Sebagai rakyat Malaysia dan saya selaku Presiden RUM tidak boleh menolak kebaikan yang diberikan oleh Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Tidak dinafikan memang ada rasa terkilan, namun setiap insan pasti melakukan kesilapan, hari ini beliau telah dihukum dan diadili oleh rakyat dengan kekalahan Barisan Nasional, malah beliau telah mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.
Malah pasti pemerintah hari ini akan menyiasat segala tuduhan salah laku, tapi itu hak pemerintah, keadilan perlu dilaksanakan andai didapati bersalah, terserah kepada Mahkamah yang menentukan.
Namun beliau tetap pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, andai 10 kejahatan dilakukan tidak mungkin tiada 1 kebaikan maka kebaikan tetap ada, satu contoh kebaikan kepada RUM pada 4 Mei 2010 dalam satu pertemuan dengan RUM beliau telah bersetuju membatalkan ETS dari dianaksyarikatkan sehingga kini ETS dioperasi oleh KTMB maka itu sebagai bangsa Melayu yang tinggi budi pekertinya saya bagi seluruh warga RUM dan KTMB merakamkan ribuan terima kasih atas sumbangannya khusus kepada ahli-ahli RUM dan warga KTMB, beliau tetap dalam ingatan sebagai Perdana Menteri ke 6.
Terima kasih kepada Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
13 Mei 2018
Home »
» RAKAMAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
RAKAMAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Ahad, Mei 13, 2018
Related Posts:
TAMBANG MONORAIL & LRT NAIK KTMB? Tambang LRT n Monorail nak naik, tambang komuter bila lagi, dah lah tambang LRT n Monorail sememang tinggi berdasarkan perkm berbanding KTMB, sedangkan KTMB terus tertinggal. Suntikan kewangan dari kerajaan pun sa… Read More
Kiriman Draft Perjanjian BersamaSemua yang telah memberi email.. akan saya kirimkan draf perjanjian bersama sedikit masa lagi... oleh kerana ramai yang meminta... maka saya akan kirimkan bila saya kelapangan. In Syaa Allah. Pada Pengerusi / Setiausaha / Maj… Read More
MISI RUM Bila RUM mengambil pendekatan berjuang untuk kepentingan ahli sehingga mengadakan Piket dan dibuang kerja beramai-ramai, maka segelintir yang tidak faham menyalahkan RUM kerana asyik bergaduh dengan pengurusan. Bila RUM… Read More
PRESENTATION TRANSFOMATION KTMB Hari ini Pegawai Utama RUM di jemput menghadiri Presentation Transformation KTMB 2015 - 2025 Turut hadir MOT, EPU, PEMANDU, SPAD dll. KOMEN RUM Satu perancangan atau plan transformasi atau hala tuju KTMB yang sang… Read More
PERTEMUAN DENGAN AHLI DI BENGKEL BATU GAJAHAtas permintaan ahli-ahli RUM Cawangan Ipoh, saya menghadiri pertemuan dengan ahli-ahli di Batu Gajah . Pertemuan yang tidak dirancang bila mana ahli-ahli dapat tahu saya akan berada di MYRA sempena taklimat Transfomasi KTMB.… Read More