05 Februari 2014

HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 4: KAMI BUDAK SEKOLAH RENDAH!

Gambar Hiasan
Hala tuju 2014 (Direction) 3, Carta yang dipaparkan ada menunjukan kegagalan menaikkan harga kargo yang melibatkan “opportunity loss” sebanyak RM 30 Juta. Pihak kesatuan merakamkan ucapan tahniah, teguran pihak kesatuan melalui surat bertarikh 20 Ogos 2013 diambil perhatian dengan segera, maka hasilnya berjaya dinaikkan harga kargo, harapan kesatuan ialah kenaikan ini akan membantu meningkatkan pendapatan KTMB, tahniah di ucapkan kepada Datuk Presiden KTMB.

Namun demikian, kenaikan ini menjadi satu isu lain pula, rupanya Datuk Presiden KTMB, menaikkan harga mengikut sesuka hati… hehe…agaknya…hehehe… kajian apa yang digunakan, garis panduan apa yang dirujuk, sungguh lemah sekali bila cadangan awal kenaikan ialah sebanyak 100%-200%, wow… mungkin kenaikan yang banyak ini akan menjadikan satu kejayaan kepada Datuk Presiden KTMB, mengatasi kerugian serta mampu memulihkan KTMB, kononnya… hahaha… sungguh pendik akal! sedangkan kalau dilihat carta RUM, harapan RUM tidak begitu tinggi hanya RM 30 Juta satahun, bukannya meletakkan satu “target” sehingga RM 100 Juta pendapatan tambahan, kerana RUM mengambilkira keperluan, kehendak, situasi semasa, kajian berdasarkan persekitaran luar dan dalaman. Lagi pun… ini idea mudah, kata orang putih “easy job”, lontarkan idea lepas tu buat anggaran dan cadangkan, lawak jenaka betul, rasanya kalau masuk Maharaja Lawak boleh menang ni…! kalau kami budak sekolah rendah… berfikir macam tu… patutlah…. Hahahaha….

Kalau dilihat kenyataan awal ialah hala tuju, hala tuju ialah pencapaian yang akan berjaya pada penghujung tahun 2014 iaitu akaun yang berakhir pada 31.12.2014, maka kita akan melihat hasil cadangan yang dibuat melalui “BUSINESS PLAN” yang dibincangkan di Myra dengan kehadiran seramai 150 orang pegawai KTMB, sudah pasti usaha sedang dilakukan bagi memastikan pencapaian dapat dinikmati. 150 orang pegawai KTMB hadir dalam “BUSINESS PLAN” pasti cadangan banyak yang dilontarkan, pasti juga idea yang dicadangkan mampu menghasilkan sesuatu yang baik.

Tapi cadanglah apa pun, selagi Datuk Presiden KTMB, tidak melihat infra dan rolling stock, KTMB tidak akan kemana, kerana punca pendapatan KTMB bermula dari infra dan rolling stock, tanpa infra yang baik, tanpa rolling stock yang baik, buatlah cadangan apa pun atau idea untuk operasi dan business pasti kecundang, “basic calculation” tak kan ini pun nak bagitau, rata-rata ahli-ahli RUM semua sekolah rendah… tak malu ke dengan budak sekolah rendah… hahahaha….

DATUK PRESIDEN KTMB – U FAILED!!!!!

DAH FAILED!!! APA TUNGGU LAGI? TAK KAN RUM NAK TERUS BELASAH! RUM BANYAK BULLET… BELUM TEMBAK LAGI…… HAHAHAHA….

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB