![]() |
Gambar Hiasan |
Memaparkan catatan dengan label Hala Tuju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hala Tuju. Papar semua catatan
05 Februari 2014
HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 4: KAMI BUDAK SEKOLAH RENDAH!
Hala tuju 2014 (Direction) 3, Carta yang dipaparkan ada menunjukan kegagalan menaikkan harga kargo yang melibatkan “opportunity loss” sebanyak RM 30 Juta. Pihak kesatuan merakamkan ucapan tahniah, teguran pihak kesatuan melalui surat bertarikh 20 Ogos 2013 diambil perhatian dengan segera, maka hasilnya berjaya dinaikkan harga kargo, harapan kesatuan ialah kenaikan ini akan membantu meningkatkan pendapatan KTMB, tahniah di ucapkan kepada Datuk Presiden KTMB.
Namun demikian, kenaikan ini menjadi satu isu lain pula, rupanya Datuk Presiden KTMB, menaikkan harga mengikut sesuka hati… hehe…agaknya…hehehe… kajian apa yang digunakan, garis panduan apa yang dirujuk, sungguh lemah sekali bila cadangan awal kenaikan ialah sebanyak 100%-200%, wow… mungkin kenaikan yang banyak ini akan menjadikan satu kejayaan kepada Datuk Presiden KTMB, mengatasi kerugian serta mampu memulihkan KTMB, kononnya… hahaha… sungguh pendik akal! sedangkan kalau dilihat carta RUM, harapan RUM tidak begitu tinggi hanya RM 30 Juta satahun, bukannya meletakkan satu “target” sehingga RM 100 Juta pendapatan tambahan, kerana RUM mengambilkira keperluan, kehendak, situasi semasa, kajian berdasarkan persekitaran luar dan dalaman. Lagi pun… ini idea mudah, kata orang putih “easy job”, lontarkan idea lepas tu buat anggaran dan cadangkan, lawak jenaka betul, rasanya kalau masuk Maharaja Lawak boleh menang ni…! kalau kami budak sekolah rendah… berfikir macam tu… patutlah…. Hahahaha….
04 Februari 2014
HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 3 : KERUGIAN PELUANG
Selasa, Februari 04, 2014
Hala Tuju
Inilah sepatutnya "goal" 2014! atau sekurang-kurangnya 50% sebagai target pencapaian tahun 2014.
Carta kerugian peluang (opportunity loss) melalui surat kesatuan bertarikh 20 Ogos 2013. Perkiraan kasar (andaian RUM) menunjukkan kerugian peluang sebanyak RM 522.170.000.00. Ini adalah satu pembaziran kerana kelemahan perancangan.
Kegagalan Datuk Presiden KTMB dalam merencanakan pemulihan KTMB, maka KTMB terlepas peluang untuk menambah pendapatan, kerugian peluang ini adalah satu perkara yang sangat mendukacitakan, kalau perancangan dalam tempoh 100 hari, mengetuai KTMB, mengenai pasti masalah, maka usaha-usaha memulihkan KTMB dapat dilakukan, kesilapan dalam perencanaan mengunakan kaedah "reverse strategy" maka hasilnya dari 2.5.2012 tarikh menjawat jawatan Presiden KTMB sehingga hari ini 4.2.2014, bersamaan 1 tahun 9bulan hasilnya adalah pembaziran dan kerugian kepada KTMB!
Datuk Presiden KTMB telah gagal melaksanakan sebarang pemulihan serta meletakkan KTMB sebagai sebuah pengangkutan KTMB yang merudum!
U FAILED!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
03 Februari 2014
HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 2
Isnin, Februari 03, 2014
Hala Tuju
![]() |
Gambar Hiasan |
Antara yang diperkatakan ialah:
1. Kerugian dapat dikurangkan sebanyak RM 50 Juta.
2. Kenaikan harga kargo akan membantu meningkatkan pendapatan KTMB.
3. Pegawai dan pekerja perlu bekerjasama dan mengikut arahan.
Kalau 3 topik ini diperkatakan, ini bukan "HALA TUJU", ini dikatakan memberi penjelasan mengenai perkembangan terkini dan tanggungjawab pekerja.
RUM telah pun mengeluarkan kenyataan mukadimah mengenai "HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 1" untuk memahamkan Presiden KTMB apa itu hala tuju, bagi memastikan penjelasan dapat dijelaskan kepada semua pekerja serta menyakinkan pekerja tentang hala tuju 2014, bahawa Datuk Presiden KTMB telah pun merancang sesuatu yang menyakinkan serta satu pencapaian dapat dicapai (goal) pada penghujung 2014.
31 Januari 2014
Hala Tuju (Direction) 1.
Jumaat, Januari 31, 2014
Hala Tuju
![]() |
Gambar Hiasan |
Menarik untuk diperkatakan, kerana hala tuju mengambarkan bahawa hasrat untuk mencapai "target" seterusnya ialah "goal".
Memberi maklumat apakah impian yang diharapkan, apakah impian yang perlu dicapai, apakah impian untuk mencapai matlamat, selain menceritakan sebuah harapan, sebuah impian yang mampu menjadi kenyataan.
Perkongsian adalah sesuatu yang sangat baik, bagi menjalinkan hubungan dan kerjasama, perkongsian akan memberi keyakinan bagi meningkatkan kerjasama dari semua pihak untuk mencapai matlamat, kerana semua pihak akan berkongsi serta berusaha bersama-sama untuk memastikan sebuah impian dan sebuah harapan menjadi kenyataan.
Dalam menyatakan impian, maka impian itu perlu jelas, tepat dan pastikan matlamat pada penghujungnya ialah keberhasilan. Impian itu perlu tinggi, impian itu perlu nyata, impian itu perlu membangkitkan semangat dalam ertikata setiap aspek itu perjuangan berdasarkan tanggungjawab, keikhlasan dan amanah, maka ianya mampu menjadi kenyataan.
Justeru itu, hala tuju yang ingin disampaikan mesti "nyata", "berpotensi", mampu mengembalikan keyakinan serta sebuah harapan yang meniti kejayaan dan kecemerlangan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB