12 Januari 2014

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Persoalan:-
Siapakah Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB?

KTMB kini ketiadaan Pengerusi Lembaga Pengarah, sehingga hari ini, tiada pengisian setelah Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamad tamat kontrak pada 1.10.2013.

Pihak kesatuan telah mengemukakan rayuan kepada YAB Dato' Sri Perdana Menteri, Malaysia agar Dato' Seri Ir Mohamad Zin disambung lagi, dukacita sehingga hari ini tiada jawapan balas, termasuk dari pegawai-pegawai kanan MOF.

Dari segi hubungan dengan Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamad dengan RUM, hubungan adalah sangat baik, isu-isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan, malah Dato Seri pernah membantu ahli RUM dipulihkan jawatan, selepas dijatuhkan hukuman buang kerja, bila RUM mengemukakan rayuan.

Malah dengan campurtangan Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamad, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, pegawai kanan KTMB dapat dipertahankan, Consultant yang jadi Pengurus Besar, Fleet and Maintenance dikeluarkan dari Jabatan Fleet and Maintenace serta banyak lagi pertolongan Dato Sri kepada ahli-ahli RUM.

Beliau boleh dipuji dan telah memberi perkhidmatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang cemerlang.

Sayang kalau Dato' Seri tidak disambung lagi, namun kami masih berharap kepada YAB Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamad dapat disambung kontrak sebagai Pengerusi, Lembaga Pengarah KTMB, bukan niat RUM untuk campurtangan, kerana RUM memikirkan sumbangan yang telah diberikan, kami juga sedar hak budibicara mutlak terletak kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk melantik sesiapa yang berkelayakan menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah, KTMB.

Related Posts:

  • PERJANJIAN BERSAMA 8 TERIMA KASIH PRESIDEN KTMBRUM ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybhg Dato' Haji Sarbini Tijan khususnya dalam persetujuan bersama mengenai kelulusan tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama. Sebagai pemimpin RUM persetuju… Read More
  • BERHUTANG Kenapa pekerja berhutang? pekerja berhutang kerana gaji yang diterima tidak mampu untuk membeli barangan secara tunai, sebagai contoh, perabut, tv, motosikal malah belanja anak sekolah akhir tahun pun terpaksa berhutang. … Read More
  • TAHNIAH PRESIDEN KTMB Kami warga RUM mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan yang telah dianugerahkan gelaran Dato'. Tahniah dari semua warga RUM kepada Y. Bhg. Lt Kol (B) Dato' Hj Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB. Kenyat… Read More
  • KENAIKAN HARGA SEWA KUARTERS Ramai yang tanya pada RUM mengenai kemungkinan dinaikkan harga sewa rumah kuarters, malah dikatakan kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang Pengurus Kanan di MYRA, sejauh mana kebenaran mengenai kenyataan yang dikatakan ole… Read More
  • KENAIKAN HARGA SEWA RUMAH KUARTERS (1) (TIDAK MENGHALANG)RUM dengan ini mengumumkan bahawa pihak pengurusan KTMB boleh menaikkan harga sewa rumah kuarters kepada "BUKAN AHLI RUM", RUM tidak akan menghalang kenaikan harga rumah kuarters kepada "BUKAN AHLI RUM". RUM memang berhasrat … Read More