RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 Ogos 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


Daripada:

Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM)

19 Ogos 2015

BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA (CA) 31 Ogos 2015 - 3 September 2015

RUM akan mengadakan Bengkel CA kepada lebih 60 peserta iaitu di kalangan pegawai kesatuan dan ahli yang terpilih.

Tujuan mengadakan Bengkel CA ini bertujuan membuat semakan terakhir sebelum dijadikan sebagai Draf Perjanjian Bersama yang akan dihantar kepada pengurusan KTMB pada 1 Oktober 2015.
Antara lain sistem yang digunapakai adalah berbentuk "simulasi" yang mana dibentuk sebagai "majikan", "kesatuan" dan "penilai".

Majikan terdiri :-

4 orang pegawai utama kesatuan dan seorang Pengerusi Belia.
1. Timbalan Presiden (Pengerusi)
2. Bendahari Agung
3. Naib Presiden
4. Penolong Setiausaha Agung
5. Pengerusi Belia RUM

Kesatuan terdiri :-

Semua Peserta

Penilai :-
1. Seorang Pegawai Utama (Pengerusi)
Penolong Bendahari Agung
2. Seorang Pengerusi Cawangan
3. Seorang Setiausaha Cawangan
4. Seorang Majlis Exco
5. Seorang Wakil Belia
6. Seorang Wakil Wanita

Presiden dan Setiausaha Agung adalah berkecuali atau bertindak sebagai "pendamai"
Simulasi ini akan membentuk seolah-olah satu perbincangan Rasmi di antara Majikan dan Kesatuan Sekerja.

Pegawai Utama sebagai Majikan akan bertindak seolah-olah sebagai majikan sebenar manakala peserta sebagai Kesatuan Sekerja akan bertindak sebagai Kesatuan Sekerja. Di sinilah simulasi sebenar dari segi perbahasan, maka kedua-dua pihak perlu membuat persediaan (homework) menyediakan hujah dan fakta untuk perbahasan.

Jawatankuasa Penilai akan menilai hujah dan fakta berhak menerima atau menolak sebarang cadangan berpandukan alasan yang munasabah seterusnya merekemendasi kepada Majlis Exco untuk dipertimbangkan sebagai Draf Perjanjian Bersama.

31 Ogos 2015

2 - 5 petang - Perjanjian Bersama - Penceramah Presiden RUM

1 September 2015

Simulasi

2 September 2015

Simulasi

3 September 2015

9.00- 12.00 

Mesyuarat Majlis Exco Khas (Perjanjian Bersama.

In Syaa Allah, selepas proses ini dengan kelulusan Majlis Exco maka pihak Kesatuan akan menyiapkan draf Perjanjian Bersama dan dihantar kepada Majikan pada 1 Oktober 2015.

RUM berusaha yang terbaik untuk ahli-ahlinya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

13 Ogos 2015

KES MAKAN DALAM SET ETS (pertanyaan kepada RUM)

Pada Pandangan Saya

Benar ada tanda atau gambar yang menunjukkan tempat duduk penumpang adalah kawasan larangan untuk makan.

Tujuan asas adalah untuk memastikan bahawa tempat duduk penumpang berada dalam keadaan bersih demi keselesaan pengguna, dalam masa yang sama set berkenaan telah disediakan tempat makan (Buffet Coaches) maka itu kawasan larangan makan dikuatkuasakan dalam koc penumpang, selain dari itu kawasan larangan makan dalam koc adalah bagi tren jarak dekat kecuali tren jarak jauh yang tiada "Buffet Coaches".

Persoalan bolehkah penumpang makan dalam koc berkenaan?

Jawapannya pasti tidak boleh sekiranya disediakan "Buffet Coaches". Andai tidak disediakan"Buffet Coaches" maka kelonggaran boleh diberikan seperti pengantian set tren "ETS" kepada set tren "SCS" yang tiada "Buffet Coaches"

Dari sudut lain kita perlu melihat bahawa penumpang yang naik adalah katogeri "VVIP", ianya diiringi oleh pegawai yang berjawatan Pengurus Kanan, KTMB, maka pegawai berkenaan mempunyai kuasa untuk memberikan kebenaran pada VVIP berkenaan untuk makan dalam koc berkenaan, andai pegawai berkenaan memberi kebenaran maka tiada isu timbul mengenai makan dalam koc berkenaan dan ianya dikecualikan dari kawasan larangan kerana ianya boleh dianggap sebagai "TETAMU KTMB".

Kebaikan dari sudut "TETAMU KTMB" dengan memberi layanan istimewa adalah sebahagian dari strategi promosi bagi memperkembangkan perniagaan KTMB melalui perkhidmatan penumpang yang baik, berkesan dan selamat, secara tidak langsung ianya memberi satu promosi percuma kepada KTMB, justeru itu pada pandangan saya tiada isu timbul sekiranya kebenaran "special case" diberikan oleh pegawai yang mengiringi VVIP yang mana berkenaan atau telah mendapat kelulusan daripada pihak atasan KTMB.

Pihak kesatuan difahamkan bahawa tren yang dinaiki oleh VVIP berkenaan adalah set "SCS" dan bukannya set "ETS" maka tiada isu mengenai makan dalam koc yang berkenaan.

Kenyataan ini berupa pandangan berdasarkan persoalan yang dikemukakan kepada kesatuan, kenyataan yang sewajarnya atau kenyataan yang lebih tepat dan layak dikeluarkan adalah pihak pengurusan KTMB.

Sekian, Terima kasih.

Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

09 Ogos 2015

SALURAN ADUAN/AHLI RUM

Ahli-ahli RUM yang ada kekilanan/rungutan bolehlah membuat aduan Rasmi secara bertulis atau berjumpa mana-mana wakil bahagian, pegawai cawangan, pegawai utama RUM atau terus inbox dalam Suara RUM atau boleh hubungi pejabat RUM 0322741107 atau datang sendiri ke Ibu Pejabat RUM di alamat:

No 9A, Tingkat 1, Bangunan Tong Nam, Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Pihak kesatuan akan mewakili sdr/i mengenai setiap aduan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan melalui beberapa saluran yang ada seperti:-

1. Menemui pengurusan yang mana berkenaan memaklumkan masalah atau aduan dan berusaha menyelesaikan.
2. Menulis surat Rasmi mengenai aduan dan rungutan.
3. Membincangkan dalam Mesyuarat dengan Perbincangan Bulanan dengan TMOD.
4. Mesyuarat Perbincangan Wilayah iaitu antara Wilayah dan Pegawai-pegawai Cawangan Rum dalam bidangkuasa Cawangan.
5. Mesyuarat Majlis Bersama Pusat iaitu diantara kepimpinan tertinggi RUM dan kepimpinan tertinggi Majikan.

Sehubungan dengan itu adalah diharap ahli-ahli RUM mengunakan saluran yang betul bagi setiap kekilanan/rungutan, jangan sesekali mengeluarkan kenyataan dalam media sosial kerana ianya adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib.

Pihak kesatuan akan sedaya upaya menyelesaikan isu yang ada dan mencari jalan penyelesaian yang baik dari aspek "win-win situation".

Kepada pekerja bukan eksekutif yang belum menjadi ahli RUM adalah dinasihatkan menjadi ahli RUM kerana satu-satunya badan @ "badan tunggal" yang diiktiraf seperti termaktub dalam Perjanjian Bersama yang mewakili pekerja-pekerja KTMB.

Sekian Terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA SOSIAL

Kebelakangan ini RUM melihat banyak kenyataan berbentuk rungutan atau kelemahan pengurusan oleh "PEKERJA" yang mengeluarkan kenyataan dalam media sosial.

Tindakan sedemikian boleh menjejaskan imej KTMB, peruntukan Perjanjian Bersama adalah jelas bahawa pekerja tidak berhak membuat sebarang kenyataan dalam media sosial, kenyataan sedemikian boleh menyebabkan pekerja berkenaan diambil tindakan tatatertib.

Justeru itu adalah diharapkan pada mereka yang berkenaan atas status "PEKERJA" hendaklah menghentikan sebarang kenyataan dalam media sosial.

Yang boleh mengeluarkan kenyataan adalah Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) berdasarkan "aktiviti-aktivii kesatuan sekerja" selaras dengan peruntukkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (AKTA 177).

Terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

06 Ogos 2015

Walkabout Di KL Sentral

Sentral OGOS 6, 2015
 
Dalam lawatan saya ke KL Sentral semalam untuk berjumpa dan mendapatkan cadangan daripada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang, saya mendapati bahawa ramai yang beratur panjang untuk membeli tiket KTMB dan menunggu lama sehingga giliran mereka.


Pagi ini, saya telah membuat panggilan kepada Pengerusi KTMB dan menyampaikan beberapa cadangan dan pemerhatian saya untuk pertimbangannya.

Sebentar tadi saya dimaklumkan bahawa beberapa tindakan serta merta telah diambil iaitu:

1. Penambahan dua lagi kaunter tiket, masing-masing satu untuk bahagian utara dan selatan
2. Dua kakitangan tambahan ditugaskan ke setiap bahagian untuk pengeluaran tiket secara manual

Ini menjadikan jumlah kaunter keseluruhannya bertambah daripada 6 kepada 12.

Selain itu, saya diberitahu juga bahawa KTMB turut akan menambah dua lagi kaunter di setiap satu bahagian menjelang hujung minggu ini, untuk menjadikan jumlah keseluruhan kaunter sebanyak 16 berbanding 6 yang ada kini.

Terima kasih kepada Pengerusi KTMB, Leftenan Kolonel (B), Haji Sarbini Tijan atas tindakan pantas yang diambil.

Saya berharap penambahbaikan ini akan dapat membantu rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih selesa.

04 Ogos 2015

TUNGGAKAN/PINJAMAN KEMELUT RUM

Alhamdulillah tunggakan telah pun di bayar kepada semua yang terlibat seramai 97 pegawai dah ahli-ahli RUM, sekiranya bayaran tunggakan tidak mencukupi, bakinya akan dibayar pada gaji bulan Ogos 2015.


Maka dalam tempoh pembuangan kerja pihak RUM telah memberi pinjaman dari "Tabung Kebajikan" kepada mereka yang terlibat, kepada yang telah melunaskan terima kasih dan sangat dihargai, kepada yang belum bolehlah membuat pembayaran balik ke Ibu Pejabat Kesatuan dengan menghubungi Puan Heryati, kerani kewangan RUM di no telefon 0322741107. 

Maklumlah bahawa duit pinjaman ini adalah duit 3500 ahli - ahli RUM maka adalah menjadi tanggungjawab untuk setiap individu yang terlibat menjelaskan hutang pinjaman yang berkenaan. 

Pada yang telah menjelaskan pihak RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada yang belum, pihak RUM sekadar mengingatkan.

Kerjasama semua yang terlibat didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2

03 Ogos 2015

Jemputan keatas RUM

Terima kasih YBHG Dato Seri Utama Raja Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai yang sudi menjemput saya selaku Presiden RUM ke Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita UMNO Lembah Pantai yang dirasmikan oleh YB Dato Aziz Karpawi YB Timbalan Menteri Pengangkutan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB