30 Januari 2014

PERKHIDMATAN TREN INTERCITY - Kelemahan Perancangan

Gambar Hiasan
Perkhidmatan tren intercity adalah perkhidmatan tren antarabandar diantara Kuala Lumpur ke Padang Besar, Kuala Lumput ke Tumpat dan Kuala Lumpur ke Woodlands Singapore.

Kemuncak pendapatan tertinggi tren ini ialah pada musim-musim cuti sekolah dan cuti raya iaitu seperti tahun baru cina yang akan disambut esuk, sambutan pada musim-musim seperti ini akan memberi pulangan yang tinggi sekiranya perkhidmatan tren tambahan atau penyambungan koc yang banyak pada satu-satu perkhidmatan seperti ekpress langkawi dan lain-lain.

Stok kereta yang terdapat dalam KTMB kini sekitar 200 buah koc, yang boleh digunakan hanya sekitar 105 buah koc sahaja, iaitu pengunaan sekitar 53%, bermaksud 47% koc berada dalam keadaan sakit dan perlu diperbaiki dengan segera.

Pengunaan koc bagi setiap perkhidmatan tren kini adalah sekitar 7.5 buah koc bagi sesuatu jajaran sedangkan kemampuan sebuah lokomotif mampu menarik lebih 15 buah koc tertakluk kuasa kuda lokomotif atau dengan kemampuan Power Unit Car (PGC) yang membekalkan kuasa letrik pada koc mampu membekalkan letrik sebanyak 12 koc.


Apakah masalah sebenarnya, ada 2 masalah besar sehingga berlakunya kelewatan atau kelembabpan membaikpulih koc sakit. 1. disebabkan kegagalan satu syarikat kontraktor membaikpulih koc mengikut jadual, 2. kelewatan membuat keputusan untuk membaikpulih koc sakit.

Andai tindakan Datuk Presiden KTMB ketika awalan masuk KTMB pada 2.5.2012, dapat mengesan masalah yang membelengu KTMB mengenai koc sakit, mengenal pasti dan merancang dengan baik, maka dalam tempoh 3bulan pertama, Datuk Presiden KTMB telah membuat perancangan, selepas itu untuk tempoh 3 bulan berikutnya penyediaan dokumen tender telah pun disiapkan atau diiklankan dan penutupan tender, untuk 3bulan berikutnya atau 9bulan berkhidmat dalam KTMB , maka keputusan atau award telah dikeluarkan, pada tahun pertama, beliau berkhidmat, koc sakit yang pertama telah pun dikeluarkan seawal-awalnya dalam 3bulan pertama sekiranya pihak yang mendapat award berkenaan mampu menyediakan alat ganti yang cepat, malah pembekalan koc yang dibaikpulih boleh dilakukan sekurang-kurang 5unit koc setiap 3bulan. Maka dalam tempoh setahun Datuk Presiden KTMB berkhidmat Datuk Presiden KTMB berjaya mengeluarkan koc pertama yang dibaik pulih, ini menunjukan bahawa Datuk Presiden KTMB seorang yang "genius" malah sangat hebat dalam mengenalpasti masalah serta bertindak segera bagi memulihkan koc-koc sakit.

Katakanlah, ada berlaku sedikit kelewatan, kita andaikan kelewatan itu 3bulan, kerana mungkin juga terwujud masalah-masalah diluar jangka, tapi berjaya mengatasi, maka koc yang pertama paling lewat dikeluarkan ialah 1tahun 3 bulan, ini pun sudah dikira sangat baik malah boleh diberi pujian, "successfull"!

Dalam tempoh 18bulan Datuk Presiden KTMB berkhidmat, hari ini, KTMB yang menjalankan operasi tren antarabandar yang difahamkan semua tahu tiket telah abis dijual akan mendapat penambahan pendapatan melalui sekurang-kurangnya 6koc sakit yang berjaya dibaik pulih.

Ini kelemahan yang wujud, kerana Datuk Presiden KTMB lemah dalam mengenalpasti masalah, kurang menyakini pengurusan warga KTMB, gagal membuat keputusan yang tepat, sehingga kelemahan perancangan terpancar, KTMB terus dipandang sebagai pengangkutan yang lemah atau sekadar bersyarat, "janji tren ada jalan, kurang koc, ada aku kesah".

Melalui teguran surat-surat kesatuan baru ada pergerakan, namun pihak kesatuan dapat mengesan, seolah-olah dokumen tender memihak kepada pihak tertentu iaitu melalui adenddum yang di buat banyak kali, "surat kesatuan boleh dirujuk", selepas teguran kesatuan maka baru ianya dipinda, andai tiada teguran, maka kita boleh tahu siapa yang dapat. Inilah yang berlaku dalam KTMB. Punca ini terletak pada consultant made in India, malah kalau dilihat seolah-olah ianya direstui oleh Datuk Presiden KTMB.

Andai kejujuran, andai keikhlasan, andai amanah dan rasa bertanggungjawab, kelewatan tidak mungkin berlaku, kelemahan dapat diatasi, kerjasama pasti diperolehi, KTMB boleh dipulihkan.

Pembaikpulihan koc kini telah melintasi kelewatan melebihi 6 bulan lagi selepas memberi peluang tempoh 3 bulan masalah diluarjangka. Kerugian bagi setiap larian 6 koc bagi tempoh 6 bulan akan terus dialami oleh KTMB, kiralah berapa kerugian KTMB, sebenarnya kerugian ini akan terus berlaku dan berlaku, kerugian ini adalah pembaziran, atau ayat paling tepat ialah "opportunity loss".

Kelemahan perancangan ini, adalah kelemahan Presiden KTMB selaku pemimpin atau ketua, tanggungjawab ini perlu dipikul oleh Datuk Presiden KTMB .

Sehubungan dengan itu RUM terus mendesak Datuk Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan. 

RUM TEMBAK GUNA PELURU TABUR, NAK TEMBAK SATU, KENE TIGA, SELAMATLAH KTMB!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB