09 Januari 2014

PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG TERLIBAT DENGAN PENGSWASTAAN. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Gambar Hiasan
Pihak Rum ingin menyampaikan seperti mana yang telah dihasratkan oleh semua kesatuan dalam GLC melalui memorandum yang disampaikan oleh UNI-GLC kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia mengenai PENCEN MINIMA kepada semua bekas kakitangan awam yang terlibat dalam syarikat-syarikat yang diswastakan termasuk KTMB yang telah diswastakan pada 1.8.1992.

Pekerja-pekeja yang terlibat pada dasarnya menolak pengswastaan pada ketika itu, tapi akur dengan kehendak kerajaan maka ramai pekerja telah memilih untuk diswastakan, namun demikian, pada pekerja ini, yang telah bersara ada yang hanya menikmati lebih kurang RM 175.00 kadar pencen sebulan.

Justeru itu, bagi pihak pekerja- pekerja yang telah diswastakan memohon pertimbangan YAB Dato Sri Perdana Menteri mempertimbangkan PENCEN MINIMA dengan satu kadar munasabah bagi semua pekerja di dalam syarikat- syarikat yang telah diswatakan.

Pihak kesatuan memohon rayuan ini dipertimbangkan bagi mengimbangi kos kehidupan yang makin meningkat.