RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 Mei 2018

POTONGAN 2 % KWSP SUAMI UNTUK ISTERI

RUM terpanggil bila melihat banyak komen mengenai perkara di atas samada pro maupun kontra, justeru itu RUM melahirkan pendirian RUM.

RUM menyambut baik cadangan potongan gaji suami sebanyak 2% untuk dimasukkan ke KWSP  ianya memberi kebaikan kepada isteri sebagai simpanan hari tua, sewajarnya para pekerja@suami memberi sokongan kepada idea yang baik ini.

Tidak timbul soal rasa kurang cukup atau ada cara lain untuk simpanan  kerana ianya tetap berbentuk simpanan malah dari sudut istilah perkahwinan adalah "perkongsian" wajarlah sedikit upah yang diterima oleh suami dikongsi dengan diberikan kepada isteri yang dicintai.

Kebaikan tambahan dari simpanan ini adalah sumbangan setiap bulan dari kerajaan sebanyak RM 50.00 kedalam tabung simpanan KWSP isteri ianya memberi sumbangan yang sangat bererti kepada  seorang perempuan yang bergelar isteri, disini satu usaha yang patut diberi pujian.

Sewajarnya ia tidak dijadikan isu khususnya pihak suami atau isu yang ingin dipolitikan, setiap  perkara yang mengunjurkan kepada kebaikan sewajarnya disokong.

RUM sebagai Kesatuan Sekerja sangat mengalu-alukan usaha murni ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


IDEA PUTRAJAYA VS MULTIPLE OPERATOR

Saya tertarik dengan kenyataan abg Zaharin Mohd Yasin mengenai cetusan idea sehingga terbinanya Putrajaya, pada pandangan saya tidak kira idea siapa asalkan ianya membawa kebaikan kepada negara, maka cetusan idea yang dikemukakan itu perlu diterima, tetapi bukan soal ini yang saya nak bicarakan, ini hanya mukadimah topik bagi membuka laluan dari aspek RUM membicarakan cetusan idea RUM yang diceduk dijadikan idea Kementerian Pengangkutan.

Idea RUM ialah MULTIPLE OPERATOR yang dijalankan atau diusahakan sendiri oleh KTMB, tetapi kini telah diceduk oleh Kementerian Pengangkutan kononnya penambahbaikan dengan menyerahkan kepada PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) yang mana hasil pendapatan melalui MULTIPLE OPERATOR yang akan dikendalikan oleh RAC sudah tentu akan masuk ke "KANTUNG" RAC.

RUM beranggapan bahawa idea cetusan RUM telah dirompak untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya untuk kepentingan negara.

Disini bezanya antara kenyataan Sdr Zahrin tentang idea kewujudan Putrajaya dan Multiple Operator, antara kepentingan negara dengan kepentingan pihak tertentu. (Andai saya silap, mengenai Putrajaya mungkin abg zahrin boleh betulkan)

Maka itu RUM membantah, sewajarnya Multiple Operator sekiranya hendak dilaksanakan ianya perlu dilaksanakan oleh KTMB sendiri bukannya diletakkan kepada RAC, kerana kita sedar bahawa pendapatan dari Multiple Operator boleh menampung kos tambang bersubsidi yang diberikan kepada pengguna yang mengunakañ perkhidmatan KTMB.

Namun pada dasarnya keperluan Multiple Operator tidak sewajarnya diteruskan sekiranya jentera seperti lokomotif, wagon dan lain-lain mencukupi, lahirnya idea ini setelah menilai bahawa jentera seperti lokomotif dan wagon berkurangan, sekiranya lokomotif dan wagon mencukupi dan ada peruntukkan pembelian lokomotif baru serta wagon maka cadangan Multiple Operator sewajarnya ditolak.

Justeru itu kerajaan perlu memikirkan dengan "KADAR SEGERA" memperuntukkan lokomotif diesel baru serta membeli wagon-wagon baru, bagi memastikan perkhidmatan kargo yang sekitar 3% perniagaan kargo dalam negara yang dilaksanakan oleh KTMB mampu ditingkatkan sehingga 10% atau lebih.

Cuma perlu diingatkan Kementerian Pengangkutan jangan asyik nak beli melalui "direct nego" khususnya dari CHINA, sebab RUM duk pantau apa yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan.

Adalah diharapkan Kementerian Pengangkutan lebih telus dalam melaksanakan agenda negara khususnya demi memajukan KTMB, kerana kebaikan yang dinikmati bukan sahaja kepada pekerja KTMB tetapi kepada rakyat yang mengunakan perkhidmatan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


26 Mei 2018

RUM menyokong luahan pengguna ini..

RUM.amat setuju dan menyokong penuh kenyataan ini, malah RUM juga banyak kali menyuarakan perkhidmatan Ekspres Antarabandar ke Pantai Timur yang dikenali Ekspres Wau perlu dkembalikan perkhidmatannya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


24 Mei 2018

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA (CA) ke 8

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA (CA)  ke 8 diantara Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM)  dan Pengurusan KTMB.
24 MEI 2018. Di IBU PEJABAT KTMB KUALA LUMPUR

#selamatkanKTMBselamatlahPEKERJA


23 Mei 2018

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Kenyataan Yb Menteri Pengangkutan Disokong

Satu perkembangan positif melalui kenyatan yang dikeluarkan oleh Yb Menteri Pengangkutan mengenai SPAD, malah dalam kenyataan ringkas telah mengakui pertindihan tugas dan akan diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Mengikut tafsiran RUM melaui kenyataan YB Menteri Pengangkutan bahawa beliau sendiri secara tidak langsung bersetuju untuk membubarkan SPAD kerana mengakui ada pertindihan tugas namun kita menyedari bahawa SPAD di bawah Jabatan Perdana Menteri maka proses ini mungkin mengambil masa malah mengikut pengamatan RUM  pemansuhan Akta SPAD hendaklah dilakukan, sekiranya sekadar dipindahkan di bawah Kementerian Pengangkutan ianya tetap berlaku pertindihan tugas serta  berlaku masalah yang sama  kerana keperluan yang ada ialah kembali kepada asal seperti mana telah dilaksanakan sebelum SPAD diwujudkan, justeru itu usaha ini akan disokong sepenuhnya oleh RUM seperti kenyataan dalam Suara Rum "SPAD SEWAJARNYA DIBUBARKAN" pada 13/5/2018.

Kami berharap ianya direalisasikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156499027130555&id=188457585554


TIADA LAGI PROJEK RUNDINGAN TERUS

Projek - projek keretapi semuanya "DIRECT NEGO", projek-projek besar seperti pembelian Six Car Set (SCS), Electric Tren Set (ETS) coming soon Diesel Multiple Unit (DMU), Maintenance SCS kontrak terus sambung (ini semua dari China). Itu belum Rehab fasa 1 @ Fasa 2 dan lain-lain.

RUM dah banyak kali merayu kepada kerajaan yang lepas, agar pembelian mengikuti kehendak KTMB kerana KTMB sebagai "USER" perlu justifikasi yang tepat dari sudut teknikal, jangka hayat, pertukaran teknologi yang semua ini adalah "KTMB NEEDS", tapi apakan daya KTMB tiada suara, yang duk bising adalah RUM sahaja, kerajaan yang lepas hanya "pekakkan telinga"  maka semua keputusan akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan, management KTMB hanya mampu angguk-angguk.

Masalah dari pembelian "DIRECT NEGO" ini akan menghakibatkan masalah besar kepada KTMB malah pekerja, kerana kami jadi mangsa rungutan dan kecaman nitizen sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana kesan pembelian barangan yang dibeli kurang berkualiti atau tidak memenuhi aspek-aspek yang dikehendaki oleh KTMB, al maklum keputusan atau kehendak Kementerian Pengangkutan! maka pilihan yang ada ialah pengurusan KTMB terpaksa akur.

Justeru itu kenyataan Yb Dato Seri Azmin amat kami alu-alukan, kita mahu kerajaan yang berintergiriti menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara selaras kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 di Padang Amcorp Mall iaitu "INI SATU TANGGUNGJAWAB, BUKAN KEISTIMEWAAN".


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 Tiada lagi projek runding terus 


TAHNIAH DARI RUM

Bermula titik perubahan dengan penuh harapan untuk mencari ruang kebaikan dan kemajuan demi PEKERJA, RAKYAT DAN NEGARA.


Terima kasih Utusan

TERIMA KASIH UTUSAN MALAYSIA MEMAPARKAN KENYATAAN RUM


ISU BUANG KERJA PEKERJA KONTRAK

RUM baca banyak kenyataan, kebanyakkan ialah satu provokasi untuk menakutkan "Penjawat Awam", dasar pekerja kontrak, ini kena faham dulu... jangan duk kalut... kemudian lantikan atas status atau kapasiti lantikan politik.. maka kontrak politik adalah "kontrak pengurusan 5 tahun", untuk pertama kali dalam sejarah selepas 60 tahun, perubahan kerajaan berlaku.. maka pasti kerajaan baru tidak mahu simpan orang ini, justeru itu kontrak yang tamat tempoh tidak disambung atau mungkin dipendekkan, selepas itu pengisian akan diambil dikalangan individu dari kerajaan memerintah kerana apa? kerana kerajaan memerintah mahu individu yang mampu membawa dasar kerajaan memerintah dan membantu kerajaan memerintah yang penting ialah kepercayaan kepada individu oleh kerajaan memerintah.

Begitu juga selepas PRU 15, andai kerajaan yang memerintah kalah diambil pula kerajaan baru, maka akan berlaku situasi yang sama penamatan pekerja kontrak, so kita kenalah faham apa itu "Pekerja Kontrak" dan risiko sebagai "Pekerja Kontrak" dokumen yang ditandatangani telah ditandatangani sendiri pekerja yang bekerja sebagai pekerja kontrak.

Pada RUM kenyataan yang diwar-warkan adalah satu bentuk provokasi serta mengelirukan dengan tujuan menakut-nakutkan penjawat awam, sewajarnya "CUEPACS" sebagai Gabungan Kesatuan Sekerja Penjawat Awam menjelaskan bagi mengelak kekeliruan bukannya berdiam diri andai ada  penganiayaan maka sewajarnya CUEPACS bangkit menyuarakan dan membantu mereka.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

@ rujuk kenyataan sebelum ini "pekerja kontrak"


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ROMBAKAN

Satu yang RUM harapkan selepas Menteri Sumber Manusia baru menjawat jawatan maka satu rombakan perlu diadakan terhadap penyandang-penyandang jawatan di jabatan - jabatan yang terdapat di Kementerian Sumber Manusia yang sebelum ini boleh dianggap "buyers" atau "tidak jujur" dalam pelaksanaan undang-undang sehingga menimbulkan kegelisahan kepimpinan kesatuan sekerja khususnya RUM.

Kami RUM khususnya menjadi mangsa keadaan atas sifat dendaman dari pihak-pihak yang berkenaan sehingga beberapa perkara terpaksa membawa ke Mahkamah Tinggi mencabar keputusan Menteri Sumber Manusia yang lepas.

Kami mahukan Kementerian Sumber Manusia yang cekap, berwibawa memberi perkhidmatan yang baik selaras peruntukan undang-undang tanpa diletakkan di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PEKERJA KONTRAK

Pekerja yang bekerja secara kontrak adalah bekerja hanya dalam satu tempoh sahaja, sekiranya kontrak mereka tamat maka secara otomatis perkhidmatan mereka telah ditamatkan.

Pekerja kontrak diambil oleh mana -mana Majikan berdasarkan "keperluan kerja" yang dikehendaki oleh Majikan tersebut, bila mana syarikat tersebut beranggapan keperluan kerja telah telah tiada maka Majikan boleh menamatkan pekerja kontrak berdasarkan kandungan yang terkandung dalam dokumen kontrak contohnya :-

"Majikan boleh menamatkan pekerja kontrak bila-bila masa dengan membayar sebulan gaji"

Sekiranya ada keperluan kerja Majikan dengan budicaranya boleh melanjutkan kontraknya atau menawarkan kontrak baru.

Kuasa "BUDIBICARA MUTLAK" adalah hak Majikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Mei 2018

PLAN TRANSFORMASI NEGARA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD) SEWAJARNYA DIBUBARKAN

RUM ingin menarik perhatian mengenai SPAD yang ditubuhkan di bawah Plan Transformasi Negara dicetuskan oleh PEMANDU yang kononnya sebagai satu agensi yang bertujuan menyelaraskan perkhidmatan darat agar lebih efiksyen dan  selamat yang ditubuhkan pada tahun 2010.

Pada pandangan RUM penubuhan SPAD tidak memberi kesan yang positif, sebelum SPAD diwujudkan peranan yang dimainkan oleh SPAD telah dilaksanakan di bawah agensi Kementerian Pengangkutan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Keretapi termasuk bidang perlesenan dan penguatkuasaan malah penubuhan SPAD boleh dianggap sebagai satu pertindihan tugas dengan agensi yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan.

