08 Februari 2014

Consultant Hay Group Sdn Bhd: Apakah hasil kajian Gred Gaji Pekerja Bukan Eksekutif?

Gambar Hiasan
Satu perkara yang menarik ialah pihak pengurusan tertinggi KTMB telah melantik satu consultant luar untuk mengkaji struktur carta organisasi, specifikasi tugas dan gred gaji Eksekutif dan Bukan Eksekutif.

Difahamkan kos perbelanjaan consultant ini melibatkan perbelanjaan RM 1 JUTA. Pihak Rum sentiasa mengalu-alukan sebarang pembaikan melalui apa kaedah sekalipun, demi memastikan kebaikan itu dapat dipanjangkan kepada Bukan Eksekutif.

Pihak kesatuan difahamkan bahawa kajian kepada gred gaji Bukan Eksekutif telah dikaji berdasarkan kepada perbandingan kadar upah pasaran iaitu antara penjawat awam dan sektor swasta, namun ianya terus senyap tanpa sebarang berita, samada ianya diterima atau ditolak atau dibekukan.

Dalam taklimat consultant berkenaan pada Majlis Exco RUM, ianya hanya menumpukan kedudukan carta organisasi sahaja, tanpa menerangkan kedudukan gred gaji, pegawai-pegawai kesatuan turut bertanyakan soalan mengenai gred gaji dalam taklimat tersebut, jawapan yang diberikan ialah masih dalam kajian.

Pada taklimat di Kelab Darul Ehsan pada pihak pengurusan, yang turut dijemput iaitu Presiden RUM dan Setiausaha Agung RUM pada bulan November 2013, dipaparkan dalam "presentation", gred jawatan Eksekutif dan Bukan Eksekutif, namun dihentikan bila sampai diperingkat Bukan Eksekutif kerana kesuntukan waktu. Pihak RUM akur, berdasarkan kesuntukan waktulah, maka pihak RUM menjemput selepas itu taklimat diberikan kepada Majlis Exco RUM, tapi katanya consultant belum menyiapkan kajian lagi.

Apakah permainan yang dilakukan? Menyorokan maklumat kebenaran bahawa kedudukan Gred Jawatan Bukan Eksekutif adalah lebih rendah dari pasaran, tindakan membisu tanpa sebarang penjelasan terkini adalah sangat mendukacitakan.

Jangan jadi buat kali kedua selepas kajian yang dibuat oleh "CONSULTANT SELECT" pada tahun 2006 yang telah dibakul sampahkan kajian berkenaan dan buat kali ke 2, juga bakal dibakul sampahkan.

Pihak kesatuan tidak akan berdiam diri mengenai perkara ini, kerana melihat bahawa seolah-olah Bukan Eksekutif ini juga seperti ingin di bakul sampahkan tanpa menilai Bukan Eksekutif adalah aset yang boleh memangkin produktiviti KTMB, kelemahan sebenar terletak kepada Pengurusan Tertinggi KTMB yang secara jelasnya melalui kelemahan perancangan oleh Datuk Presiden KTMB, "jangan kami pula yang bergred Bukan Eksekutif menjadi mangsa, kerana kami pekerja Bukan Eksekutif hanya pekerja yang menerima arahan dan sentiasa bersedia untuk menerima perubahan demi memajukan KTMB".

Kedudukan pekerja KTMB yang telah diswastakan pada 1.8.1992 berbanding dengan penjawat awam berdasarkan "take home pay" adalah rendah. Ini adalah kerugian besar kepada kami selepas kami diswastakan berbanding penjawat awam, walaupun difinasi pekerja KTMB dan penjawat awam iaitu "perkhidmatan sosial" tapi faedah yang diterima adalah tidak wajar dan tidak adil.

Sehubungan dengan itu pihak RUM akan mendesak pihak pengurusan KTMB membentangkan kajian pihak consultant berkenaan kepada pihak RUM. Kegagalan akan memberi penambahan fakta, kenapa RUM mengambil tindakan perusahaan?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB