10 Januari 2014

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD) - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.




Pihak kesatuan terpanggil untuk melahirkan rasa kehairanan bila surat-surat kesatuan yang dihantar kepada serta lain-lain surat turut disesalinankan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengenai kedudukan tahap keselamatan seperti lokomotif, koc dan lain lain yang telah overdue yang boleh menghakibatkan kemalangan serta mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pekerja malah penumpang terus membisu tanpa sebarang tindakan.

Malah pihak kesatuan juga merasa hairan dengan tindakan SPAD yang seolah-olah mendiamkan diri mengenai kedudukan landasan yang juga berada dalam keadaan kritikal.

Pihak kesatuan beranggapan, seolah-olah pihak SPAD turut bersekongkol dengan Presiden KTMB, tanpa memberi arahan atau tekanan supaya tindakan segera perlu diambil malah mendesak Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan kerana kegagalan mengatasi masalah-masalah yang telah berlarutan. Pihak kesatuan mendesak SPAD bertindak segera sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.