25 Mac 2016

KEWUJUDAN PANEL KLINIK (FAEDAH TANPA LIMIT KLINIK SWASTA)

Ramai yang tidak tahu khususnya generasi baru bagaimana Panel Klinik KTMB terwujud dalam KTMB.

KTM pada dasarnya sebelum pengswastaan mempunyai dua (2) klinik yang dimiliki oleh KTMB yang mana Doktor yang berkhidmat digajikan oleh KTMB sendiri, Klinik ini hanya di Bengkel Sentul dan Ipoh sahaja, Klinik KTMB telah dihentikan perkhidmatannya pada 1997 oleh Marak Unggul.

Sebelum ini tiada satu pun Panel Klinik Swasta wujud, setiap pekerja yang sakit perlu mendapatkan rawatan di klinik keretapi atau klinik kerajaan atau hospital besar.

Bila Marak Unggul mengambilalih Kontrak Pengurusan KTMB, maka operasi Klinik KTMB dilupuskan dan mewujudkan Klinik Panel Swasta di semua negeri yang ada perkhidmatan KTMB, kemudahan ini dianggap baik kerana memberi kemudahan kepada pekerja yang ingin mendapatkan rawatan sebagai "pesakit luar".

Keistimewaan ini telah dimasukkan sebagai faedah dalam Perjanjian Bersama dan terus berkuatkuasa sehingga hari ini. Inilah satu-satunya peninggalan kebaikan oleh Encik Che Khalib Md Nor (sekarang Dato' Seri) Pengerusi Exco KTMB di bawah kontrak pengurusan Marak Unggul.

Kelebihan pekerja  dan keluarga KTMB yang mendapat faedah rawatan ini adalah tiada had atau limit jumlah
pembayaran bagi setahun di panel klinik swasta, ini satu faedah atau kelebihan kepada semua pekerja KTMB.

RUM cuba membandingkan dengan Pekerja Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA sebagai AGENSI KERAJAAN turut menyediakan faedah Panel Klinik Swasta, peruntukan yang diberikan oleh MARA kepada pekerjanya adalah Had Maksimum RM 2000.00 setahun bagi satu keluarga, lain rawatan adalah klinik kerajaan dan hospital besar.

Maksud had maksimum RM 2000.00 setahun ialah had yang digunakan oleh keluarga pekerja untuk pembayaran bil klinik swasta, sekiranya had maksimum RM 2000.00 telah habis sebelum tempoh satu (1) tahun  maka pekerja dan keluarga hendaklah bayar sendiri atau pergi ke klinik kerajaan atau hospital kerajaan.

Untungkan pekerja KTMB berbanding MARA sebuah Agensi Kerajaan dari aspek Faedah Hospital yang mendapat faedah panel klinik swasta dan semua kos hospital kerajaan termasuk Institut Jantung Negara (IJN) ditanggung oleh KTMB sepenuhnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB