06 Ogos 2015

Walkabout Di KL Sentral

Sentral OGOS 6, 2015
 
Dalam lawatan saya ke KL Sentral semalam untuk berjumpa dan mendapatkan cadangan daripada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang, saya mendapati bahawa ramai yang beratur panjang untuk membeli tiket KTMB dan menunggu lama sehingga giliran mereka.


Pagi ini, saya telah membuat panggilan kepada Pengerusi KTMB dan menyampaikan beberapa cadangan dan pemerhatian saya untuk pertimbangannya.

Sebentar tadi saya dimaklumkan bahawa beberapa tindakan serta merta telah diambil iaitu:

1. Penambahan dua lagi kaunter tiket, masing-masing satu untuk bahagian utara dan selatan
2. Dua kakitangan tambahan ditugaskan ke setiap bahagian untuk pengeluaran tiket secara manual

Ini menjadikan jumlah kaunter keseluruhannya bertambah daripada 6 kepada 12.

Selain itu, saya diberitahu juga bahawa KTMB turut akan menambah dua lagi kaunter di setiap satu bahagian menjelang hujung minggu ini, untuk menjadikan jumlah keseluruhan kaunter sebanyak 16 berbanding 6 yang ada kini.

Terima kasih kepada Pengerusi KTMB, Leftenan Kolonel (B), Haji Sarbini Tijan atas tindakan pantas yang diambil.

Saya berharap penambahbaikan ini akan dapat membantu rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih selesa.