Berdasarkan pengetahuan RUM, SPAD sendiri tidak memahami tugasnya dengan jelas malah SOP yang yang ada boleh dianggap bercelaru sehingga menyusahkan KTMB dalam sesuatu aspek yang melibatkan keselamatan khususnya bila berlaku kegelinciran keretapi SPAD akan mengambil keputusan tanpa mengambilkira pandangan pengurusan KTMB seterusnya mengambil pendekatan yang agresif sehingga menyusahkan pengguna sedangkan penekanan melalui SOP yang terwujud dalam SPAD sendiri boleh dianggap bercelaru dan longgar, prosedur keselamatan yang ada dalam KTMB malah setiap perkara melibatkan keselamatan di bawah Aturan Peraturan Keretapi adalah lebih tepat dan ianya mengikut garis panduan yang digunakan diseluruh perkeretapian di peringkat antarabangsa.

RUM turut membaca keluhan Pemandu Teksi terhadap SPAD khususnya dari Persatuan Pemandu Teksi yang telah melahirkan bahawa SPAD perlu dibubarkan kerana difahamkan SPAD banyak menyusahkan kalangan Pemandu Teksi, RUM percaya rungutan kalangan Pemandu Teksi kerana apa yang berlaku kepada KTMB malah pekerja yang terlibat secara terus telah melahirkan rasa tidak puas hati malah dalam aspek KTMB keputusan yang diambil oleh SPAD menimbulkan masalah besar kepada KTMB sehingga para pengguna yang tidak tahu hujung pangkal bila perkhidmatan keretapi dihentikan dengan tempoh yang tidak munasabah ketika berlaku kegelinciran sedangkan perkhidmatan telah dibaikpulih, tren boleh beroperasi semula berdasarkan  prosedur keselamatan yang ada dalam KTMB tetap dihalang oleh SPAD malangnya KTMB  yang dipersalahkan Nitezen kerana terpaksa menghentikan perkhidmatan yang terlalu lama, ini tidak pernah berlaku sebelum kewujudan SPAD, kenyataan ini merupakan satu contoh banyak perkara lagi tidak "dihighlightkan".

Justeru itu RUM amat berharap kerajaan memerintah hari ini dapat mengkaji semula kewujudan SPAD yang boleh dianggap satu agensi tidak aktif yang peranannya sebagai satu pertindihan tugas dengan Kementerian Pengangkutan malah kewujudan SPAD adalah satu pembaziran wang rakyat dengan kos operasi SPAD yang ditanggung oleh Kerajaan.

Suka RUM memberi pandangan agar SPAD sewajarnya dibubarkan seterusnya diletakkan fungsi di bawah Kementerian Pengangkutan kerana RUM beranggapan kewujudan SPAD tidak ada lebih malah banyak menyusahkan semua pihak, RUM yakin di bawah kerajaan memerintah hari ini mampu mengkaji semula Plan Transformasi Nasional khususnya SPAD yang jelas mendapat rungutan dari banyak pihak.

Pembubaran SPAD akan memberi kesan yang amat positif kepada semua pihak yang terlibat, menjimatkan wang negara malah akan menyenangkan rakyat, RUM yakin kerajaan yang memerintah hari ini akan mendengar keluhan kami kerana keluhan juga telah dibuat oleh Persatuan Pemandu Teksi dan kini Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Semoga negara lebih baik di bawah pemerintahan baru.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RAKAMAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK



Sebagai rakyat Malaysia dan saya selaku Presiden RUM tidak boleh menolak kebaikan yang diberikan oleh Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Tidak dinafikan memang ada rasa terkilan, namun setiap insan pasti melakukan kesilapan, hari ini beliau telah dihukum dan diadili oleh rakyat dengan kekalahan Barisan Nasional, malah beliau telah mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.

Malah pasti pemerintah hari ini akan menyiasat segala tuduhan salah laku, tapi itu hak pemerintah, keadilan perlu dilaksanakan andai didapati bersalah, terserah kepada Mahkamah yang menentukan.

Namun beliau tetap pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, andai 10 kejahatan dilakukan tidak mungkin tiada 1 kebaikan maka kebaikan tetap ada, satu contoh kebaikan kepada RUM pada 4 Mei 2010 dalam satu pertemuan dengan RUM beliau telah bersetuju membatalkan ETS dari dianaksyarikatkan sehingga kini ETS dioperasi oleh KTMB maka itu sebagai bangsa Melayu yang tinggi budi pekertinya saya bagi seluruh warga RUM dan KTMB merakamkan ribuan terima kasih atas sumbangannya khusus kepada ahli-ahli RUM dan warga KTMB, beliau tetap dalam ingatan sebagai Perdana Menteri ke 6.

Terima kasih kepada Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB