28 Januari 2014

Majlis Tandatangan Perjanjian Bersama

Majlis tandatangan Perjanjian Bersama berjalan dengan lancar dihadiri oleh pihak pengurusan KTMB diketuai oleh Datuk Presiden KTMB manakala RUM pula dihadiri semua Jawatankuasa Kerja, Pengerusi/Setiausaha Cawangan Klang, Sentul n Kuala Lumpur, turut serta ialah Exco dari sekitar Lembah Klang.

Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, seterusnya ialah Majlis menandatangani bermula diantara kedua-dua pihak, selepas selesai menandatangani dokumen, maka Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Bersama diantara Presiden KTMB dan Presiden RUM, diikuti sessi bergambar. Jangka masa yang diambil ialah 20min.

Selesai sessi majlis, maka sessi jamuan ringan yang turut dihadiri oleh SOA, masa yang diambil ialah lebih kurang 15minit shj, kemudian semua pegawai RUM bersurai.

Yang menarik Majlis ini ialah tiada kehadiran seorang pun wakil dari Lembaga Pengarah KTMB, malah Majlis ini, buat pertama kalinya, tiada ucapan dari Presiden KTMB dan Presiden RUM, walaupun dalam aturcara Majlis tertulis ada ucapan. Semuanya secara ringkas bagi memastikan kelansungan tandatangan perjanjian bersama selesai serta dapat "diendorse" di Makamah Perusahaan dengan sesegera mungkin.

Tandatangan ini sangat penting demi memastikan faedah yang terkandung dipelihara dengan baik, serta menjamin faedah golongan bukan Eksekutif, pihak RUM melaksanakan tanggungjawab ini demi masa hadapan pekerja bukan Eksekutif khususnya ahli RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • CADANGAN DARI PEKERJA (Mesej dalam inbox, menarik untuk dipaparkan) "AsSalam .. "Sudah sampainya masa hari dan seterusnya perubahan sikap pegawai terutama peringkat wilayah mesti main peranan utama dalam kongsep menjayakan "coustemers is All Right".  "MAKA dasar mengatasi da… Read More
  • JADUAL (ROASTER) "PENYELIA VS PEKERJA" Gambar Hiasan Setiap pekerja hendaklah dijadualkan kerjanya mengikut peruntukan yang terdapat di dalam Perjanjian Bersama. Penjadualan kerja adalah selaras dengan Akta Kerja dan ianya menjadi sebahagian daripada perunt… Read More
  • MESEJ YANG DITERIMA MELALUI WHATSAPPAssalamualaikum Tuan.. Apa kabar....Sekadar bertanya.. Adakah KTMB akan di pecah pecahkn menjadi anak syarikat.. Apa yg saya dgr sekarang ni pun telah berjln membuat kertas kerja.. Bagaimana dgn RUM.. Menakutkn keadaan sekara… Read More
  • BERGADUH DAN HARMONI Dulu masa pertikaian, ramai yang mengatakan RUM ni kerja dia asyik bergaduh, bila RUM menjalinkan hubungan harmoni, lain pula kenyataan yang timbul dengan mengatakan RUM ini yellow union. "BERGADUH" bahasa pasar atau ba… Read More
  • SALAH LAKU (CUSTOMER ALWAYS RIGHT) RUM ingin nasihatkan kepada ahli-ahli RUM dalam menjalankan tugas ketika berhadapan dengan pelanggan kita harus banyak bersabar, kita perlu melayan pelanggan dengan baik dan sopan. Kita sedar adakala pelanggan mewujudka… Read More