10 Mac 2016

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN. (EGMM)

Oleh kerana ramai yang bertanya mengenai tuntutan EGMM, RUM ingin menjelaskan bagi tujuan pemahaman kepada semua ahli-ahli RUM, diharap dengan penjelasan ini, kekeliruan yang berlaku dapat diatasi, diharap juga penyelia dan pegawai atasan kepada pekerja memahami peranan dan keperluan EGMM mengikut undang-undang.

Elaun gantian masa makan adalah elaun yang dibayar kepada pekerja yang telah diarahkan bekerja pada "WAKTU REHAT" kerana kepentingan perkhidmatan.

Waktu makan bagi setiap pekerja tidak kira "pekerja pejabat, pekerja luar pejabat, pekerja syif dan pekerja di atas tren hendaklah "DIJADUALKAN", waktu makan yang telah "DIJADUALKAN" tidak boleh diubah sesuka hati oleh penyelia atau pengurusan atasan.

"DIJADUALKAN" bermaksud ianya telah diwartakan sebagai sebahagian dari memenuhi peruntukkan CA.

Bila sesuatu pekerjaan yang telah "DIJADUALKAN" waktu rehatnya, kemudian pekerja diarahkan bekerja, maka pekerja berhak menuntut EGMM dan hendaklah dibayar oleh pihak majikan, tiada mana pihak samada penyelia atau pengurusan atasan berhak memotong EGMM yang telah memenuhi syarat iaitu "DIJADUALKAN".

Berdasarkan peruntukan CA setiap pekerja diberi rehat selama 1 jam waktu makan, manakala peruntukan Akta Kerja, "pekerja tidak boleh bekerja lebih dari lima (5) jam secara berterusan, pekerja hendaklah diberi rehat selama 30minit", kecuali "pekerja di atas tren waktu rehatnya ialah 45 minit".

Justeru itu mana-mana pekerja yang waktu rehatnya telah "DIJADUALKAN" kemudiannya diarahkan bekerja adalah layak menuntut EGMM.

Dinasihatkan kepada PENYELIA & PEGAWAI ATASAN PEKERJA, sila menjadualkan waktu makan dengan betul agar tidak timbul kekeliruan sehingga timbul rungutan pekerja bahawa PENYELIA atau PEGAWAI ATASAN PEKERJA sengaja memotong EGMM.

Tindakan tidak "MENJADUALKAN" dan "SENGAJA"  memotong tuntutan pekerja yang memenuhi syarat adalah satu kesalahan dan penganiayaan kepada pekerja bukan eksekutif.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB