasang barang/alat berkenaan? Sedangkan sebabnya ialah kerana jawatankuasa "TEC" telah membuat kesilapan pembelian, lalu ingin menutup kesilapan akan menjadikan pekerja "kambing hitam" (kes biasa).

Ingatan kepada jawatankuasa "TEC" lebih telus, lebih ikhlas dan lebih amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, jangan buat sesuatu perkara yang boleh merosakkan KTMB dan Pekerja.

Anda diperhatikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB