14 Januari 2014

"KANGKUNG" - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kangkung
Asalamualakum

Salam Maulidulrasul.

Cerita kangkung menjadi topik hangat minggu ini dalam Facebook malah dalam group whatsupp, ada yang berkata sinis, perli, kutuk dan pelbagai lagi.

Sekarang ini, tak boleh salah cakap, salah cakap pasti kena, inilah situasi yang berlaku dalam suasana kehidupan hari ini.

2 perkara yang boleh dilihat:-

Kenyataan YAB Dato Sri Perdana Menteri cuba menjelaskan bahawa tak semua barang naik, ada juga barang turun, beliau mengumpamakan kangkung sebagai contoh bahawa kangkung turun harga, kesilapan YAB Dato Sri Perdana Menteri ialah mengumpamakan "kangkung", kononnya untuk mencari ayat mudah bagi senang difahami.

2. Sebaliknya orang ramai yang juga adalah pekerja tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana kenaikan harga barang lalu memutarkan ayat "kangkung".


Pada pandangan RUM, pekerja yang juga rakyat kini rata- rata tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang, kenaikan harga barang akan meningkatkan kos sara hidup, yang boleh menjejaskan ekonomi seorang individu pekerja dan keluarga pekerja. Wang yang dibawa balik telah merosot nilainya, maka pekerja yang mengalami situasi sebegini akan mula lahirkan rasa tidak berpuas hati.

"KANGKUNG" yang kini telah dijadikan sebagai isu, telah melahirkan satu kenyataan bantahan secara nyata iaitu dibawah tafsiran RUM boleh disebut "BERPIKET DI ALAM MAYA" atau BERDEMONTRASI DI ALAM MAYA"

Justeru itu, pihak kerajaan khususnya yang mempunyai jabatan2 tertentu perlu bergerak pro aktif, supaya pengawalan harga barang dapat di kawal, subsidi terus dikekalkan, barangan yang dimonopoli oleh pihak2 tertentu diambilalih oleh badan-badan kerajaan bagi memastikan harga barang dapat dikawal, sebagai contoh, LKIM boleh mengambilalih sebagai pemborong ikan bagi mengawal harga ikan, bukan setakat dijual di pasar tani sahaja.

ATAU

Sekiranya badan-badan kerajaan ini tidak mampu menjalankan tanggungjawab ini, pihak kerajaan perlu mencari satu solusi atau mencari satu kaedah iaitu memperuntukkan satu nilai berbentuk RM kepada pekerja yang bergaji RM 4000.00 ke bawah bagi membantu perbezaan peningkatan kos sara hidup setiap bulan, seperti tuntutan MTUC elaun sara hidup, malah Gaji Minima perlu ditingkatkan kepada RM 1500.00, bukan lagi RM 900.00.

Sekiranya kerajaan masih mengunakan alasan seperti "kangkung", maka kerajaan akan terus menerima bantahan dari pekerja yang juga rakyat kerana mereka merasakan mereka seperti teraniaya.

Kerajaan kini perlu berhati-hati dalam setiap tindakan maupun sebarang kenyataan, sebaliknya berusaha menyelami hati pekerja dan juga rakyat, rakyat kini bukan seperti rakyat dahulu, yang makin bijak malah cukup matang untuk berfikir sebarang tindakan yang dibuat oleh kerajaan.

Kerajaan yang matang perlu berfikir dan bertindak dengan waras, bagi memastikan rakyat terus terbela, kegagalan akan menyebabkan kerajaan akan berdepan dengan setiap bantahan seperti "KANGKUNG"

Carilah pendekatan yang terbaik, selami hati pekerja dan juga rakyat, jadilah kerajaan yang benar-benar matang, kerana rakyat kini sudah cukup matang.