RUM terpanggil bila melihat banyak komen mengenai perkara di atas samada pro maupun kontra, justeru itu RUM melahirkan pendirian RUM.
RUM menyambut baik cadangan potongan gaji suami sebanyak 2% untuk dimasukkan ke KWSP ianya memberi kebaikan kepada isteri sebagai simpanan hari tua, sewajarnya para pekerja@suami memberi sokongan kepada idea yang baik ini.
Tidak timbul soal rasa kurang cukup atau ada cara lain untuk simpanan kerana ianya tetap berbentuk simpanan malah dari sudut istilah perkahwinan adalah "perkongsian" wajarlah sedikit upah yang diterima oleh suami dikongsi dengan diberikan kepada isteri yang dicintai.
Kebaikan tambahan dari simpanan ini adalah sumbangan setiap bulan dari kerajaan sebanyak RM 50.00 kedalam tabung simpanan KWSP isteri ianya memberi sumbangan yang sangat bererti kepada seorang perempuan yang bergelar isteri, disini satu usaha yang patut diberi pujian.
Sewajarnya ia tidak dijadikan isu khususnya pihak suami atau isu yang ingin dipolitikan, setiap perkara yang mengunjurkan kepada kebaikan sewajarnya disokong.
RUM sebagai Kesatuan Sekerja sangat mengalu-alukan usaha murni ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
29 Mei 2018
Home »
» POTONGAN 2 % KWSP SUAMI UNTUK ISTERI
POTONGAN 2 % KWSP SUAMI UNTUK ISTERI
Selasa, Mei 29, 2018
Related Posts:
Railway union repeats call to scrap KTMB assets transfer move November 15, 2017 PETALING JAYA: The KTM Employees Union (KPPKTMB) has reiterated its call to the government to terminate the Railway Network Access Agreement (RNAA), which it claims will hamper the CEO from transforming KTMB… Read More
CERITA TV 1 MALAM TADI..Malam tadi dengarlah apa yang Tim Menteri Pengangkutan cakap dalam TV1, 30% sahaja pengunaan landasan, entah mana fakta dia dapat tak tau... Menteri pulak cakap 40% pengunaan landasan, dua-dua dah melalut, macam pening ketum.… Read More
DERAILMENT KARGO DI BANK NEGARASudah lama saya selaku Presiden dan Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM tidak turun ke Spot (kawasan derail) kalau ada di jalan kucing sebulan yang lalu, itu pun disebabkan rungutan pekerja yang tidak dapat@lambat disediaka… Read More
Kesatuan pekerja ulangi desakan batal perjanjian halang transformasi KTMB November 15, 2017 PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mengulangi desakan membatalkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) yang didakwa akan menghalang usaha ketua pegawai eksekutifny… Read More
KOMEN FB REMEH/ BERSAMALAH KITAAssalamualaikum dan Selamat Pagi Semalam pegawai dan ahli RUM mengamuk betul bila satu kenyataan dikeluarkan oleh seseorang, walaupun pada awalnya RUM nasihatkan jangan, tapi mereka tetap nak attack balik, last sekali RUM ter… Read More