03 Februari 2014

HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 2

Gambar Hiasan
Banyak juga mesej yang diterima serta komen mengenai hala tuju 2014 yang dibentangkan oleh Datuk Presiden KTMB dan Pengurus Besar KTMB, komen yang diterima adalah "macam biasa, tiada sebarang pembaharuan, malah tidak nampak hala tuju"!.

Antara yang diperkatakan ialah:
1. Kerugian dapat dikurangkan sebanyak RM 50 Juta.

2. Kenaikan harga kargo akan membantu meningkatkan pendapatan KTMB.

3. Pegawai dan pekerja perlu bekerjasama dan mengikut arahan.

Kalau 3 topik ini diperkatakan, ini bukan "HALA TUJU", ini dikatakan memberi penjelasan mengenai perkembangan terkini dan tanggungjawab pekerja.

RUM telah pun mengeluarkan kenyataan mukadimah mengenai "HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 1" untuk memahamkan Presiden KTMB apa itu hala tuju, bagi memastikan penjelasan dapat dijelaskan kepada semua pekerja serta menyakinkan pekerja tentang hala tuju 2014, bahawa Datuk Presiden KTMB telah pun merancang sesuatu yang menyakinkan serta satu pencapaian dapat dicapai (goal) pada penghujung 2014.

Hala tuju adalah satu perkara yang boleh disebut "motivasi" iaitu target pencapaian yang cemerlang, maka pihak audien yang mendengar tentang ceramah itu bersemangat dan terus bersama dan berkerjasama untuk mencapai matlamat. 

Kalau sekadar memberi penjelasan yang hanya biasa, RUM rasa Dato Abdul Radzak bin Abdul Malek, mantan Pengarah Urusan KTMB lagi hebat, dengan mengwar-warkan KTMB mampu mencapai keuntungan RM1.00, kemudian dengan ucapan yang berkobar-kobar, bersemangat, kalau pekerja mendengarnya, terus yakin bahawa KTMB mampu dipulihkan. Ini baru "HALA TUJU"!. 

WARGA KTMB ADALAH INDIVIDU YANG PALING TEPAT UNTUK MEMAHAMI BAHASA KERETAPI, TERBUKTI DATO MOHD SALLEH ABDULLAH DAN DATO ABDUL RADZAK ABDUL MALEK YANG TELAH MENERAJUI KTMB DENGAN JAYANYA.

Nampaknya kenyataan RUM sebelum-belum ini adalah benar dan tepat, bahawa Datuk Presiden KTMB sebenarnya telah tengelam punca, hilang fokus, tak tahu nak pergi mana, yang hanya dilihat ialah kegagalan demi kegagalan.

Andai Hala Tuju 2014, itu diterangkan matlamat (goal) bahawa semua atau sebahagian 50% yang diperkatakan dalam surat kesatuan di bawah perkara "opportunity loss", Datuk Presiden KTMB telah pun memenuhi hasrat atau mampu menyakinkan kami, iaitu warga KTMB yang mengharapkan KTMB dipulihkan.

Datuk Presiden KTMB - YOU FAILED!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB