10 Februari 2014

IBARAT MELUDAH KE LANGIT, TERPERCIK DIMUKA SENDIRI!

Dalam memperkatakan sesuatu itu, memang pahit, apatah lagi, kalau ianya ibarat meludah ke langit terpercik ke muka sendiri.

Perlukah membisu, membenarkan terus perkara yang tidak diingini terus berlaku, tutup mulut, tutup telinga, tenguk sahaja, sedangkan perkara yang seumpama kerap kali berlaku, sebelum ini, RUM membisu, mendiamkan diri, apa yang berlaku, diperap bawah meja, demi menjaga nama, demi menjaga kononnya berjalan lancar, kononnya juga untuk menjaga keharmonian perusahaan.

RUM TIDAK INGIN BERSEKONGKOL LAGI!

Lawak, biarpun orang kata "STUPID", tapi "STUPID" itu bagus, baik, kerana " STUPID" lah teguran di buat secara terbuka, setelah teguran dibuat secara tertutup.

Keselamatan, penguatkuasaan, serta mematuhi segala peraturan telah pun dibangkitkan dalam setiap Mesyuarat Jawatankuasa Induk, Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan, tiada apa lagi yang nak dibangkitkan dah, dah abis...dah penat... dah bosan...

Pahit diterjemahkan, namun yang pahit pasti boleh jadi manis, kalau bijak mentafsirkannya.

RUM akan terus berjuang demi memastikan KTMB kembali kejalan sebenar, tempoh kesabaran telah lama tamat, apakah membuatkan atau membenarkan atau mendiamkan perkara yang terjadi ini akan dibaik pulih? Tepuk dada, tanya selera.

Terima kasih kepada sdr yang mengatakan kepimpinan RUM stupid, semoga dengan ayat stupid ini, akan menjadi pemangkin untuk terus menegur lagi, andai tidak mahu di tegur, bangkit n bangun dari tidur, jangan mengulangi kesilapan sehingga merugikan KTMB.

Kepada Datuk Presiden KTMB, malapetaka dalam KTMB telah kerap sangat berlaku, cukuplah Datuk Presiden KTMB, kami dah bosan, KTMB terus dirundung malang.

RUM sudah cukup-cukup kecewa!


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • TAMBANG LRT & MONORAIL NAIK RUM kat sini nak minta semua buat penelitian berdasarkan kenaikan PERKM kenaikan. Berapa PERKM yang naik antara KTMB dengan LRT/MONORAIL? Makanya kenaikan harga tambang KTMB adalah sangat rendah tidak menepati harga pa… Read More
  • TAMBANG BARU Di bawah ini adalah tambang lama dan baru antara KTMB, ERL dan LRT/MONORAIL. Tambang baru bagi KTMB walaupun telah dinaikan adalah  murah berbanding tambang ERL dan LRT/MONORAIL. Tambang KTMB sekiranya dilih… Read More
  • PENGIKTIRAFAN KESATUAN KEFAHAMAN UNTUK PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF KTMB Mengikut peruntukan undang-undang bahawa pengiktirafan kesatuan sekerja hendaklah mempunyai 50% + 1 dari keseluruhan pekerja bukan eksekutif. Alhamdulillah RUM mempunyai sejumlah kurang lebih 75% dari jumlah keseluruhan… Read More
  • JAWAPAN BALAS RUM ingin menegaskan bahawa kenyataan ini berupa salah faham yang tidak mengikuti penjelasan RUM melalui kenyataan sebelum ini. RUM ingin menegaskan bahawa kenyataan kenaikan tambang komuter mendapat sokongan Kesatuan m… Read More
  • KELUHAN Gambar hiasan - Google Hehehe... betul lah pandangan orang yang tak faham... bila naik harga tambang komuter.. semua bising siap buat bantahan.. Kebetulan kenaikan harga tambang KTMB naik di waktu semua naik, mana tak … Read More