07 Januari 2014

Pemandu Intercity beratur dapatkan giliran tugas. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Gambar hiasan

Ramai pemandu lokomotif Intercity merungut bila mana pemandu lokomotif kini terpaksa beratur untuk mendapatkan giliran tugas, sementara itu diletakkan sebagai simpanan atau standby, akibatnya pemandu lokomotif kini mendapat kurang pendapatan kerana kurang bertugas atau kerja luar, mereka kini bergantung kepada gaji pokok dengan sedikit elaun kerja luar.


Puncanya ialah lapan (8) tren penumpang telah dihentikan perkhidmatan, ini disebabkan kerana kekurangan lokomotif dan koc, usaha tidak dilakukan seawal kemasukan Datuk Presiden KTMB mengenai keperluan pembaikan lokomotif dan koc dengan kadar segera.

Implikasi kini bukan sahaja ditanggung oleh pekerja, KTMB malah penumpang yang terpaksa mencari pengangkutan alternatif, penumpang mula beralih arah kerana KTMB tidak mampu memberi tambahan pengangkutan keretapi.

Kerugian kepada KTMB ialah tidak mengunakan tenaga pekerja secara maksimum, malah hanya membayar upah tanpa menjalankan tugas hakiki, KTMB pula kehilangan penumpang yang juga menjejaskan pendapatan KTMB, sebagai syarikat yang berorientasikan perkhidmatan sosial, KTMB kini lebih menumpukan tren komuter yang secara bernasib baik, atas keperihatinan kerajaan membeli 38 set SCS.

Kegagalan Presiden KTMB ialah pada awalnya gagal menyelami masalah sebenar iaitu Fleet and Maintenance, sinilah punca segala masalah yang perlu diatasi, tanpa lokomotof, tanpa koc, KTMB tidak mampu menjalankan tugas operasi. Asas ialah infratruktur perlu diambil perhatian serius, bukannya operasi, operasi boleh efektif sekiranya semua infratruktur dibaik pulih sepenuhnya.

Konklusinya ialah Presiden KTMB sebenarnya tidak tahu kerja, tidak memahami asas, tidak faham apa itu keretapi, justeru itu KTMB kini gagal beroperasi dengan sepenuhnya.

Atau

Konklusi selanjutnya ialah Presiden KTMB memang tahu kerja tapi sengaja menjatuhkan prestasi KTMB untuk memberi laluan mudah kepada MMC untuk mengambilalih KTMB.

Justeru itu semua kelemahan ini, diletakkan kepada Presiden KTMB, maka Presiden KTMB sepatutnya sedar bahawa KTMB tidak perlukan seorang yang gagal melaksanakan tugas untuk membaikpulih KTMB, dengan itu Presiden KTMB ada 2 pilihan, melepaskan jawatan secara terhormat atau melalui desakan dari Kesatuan Pekerja2 KTMB sehingga beliau ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan.

Esuk akan ditulis mengenai Tren Kargo

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB