15 Januari 2014

Gagal Dalam Penswastaan KTMB Sebagai Syarikat Berorientasikan Keuntungan


Hari ini ditemubual oleh wartawan bebas dari Finland yang berpengkalan di Bali, temubual berkisar mengenai Keretapi, sejarah, perkembangan semasa, pengswastaan KTMB.


Perbualan juga turut menceritakan pendirian RUM, ideologi RUM, malah menerangkan kelemahan Datuk Presiden KTMB dalam mengurustadbir KTMB.



Penceritaan juga memberi gambaran bahawa pentadbir KTMB yang terbaik adalah warga KTMB sendiri, berdasarkan perbandingan serta rekod yang sedia ada.


Antara lain hanya Warga KTMB yang faham Bahasa Keretapi.

Tambahan perbualan ialah bahawa pengswastaan keretapi ini gagal, sewajarnya KTMB dikembalikan kepada sektor awam.

Turut menyatakan sokongan kepada korean railway yang membantah pengswastaan, kerana pembuktian melalui KTMB yang telah gagal dalam pengswastaan, kerana hasrat untuk menjadikan KTMB sebagai syarikat berorientasikan keuntungan tidak kesampaian, 20 tahun selepas pengswastaan, apa hasilnya? Termasuk kegagalan Marak Unggul dalam menjanakan pendapatan yang lebih baik serta mampu meraih keuntungan, tapi sebaliknya tekanan terhadap pekerja sebagai satu strategi pengurangan kos.

Seterusnya Lokomotif, koc dan lain2 terus bertambah sakit.

Kesian dengan KTMB dan Warga KTMB dan rakyat amnya kerana kesilapan percaturan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB