21 Januari 2014

CERITA KARGO LAGI

Gambar Hiasan
Difahamkan kedudukan Kargo diutara juga kritikal, kebiasaannya satu syarikat kargo kedua terbesar selepas Syarikat Simen hanya telah booking untuk mengunakan pengangkutan Kargo KTMB sehingga 20.1.2014 sebanyak 2000 TEU's sahaja, dijangka sehingga akhir bulan ini hanya mencapai sebanyak 3,000 TEU's, sungguh-sungguh mengerikan.

Pada kebiasaannya purata pencapaian sebulan melalui syarikat berkenaan ialah 9,000 TEU's, ini menunjukan kemorosotan sebanyak lebih kurang 65%. Satu jumlah peratusan yang tinggi, sehingga mampu menjejaskan pendapatan KTMB.

Pihak RUM yakin punca penurunan ini berikutan kenaikan harga tambang Kargo, seperti kenyataan sebelum ini iaitu kelemahan perancangan yang dilakukan oleh Datuk Presiden KTMB.

Suka dijelaskan bahawa sebelum ini, kenaikan adalah sebanyak 100-200% yang dilaksanakan hanya pada 1-7.1.2014, namun dengan campurtangan Lembaga Pengarah, maka penurunan kepada 20%.

Namun ada pelanggan yang gembira dengan penurunan harga kargo kepada 20%, ada juga yang bertindak memboikot, memboikot adalah satu gejala yang tidak sihat, namun boikot ini berkemungkinan juga kerana rasa kurang senang sebilangan pelanggan dengan cara kenaikan yang dibuat.


Pihak RUM, masih tidak faham apakah formula yang digunakan, sehingga membuat pelanggan rasa kurang senang, KTMB bukan tidak pernah menaikan harga tambang kargo, kenaikan masa lampau tidak menimbulkan rasa tidak puas hati, sebaliknya diberi kerjasama yang baik oleh pelanggan, sudah pasti pengurusan terdahulu bijak merancang mengunakan formula yang boleh mencetuskan win-win situasion.

Kalau kita tidak tahu, memang kita tidak tahu, tapi kita mahu tahu, maka satu perkara yang baik, sebab kita mahu belajar.

Tapi...

Kita tidak tahu, memang kita tidak tahu, tapi kita pura-pura tahu, inilah jadinya.

Ibarat kata "BODOH SOMBONG"

Kebijaksanaan seseorang yang berjawatan no 1, sangat penting dalam mencetuskan idea serta merancang sebelum menurunkan kepada pegawai bawahan untuk membuat kajian secara menyeluruh atau mengarahkan pegawai bawahan untuk membuat perbandingan formula yang terdahulu bagi memastikan pelaksanaan tidak timbul masalah dikemudian hari, malah pertemuan dengan pelanggan sangat penting bagi mengambilkira pandangan mereka agar wujud kefahaman dan penerimaan. Kefahaman dan penerimaan kedua-dua pihak akan mewujudkan win-win situation.

Kalau dilihat seperti di atas perkara ini seolah-olah tidak berlaku, sehingga mewujudkan perasaan kurang senang sehingga pelanggan memboikot perkhidmatan Kargo, justeru itu, jawapan yang boleh diberi ialah "KELEMAHAN PERANCANGAN".

Kelemahan perancangan ini menghakibatkan satu kerugian kepada KTMB, kerugian ini perlu ditekankan bahawa puncanya ialah Datuk Presiden KTMB yang gagal mengurustadbir dengan baik, malah telah menjadikan KTMB sebuah syarikat pengangkutan yang berusia 130 tahun hilang punca.

Sehubungan dengan itu pihak RUM akan menulis surat pada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia, merangkap Menteri Kewangan mengambil tindakan tatatertib atas kegagalan mengurustadbir dan menyebabkan kerugian kepada KTMB iaitu kepada Datuk Presiden KTMB.

Pihak RUM tidak akan bertolak ansur pada sesiapa yang ingin merosakkan KTMB, RUM bertanggungjawab menjaga kepentingan KTMB demi masa depan keseluruhan warga RUM dan warga KTMB amnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB