RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label Gagal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gagal. Papar semua catatan

13 Mei 2014

Gambar sejuta makna


UTAMAKAN KESELAMATAN

05 Februari 2014

HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 4: KAMI BUDAK SEKOLAH RENDAH!

Gambar Hiasan
Hala tuju 2014 (Direction) 3, Carta yang dipaparkan ada menunjukan kegagalan menaikkan harga kargo yang melibatkan “opportunity loss” sebanyak RM 30 Juta. Pihak kesatuan merakamkan ucapan tahniah, teguran pihak kesatuan melalui surat bertarikh 20 Ogos 2013 diambil perhatian dengan segera, maka hasilnya berjaya dinaikkan harga kargo, harapan kesatuan ialah kenaikan ini akan membantu meningkatkan pendapatan KTMB, tahniah di ucapkan kepada Datuk Presiden KTMB.

Namun demikian, kenaikan ini menjadi satu isu lain pula, rupanya Datuk Presiden KTMB, menaikkan harga mengikut sesuka hati… hehe…agaknya…hehehe… kajian apa yang digunakan, garis panduan apa yang dirujuk, sungguh lemah sekali bila cadangan awal kenaikan ialah sebanyak 100%-200%, wow… mungkin kenaikan yang banyak ini akan menjadikan satu kejayaan kepada Datuk Presiden KTMB, mengatasi kerugian serta mampu memulihkan KTMB, kononnya… hahaha… sungguh pendik akal! sedangkan kalau dilihat carta RUM, harapan RUM tidak begitu tinggi hanya RM 30 Juta satahun, bukannya meletakkan satu “target” sehingga RM 100 Juta pendapatan tambahan, kerana RUM mengambilkira keperluan, kehendak, situasi semasa, kajian berdasarkan persekitaran luar dan dalaman. Lagi pun… ini idea mudah, kata orang putih “easy job”, lontarkan idea lepas tu buat anggaran dan cadangkan, lawak jenaka betul, rasanya kalau masuk Maharaja Lawak boleh menang ni…! kalau kami budak sekolah rendah… berfikir macam tu… patutlah…. Hahahaha….

28 Januari 2014

Komuter@Keuntungan (Komen dalam wall suara rum, ini jawapannya)

Berbicara tentang komuter yang mengatakan keuntungan makin meningkat, adalah benar dan tidak benar, di akui benar disebabkan dengan kehadiran Komuter yang dipanggil Six Car Set (SCS) iaitu dengan kehadiran SCS sebanyak 38 set dengan harga RM 2B. Dengan kehadiran SCS yang dibeli oleh kerajaan maka penumpang telah bertambah, tapi ianya tidak mengambarkan keuntungan, tetapi sebagai perkhidmatan sosial maka kerajaan hanya memberi manfaat kepada rakyat mengunakan perkhidmatan awam yang murah dan selamat.

Berbalik kepada tidak benar, memang diakui bahawa pendapatan KTMB meningkat dari segi penambahan penumpang, namun pendapatan yang diterima adalah tidak berbaloi dengan kos harga tambang yang murah berdasarkan perkilomter berbanding dengan ERL, LRT, MONOREL dan LRT Putra. KTMB masih menanggung subsidi yang besar bagi setiap penumpang yang mengunakan perkhidmatan komuter.

Namun secara bernasib baik, Datuk Presiden KTMB beruntung, dikala dia menjawat sebagai Presiden KTMB, SCS mula sampai ke negara dan beroperasi pada tahun 2012. Nasib baik inilah yang menyelamatkan nama baik Datuk Presiden KTMB. (Datuk Elias Kadir menjawat jawatan Presiden KTMB pada 2.5.2012)

21 Januari 2014

CERITA KARGO LAGI

Gambar Hiasan
Difahamkan kedudukan Kargo diutara juga kritikal, kebiasaannya satu syarikat kargo kedua terbesar selepas Syarikat Simen hanya telah booking untuk mengunakan pengangkutan Kargo KTMB sehingga 20.1.2014 sebanyak 2000 TEU's sahaja, dijangka sehingga akhir bulan ini hanya mencapai sebanyak 3,000 TEU's, sungguh-sungguh mengerikan.

Pada kebiasaannya purata pencapaian sebulan melalui syarikat berkenaan ialah 9,000 TEU's, ini menunjukan kemorosotan sebanyak lebih kurang 65%. Satu jumlah peratusan yang tinggi, sehingga mampu menjejaskan pendapatan KTMB.

Pihak RUM yakin punca penurunan ini berikutan kenaikan harga tambang Kargo, seperti kenyataan sebelum ini iaitu kelemahan perancangan yang dilakukan oleh Datuk Presiden KTMB.

Suka dijelaskan bahawa sebelum ini, kenaikan adalah sebanyak 100-200% yang dilaksanakan hanya pada 1-7.1.2014, namun dengan campurtangan Lembaga Pengarah, maka penurunan kepada 20%.

Namun ada pelanggan yang gembira dengan penurunan harga kargo kepada 20%, ada juga yang bertindak memboikot, memboikot adalah satu gejala yang tidak sihat, namun boikot ini berkemungkinan juga kerana rasa kurang senang sebilangan pelanggan dengan cara kenaikan yang dibuat.

KARGO MERUDUM

Gambar Hiasan
Maklumat yang diterima Business Kargo iaitu kontena di Port Klang dikatakan merudum, kecuali ICT untuk tempoh bulan Januari sehingga 20.1.2014, difahamkan di Pasir Gudang juga turut mengalami situasi yang sama, turut dikesan trafik ceramik tidak berjalan pada bulan Januari.

Gambaran ini, kedudukan perniagaan Kargo terjejas dengan serius yang boleh menghakibatkan kehilangan pendapatan, kehilangan pelanggan, pekerja diletakkan dalam simpanan, pembaziran wang dan lain-lain.

Nampaknya kelemahan urus tadbir Presiden KTMB, makin serius, yang tidak boleh dibendung lagi, justeru itu, RUM mendesak Presiden KTMB meletakan jawatan segera demi menyelamatkan KTMB. Lembaga Pengarah KTMB perlu mengambil langkah drastik bagi memastikan kelemahan urus tadbir ini dapat dibendung dengan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 Januari 2014

Rail Patah lagi!


Gambah Hiasan
Berlaku lagi Rail Patah di Salak S -SPK Up Line jam 6.30 petang, 15.1.2014, di km 391.524 dengan jarak 2 inci.
Namun demi keselamatan perintah awas telah dikeluarkan dengan kadar segera iaitu 391.600 - 391.500 dengan had kelajuan 15kmph.

Apa dah jadi Datuk Presiden KTMB? Duit tak ada ke Datuk Presiden KTMB? So duit tak ada, kena salahkan pekerja ke? kene salahkan pengurusan ke? 

RUM nak ulang kenyataan Datuk Presiden KTMB, seperti "DUIT NO PROBLEM, ITU KERJA AKU, AKU TAHU CARI DUIT!"

So apa alasan Datuk Presiden KTMB selepas ini pulak? 

Agak-agak nak jawab macam ni ke? "DUIT BUKAN KERJA AKU, TAPI KERJA DATO' SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA MERANGKAP MENTERI KEWANGAN".

Kalaulah itu jawapannya, RUM nak jawab "Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan kene menjawat jawatan Presiden KTMB, tak yahlah susah-susah lantik Datuk Presiden KTMB jadi Presiden KTMB".

Jawapan RUM, "Datuk Presiden KTMB telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden KTMB, maka beliau sepatutnya ditamatkan kontrak sebagai Presiden KTMB"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

15 Januari 2014

Gagal Dalam Penswastaan KTMB Sebagai Syarikat Berorientasikan Keuntungan


Hari ini ditemubual oleh wartawan bebas dari Finland yang berpengkalan di Bali, temubual berkisar mengenai Keretapi, sejarah, perkembangan semasa, pengswastaan KTMB.


Perbualan juga turut menceritakan pendirian RUM, ideologi RUM, malah menerangkan kelemahan Datuk Presiden KTMB dalam mengurustadbir KTMB.



Penceritaan juga memberi gambaran bahawa pentadbir KTMB yang terbaik adalah warga KTMB sendiri, berdasarkan perbandingan serta rekod yang sedia ada.


Antara lain hanya Warga KTMB yang faham Bahasa Keretapi.

Tambahan perbualan ialah bahawa pengswastaan keretapi ini gagal, sewajarnya KTMB dikembalikan kepada sektor awam.

Turut menyatakan sokongan kepada korean railway yang membantah pengswastaan, kerana pembuktian melalui KTMB yang telah gagal dalam pengswastaan, kerana hasrat untuk menjadikan KTMB sebagai syarikat berorientasikan keuntungan tidak kesampaian, 20 tahun selepas pengswastaan, apa hasilnya? Termasuk kegagalan Marak Unggul dalam menjanakan pendapatan yang lebih baik serta mampu meraih keuntungan, tapi sebaliknya tekanan terhadap pekerja sebagai satu strategi pengurangan kos.

Seterusnya Lokomotif, koc dan lain2 terus bertambah sakit.

Kesian dengan KTMB dan Warga KTMB dan rakyat amnya kerana kesilapan percaturan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 Januari 2014

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB: KENAIKAN HARGA KARGO/KEGAGALAN PRESIDEN KTMB

Gambar hiasan
Pihak kesatuan sangat mengalu-alukan kenaikan harga pengangkutan kargo KTMB, kenaikan ini akan membantu penambahan kewangan KTMB, kita semua menyedari bahawa kenaikan harga kargo telah sangat lama tidak dinaikan, malah pengangkutan harga kargo jauh lebih murah dari pengangkutan lain seperti lori. Satu kejayaan bila kerajaan meluluskan kenaikan harga kargo KTMB.

Kenaikan mesti mengambil kira kepentingan luaran dan dalaman, kenaikan tidak boleh dibuat mengikut kehendak sendiri atau “syok sendiri” tanpa menilai persekitaran luaran dan dalaman, sebagai contoh kenaikan perlu dinilai berdasarkan :-
1. Kepentingan KTMB
2. Kepentingan Pekerja
3. Kepentingan Pengguna
4. Kepentingan Pelanggan
5. Kepentingan Rakyat
6. Kepentingan Negara

Kesemua aspek di atas mempunyai kepentingan, kesilapan percaturan dalam mengambilkira semua aspek akan menghakibatkan kerugian kepada semua pihak. Bermaksud perancangan yang tepat dan mengambil kira semua sudut sangat diperlukan, agar tidak menghakibatkan berlakunya rungutan, walaupun pada dasarnya, kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, strategi menang-menang dalam analisis perlu dipertimbangkan bagi mewujudkan keadilan dalam semua aspek.

06 Januari 2014

U FAILED! - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Penurunan had kelajuan sektor Gemas ke Mentakab, antara perkara yang dibangkitkan dalam Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Induk KTMB, yang telah menyatakan keadaan landasan tidak selamat, maka had kelajuan telah pun diturunkan, langkah segera yang diambil, tetapi bukan penentu atau menjamin keselamatan secara maksimum, pembuktian RUM telah diakui dengan keratan pekeliling di bawah. Penurunan had kelajuan telah melewatkan jajaran tren.

ON TIME EVERYTIME
Tinggal kenangan!

U FAILED!