15 Februari 2014

PEKERJA DAN TANGGUNGJAWAB

Gambar Hiasan
Tanggungjawab seorang pekerja ialah melaksanakan tugas berdasarkan spesifikasi tugas, mengikuti arahan, mematuhi arahan, memastikan setiap perkara yang melibatkan aturan peraturan serta keselamatan diikuti sepenuhnya juga tertakluk dengan Perjanjian Bersama.

Pekerja hendaklah menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab serta berdedikasi bagi memastikan peningkatan produktiviti ditingkatkan.

Kebolehan dan daya usaha yang tinggi adalah sangat diperlukan, bagi mencapai tahap piawaian yang dikehendaki.

Semua itu mesti dilakukan demi memastikan peningkatan pencapaian prestasi KTMB yang cemerlang, kejayaan dan keupayaan yang cemerlang KTMB akan memberi pulangan yang baik kepada pekerja, dalam masa yang sama ialah kita sebagai pekerja perlu membuktikan bahawa kita memberi khidmat sepenuh hati untuk kemajuan Syarikat iaitu KTMB.


Adalah diharapkan semua pekerja, terus menjalankan tugas dengan gigih dan berdedikasi, kerana perjalanan KTMB masih jauh, yang perlu diperbaiki dan dibaik pulih sepenuhnya.

Kegagalan pekerja dalam melaksanakan tanggungjawab ini, akan menghakibatkan kerugian kepada pekerja sendiri, malah masa depan yang boleh jadi kelam, kerana menyedari bahawa diluar sana sentiasa menanti ruang dan peluang untuk mengambilalih KTMB, malah ada beberapa strategi sedang direncanakan oleh pihak-pihak tertentu yang masih tidak berputus asa dalam merencanakan sesuatu, implikasinya bukan sahaja kepada pekerja tapi kesatuan pekerja-pekerja KTMB (RUM).

Mudah-mudahan dengan sokongan yang ada, kekuatan yang kita ada, kita mampu menangkis semua usaha yang dalam perancangan oleh pihak yang berkeinginan sesuatu.

Kita buktikan, kita adalah pekerja yang berdedikasi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • CAKAP POLITIK 4Bila kritik PAS, kau kata liberal. Bila kritik UMNO kau kata pengkhianat. Bila kritik DAP kau kata racist. Bila kritik PKR kau kata macai. Bila kritik PAN kau kata walaun. Bila kritik Mahathir, kau tanya apa jasa pada neg… Read More
  • COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP DIMAKLUMKAN KENYATAAN DARI PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN.COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP DIMAKLUMKAN KENYATAAN DARI PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN. BAGI KEADILAN PIHAK KEMENTERIAN PENGANGKUTAN RUM PAPARKAN UNTUK DIKONGSI DALAM SUARA RUM. Sekarang ni, apa yang kepimpinan RUM l… Read More
  • TERIMA KASIH BAGI PANDANGAN KAMI TETAP BERPENDIRIAN RNAA DIHENTIKAN.RUM banyak terima mesej memberi pandangan, nasihat, suntikan semangat malah ada yang bagi pandangan secara terbuka dalam wall facebook, pihak RUM merakam ribuan terima kasih. Semua pandangan kami terima dengan hati yang terb… Read More
  • FB Presiden RUM di blockPagi ini, admin cuba mencapai facebook SUARA RUM malangnya tidak dapat diakses. Admin dimaklumkan, bahawa FB  milik Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah tidak dapat diakses sejak ten… Read More
  • SETAHUN YANG LALUDimana Kementerian Pengangkutan? dimana YB Menteri Pengangkutan? kami berbicara dengan hujah, hujah kami tidak dilayan, kenapa tidak mahu dilayan YB Menteri Pengangkutan? kerana YB Menteri Pengangkutan sedar bahawa mereka tid… Read More