19 Februari 2014

Kelemahan Pekerja apakah tanggungjawab RUM.

Gamabar Hiasan
Apakah kelemahan pekerja itu tanggungjawab RUM, kelemahan pekerja itu adalah tanggungjawab pengurusan, iaitu mengurus, mengawal dan mengarah pekerja bekerja dan mengikut arahan yang termaktub dalam specifikasi tugas.

RUM telah pun menulis melalui kenyataan pada 15.2.2013 dengan topik TANGGUNGJAWAB DAN PEKERJA dalam Suara Rum.

Maksudnya ialah pekerja "MENERIMA ARAHAN, MEMATUHI ARAHAN, MEMATUHI ATURAN PERATURAN, MEMASTIKAN KESELAMATAN, TUGAS MENGIKUT SPECIFIKASI TUGAS DAN TERTAKLUK DENGAN PERJANJIAN BERSAMA"!

RUM nak maklumkan pada pengurusan yang mana berkenaan kena faham apa pula tanggungjawab EKSEKUTIF, EKSEKUTIF KANAN, PENGURUS, PENGURUS KANAN, PENGURUS BESAR, SVP ATAU PRESIDEN".


Kalau ada kalangan yang tak faham, yang menulis dibelakang RUM, RUM boleh anjurkan kursus pemahaman percuma pada yang berkenaan. 

Jangan salahkan pekerja kalau sendiri tidak pandai mengurus, jangan salahkan pekerja kalau pegawai sendiri tak tahu kerja, sehingga pekerja pula mengajar macam mana nak buat kerja, jangan salahkan pekerja, kalau pekerja tidak menghormati pegawai, jangan salah pekerja, kalau pekerja, mengambil kesempatan terhadap pegawai, jangan salahkan pekerja, kalau pekerja malas atau hilang dari tempat kerja!.

Baca dan faham apa itu PERJANJIAN BERSAMA, AKTA KERJA, AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN DAN SEMUA AKTA YANG ADA KAITAN, kalau tak faham minta PRESIDEN KTMB mewujudkan kelas ini, bagi faham, malah kelas khusus untuk menjadi pengurusan yang baik!

RUM tidak mahu berhujah lebih panjang tapi ini jawapan pada pihak yang menghantar mesej tersebut, kalau tak faham juga apa yang tertulis ini, RUM syorkan letak jawatan, jangan menyusahkan KTMB dan RUM.

RUM akan membela mana-mana pekerja tidak kira apa gred jawatan yang tertindas dan teraniya, perjuangan RUM adalah untuk pekerja BUKAN EKSEKUTIF!

Tanggungjawab RUM terhadap pekerja adalah memberi nasihat, teguran, motivasi seperti mana tertulis dalam Tanggunjawab dan Pekerja pada 15.2.2014.

"susah lo, kalau tak faham"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • ROAD SHOW TAIPINGPertemuan yang bersemangat sebentar tadi, terima kasih ahli-ahli RUM di Taiping terus berjuang.. kita bersama TOLAK RNAA. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More
  • ROADSHOW BATU GAJAH, IPOH, PERAK Sambutan yang sangat menggalakan, perjuangan menolak RNAA, taklimat diberikan kepada semua ahli-ahli yang hadir Terus berjuang MENOLAK RNAA Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More
  • ROADSHOW PERAIRUM bergerak secara berpasukan, sedia mengempur, hentikan RNAA, kalau tidak kami gempur Bentung. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More
  • RNAA: KERETAPI TANAH MELAYU BAKAL JADI MEMORI MARI BERSAMA PERTAHANKAN KTMB Keseluruhan landasan Kererapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Semenanjung Malaysia ialah 1699 km. Landasan berkembar yang siap sepenuhnya adalah antara Gemas ke Padang Besar yang boleh melarikan tren berkuasa letrik. Se… Read More
  • RNAA MENGHARAP KEPIMPINAN UTAMA RUM Ada kalangan ahli kebiasaannya "ambil mudah" dengan ayat "tak pe lah, Pegawai Utama RUM boleh menyelesaikan RNAA", sikap begini adalah sikap "NEGATIF" kerana bila berlaku RNAA, kemungkinan mereka ini akan pusing ayat "Apa Ke… Read More