Gambar Hiasan |
Terkejut bila RUM highlightkan mengenai Consultant Hay Group ini, pihak RUM terima satu info yang mengatakan bahawa kajian consultant hay tidak mempunyai "substance" untuk diimplementasikan. Lapuran muktakhir ini, kebanyakkan dibakul sampaikan oleh agensi kerajaan kerana tidak praktikal.
Kalau benarlah, cerita ini, RUM mula rasa risau, dalam pemikiran mula tertanya-tanya, bagaimana pemilihan consultant ini dibuat, adakah melalui tender terbuka? sekiranya melalui pemilihan berapa jumlah consultant yang menawarkan khidmat? atau adakah ianya berdasarkan rekemendasi oleh pihak tertentu? Adakah pasti pemilihan Consultant ini benar-benar tepat dan berkualiti?
Pihak RUM rasa musykil, malah rasa keliru tentang perkara ini, pelbagai andaian mula bermain, kalau ini terjadi maknanya, kajian yang dibuat tidak boleh digunapakai dan dibakul sampahkan.
Akibatnya, setiap perkara yang dilakukan oleh consultant berkenaan ialah satu pembaziran, pembaziran pembayaran khidmat consultant, pembaziran masa yang digunakan oleh consultant yang membuat kaji selidik dengan pihak pengurusan, eksekutif dan bukan Eksekutif, pembaziran masa ini adalah wang, yang paling panas hati mengancurkan harapan kepimpinan RUM yang mengharapkan peningkatan faedah kepada pekerja dan pasti seluruh warga RUM, Warga KTMB pasti akan marah kerana mengancurkan harapan, kerana kami mengharapkan satu perubahan gred gaji baru, gred gaji lama adalah lapuk dan digunakan semenjak tahun 1992.
RUM ingin memberi ingatan kepada semua yang bertanggungjawab mengenai perkara ini, jangan main-main dengan RUM, anda semua akan menanggung akibatnya.
RUM memberi amaran sekeras-kerasnya, kajian itu mesti dibentangkan kepada RUM secepat mungkin atau tidak kami akan bertindak. Kami ingin melihat kajian itu, seterusnya gred gaji pekerja bukan Eksekutif perlu diubah mengikut kaedah pasaran semasa atau mengikut apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan berdasarkan perbezaan "take home Pay"!
PANASSSSSSS!!!!!!!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB