08 Januari 2014

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB: KENAIKAN HARGA KARGO/KEGAGALAN PRESIDEN KTMB

Gambar hiasan
Pihak kesatuan sangat mengalu-alukan kenaikan harga pengangkutan kargo KTMB, kenaikan ini akan membantu penambahan kewangan KTMB, kita semua menyedari bahawa kenaikan harga kargo telah sangat lama tidak dinaikan, malah pengangkutan harga kargo jauh lebih murah dari pengangkutan lain seperti lori. Satu kejayaan bila kerajaan meluluskan kenaikan harga kargo KTMB.

Kenaikan mesti mengambil kira kepentingan luaran dan dalaman, kenaikan tidak boleh dibuat mengikut kehendak sendiri atau “syok sendiri” tanpa menilai persekitaran luaran dan dalaman, sebagai contoh kenaikan perlu dinilai berdasarkan :-
1. Kepentingan KTMB
2. Kepentingan Pekerja
3. Kepentingan Pengguna
4. Kepentingan Pelanggan
5. Kepentingan Rakyat
6. Kepentingan Negara

Kesemua aspek di atas mempunyai kepentingan, kesilapan percaturan dalam mengambilkira semua aspek akan menghakibatkan kerugian kepada semua pihak. Bermaksud perancangan yang tepat dan mengambil kira semua sudut sangat diperlukan, agar tidak menghakibatkan berlakunya rungutan, walaupun pada dasarnya, kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, strategi menang-menang dalam analisis perlu dipertimbangkan bagi mewujudkan keadilan dalam semua aspek.

Apa yang berlaku di bawah pentadbiran Datuk Elias Kadir ialah satu kejayaan telah berjaya dilakukan kerana daya usaha mempengaruhi pihak kerajaan menaikan harga tambang pengangkutan kargo KTMB, pihak kesatuan tidak menolak mengenai perkara ini, kerana pada prinsip “betul kena katakan betul, salah kena katakan salah”, tahniah boleh diberikan kepada Datuk Elias Kadir selaku Presiden KTMB kerana kejayaan ini.

Namun dari aspek perancangan yang dibuat oleh Datuk Presiden KTMB, pihak kesatuan beranggapan bahawa ianya satu perancangan yang salah kerana tidak mengambilkira kepentingan persekitaran luar dan dalaman, perkiraan yang diambil boleh diibaratkan “syok sendiri” kerana matlamat Datuk Elias Kadir yang sebelum ini boleh dianggap gagal menjalankan tugas sebagai Presiden KTMB terus mencetuskan kegagalan secara berperingkat kerana tergesa-gesa dalam merancang sesuatu kononnya untuk membuktikan bahawa beliau mampu memulihkan KTMB.

Sebagai Presiden atau Ketua, dalam merancang sesuatu pasti sudah ada dalam fikiran apakah tindakan atau perancangan yang dibuat serta telah mengambil kira semua aspek sebelum menyerahkan kepada pegawai bawahan, meletakkan idea kepada pegawai bawahan serta menyerahkan bulat-bulat atau mengarahkan mengikut kehendak akan menghakibatkan perancangan yang salah, pasti setiap perancangan yang dibuat mesti ada pro dan kontra, serta mengambil kira pelbagai aspek agar tidak ditertawakan oleh mana-mana pihak.

Menurut sumber, kenaikan yang telah dinaikan untuk pengangkutan kargo ialah diantara 100 – 200%, satu kenaikan yang tinggi, secara logiknya atau sekali fikir sangat baik kepada KTMB, kerana memberi penambahan peningkatan pendapatan 100-200% dari jumlah pendapatan kargo, tapi bila kita “fikir, fikir dan fikir”, maka ianya tidak akan menjadi logik kerana kita tidak mengambil kira kehendak pelbagai sudut, apa yang berlaku dalam tempoh kenaikan tersebut dari 1.1.2014 sehingga 7.1.2014.

1. Operator Kargo telah mula memboikot atau mencari pengangkutan lain sebagai altenatif
2. Kekurangan pengangkutan kargo dalam tempoh seminggu iaitu penurunan sehingga 60% larian tren.
3. Pekerja diletakan sebagai simpanan kerana tiada kerja
4. Implikasi kepada kenaikan harga barang
5. Menjejaskan nama baik kerajaan
6. Menjejaskan ekonomi negara

Kenaikan harga pengangkutan kargo boleh dinaikan sekiranya sudut perkiraan diambilkira dengan munasabah atau secara berperingkat tapi bukan secara mendadak, kenaikan boleh dibuat secara berperingkat-peringkat iaitu dalam tempoh setahun sekali, 2 tahun sekali atau 3 tahun sekali dengan beberapa formula bagi mengelakan rungutan semua pihak serta bagi berlaku adil kepada semua pihak, kegagalan bertindak serta menyusun strategi perancangan perniagaan yang berkesan maka akan menjerumuskan seperti apa yang telah berlaku kini.

Cara yang paling baik ialah tunjukkan kemajuan yang boleh dicapai iaitu memperbanyakkan lokomotif, memperbanyakkan wagon, tunjukan kemampuan boleh menarik muatan lebih dan sebagainya, sekiranya semua sukses, maka kenaikan tambang yang munasabah boleh dilakukan, kerana kita juga perlu melihat kehendak operator sebagai pelanggan KTMB iaitu bila kenaikan dibuat maka operator yang telah terbiasa menikmati keuntungan akan terjejas pendapatan, operator sudah pasti akan mengimbangkan pendapatan agar setara keuntungan yang dicapai dengan meningkatkan pengangkutan kargo, ketika itu operator pasti tidak akan menolak kerana peningkatan harga pengangkutan kargo dapat diimbangi dengan penambahan kargo yang akan dibawa.

Kalau dikaji situasi ini, pencapaian KTMB untuk menyediakan lokomotif yang kini kebanyakannya overdue, kegagalan menyediakan wagon dan sebagainya, maka kita sebenarnya belum berada dilandasan yang betul, kita seolah-olah mewujudkan idea berdasarkan “syok sendiri” tanpa mengambilkira kepelbagaian sudut, ini dinamakan “KELEMAHAN PERANCANGAN”

Pihak kesatuan tidak berniat mengolah panjang, namun demikian mulai hari ini difahamkan dengan campurtangan Lembaga Pengarah KTMB yang bermesyuarat khas semalam harga pengangkutan Kargo telah dikurangkan dan hanya dinaikan kepada 20% sahaja, maklumat yang didapati ialah semua operator kargo gembira, pekerja juga gembira kerana operasi tren pengangkutan kargo telah kembali normal. Dari sudut ini, Lembaga Pengarah KTMB jauh lebih bijak kerana mendapati kehendak semua pihak, secara bernasib baik, KTMB mempunyai Lembaga Pengarah yang bijak serta bertindak cepat, sekiranya tidak, KTMB pasti akan terus merudum, terima kasih kepada Lembaga Pengarah KTMB.

Konklusinya Datuk Presiden KTMB telah gagal menjalankan tugas dengan merancang dengan baik serta memalukan KTMB, tindakan beliau telah menjejaskan imej KTMB, justeru itu, pihak kesatuan terus menekankan bahawa Presiden KTMB perlu ditamatkan perkhidmatan kerana tidak layak menerajui KTMB.