09 Ogos 2015

SALURAN ADUAN/AHLI RUM

Ahli-ahli RUM yang ada kekilanan/rungutan bolehlah membuat aduan Rasmi secara bertulis atau berjumpa mana-mana wakil bahagian, pegawai cawangan, pegawai utama RUM atau terus inbox dalam Suara RUM atau boleh hubungi pejabat RUM 0322741107 atau datang sendiri ke Ibu Pejabat RUM di alamat:

No 9A, Tingkat 1, Bangunan Tong Nam, Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Pihak kesatuan akan mewakili sdr/i mengenai setiap aduan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan melalui beberapa saluran yang ada seperti:-

1. Menemui pengurusan yang mana berkenaan memaklumkan masalah atau aduan dan berusaha menyelesaikan.
2. Menulis surat Rasmi mengenai aduan dan rungutan.
3. Membincangkan dalam Mesyuarat dengan Perbincangan Bulanan dengan TMOD.
4. Mesyuarat Perbincangan Wilayah iaitu antara Wilayah dan Pegawai-pegawai Cawangan Rum dalam bidangkuasa Cawangan.
5. Mesyuarat Majlis Bersama Pusat iaitu diantara kepimpinan tertinggi RUM dan kepimpinan tertinggi Majikan.

Sehubungan dengan itu adalah diharap ahli-ahli RUM mengunakan saluran yang betul bagi setiap kekilanan/rungutan, jangan sesekali mengeluarkan kenyataan dalam media sosial kerana ianya adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib.

Pihak kesatuan akan sedaya upaya menyelesaikan isu yang ada dan mencari jalan penyelesaian yang baik dari aspek "win-win situation".

Kepada pekerja bukan eksekutif yang belum menjadi ahli RUM adalah dinasihatkan menjadi ahli RUM kerana satu-satunya badan @ "badan tunggal" yang diiktiraf seperti termaktub dalam Perjanjian Bersama yang mewakili pekerja-pekerja KTMB.

Sekian Terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • CUTI REHAT PART 5 Sepatutnya bila dah duduk dalam Panel Perjanjian Bersama (CA) maksud kandungan dalam CA tu dia arif, bukan hanya sekadar bincang pasal RM, tapi isi kandungannya, maksudnya, pemahamannya, tersiratnya termasuk yang berkait d… Read More
  • CUTI REHAT PART 3 RUM nak cadangkan kepada Pemangku Pengurus Besar Korporat keluarkan arahan tidak boleh mengambil cuti pada 9 Mei 2014, "be gentleman", jangan memanggil pegawai-pegawai dari depoh ke Kuala Lumpur, dengan hanya mengeluarkan … Read More
  • CUTI REHAT PART 7 RISAUNYAAAAAAAAAAA........ Antara info yang diterima ialah :- 1. Berapa orang yang telah memohon cuti? 2. Berapa bas yang akan datang ke KL dari wilayah? 3. Berapa jumlah peserta piket? KIHKIHKIHKIHKIH (JANGAN R… Read More
  • CUTI REHAT Adalah dinasihatkan pada Pemangku Pengurus Besar Korporat, supaya jangan camputangan hal ehwal kesatuan sekerja dengan percubaan menghalang pekerja-pekerja untuk menghadiri berpiket pada 9 Mei 2014. Hak cuti rehat adala… Read More
  • CUTI REHAT PART 4 RUM tak sangka,  RUM tak faham,  RUM dah pening... Macam mana salah seorang panel perundingan CA tidak faham, tidak tahu malah bebal, sampai boleh arahkan secara lisan untuk tidak luluskan cuti. Macam ni puny… Read More