06 Januari 2014

Piket satu tindakan positif - Kenyataan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RUM melihat Piket maupun Demontrasi itu satu tindakan positif, sekiranya ianya dilakukan secara aman, Piket maupun Demontrasi di bawah tafsiran RUM walaupun ianya subjektif, tapi ianya berlaku adalah semata-mata untuk menarik perhatian agar setiap perkara yang berlaku diambil perhatian dan tindakan khususnya ialah penyelesaian.


Piket atau Demontrasi boleh diistilahkan sebagai bayi (baby) yang menangis kerana hendakkan perhatian atau lapar kerana maukan makanan seperti susu, tanggungjawab ibu bapa yang ada bayi (baby) perlu memberi perhatian segera dengan memujuk serta memberi bayi itu makan atau memberi susu, tindakan bijak ibu bapa dengan menyegerakan tindakan memujuk serta memberi makanan bermaksud ibu bapa berkenaan adalah seorang yang bertanggungjawab kepada bayi, malah telah memberi kasih sayang yang sewajarnya.


Sekiranya ibu bapa berkenaan, mengambil tindakan sebaliknya, iaitu membiarkan bayi itu menangis atau memarahi bayi itu atau pun mengunakan kekerasan dengan memukul bayi itu, maka ibu bapa itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab malah ianya boleh disifatkan sebagai penderaan. Tindakan sebegini menyifatkan ibu bapa ini tidak layak dipanggil ibu atau bapa kerana menzalimi anaknya sendiri.

Begitu juga majikan ataupun kerajaan yang boleh diibaratkan sebagai ibu bapa, adakah mau menjadi seorang ibu bapa yang menzalimi anaknya atau seorang yang mahu memberikan kasih sayang kepada anaknya.

Apakah tanggungjawab sebenar seorang ibu dan bapa, apakah tanggungjawab seorang majikan atau kerajaan, apakah sanggup membiarkan bayi atau anak menangis atau menenguk sahaja, atau terus mendera bayi / anak berkenaan.

Sifat seorang pekerja sama juga seperti seorang bayi atau anak, sifat seorang majikan atau kerajaan seperti juga seorang ibu dan bapa, boleh ditangan-tangankan, tapi ditangan-tangankan untuk kesedaran, tapi jangan sampai timbul penderaan, penderaan akan membuat anak itu terus menangis dan menangis akhirnya anak itu akan bertindak luar biasa yang tidak dapat ditangani lagi.

Justeru itu setiap ibu bapa atau majikan mahupun kerajaan perlu bertindak segera bagi memastikan bayi/anak atau pekerja terbela dan tidak teraniaya, jadilah seorang ibu bapa atau majikan atau kerajaan yang bertanggungjawab serta memberi kasih sayang yang sewajarnya, tanggungjawab itu adalah amanah, amanah yang telah diberikan perlu dilaksanakan dengan seikhlas dan sesungguh hati.

Maka janganlah salahkan bayi/anak atau pekerja yang mula menangis dan akan terus menangis, tanyalah diri sendiri kenapa membiarkan bayi/anak atau pekerja itu terus menangis.

Kenyataan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN Maka pengumuman melalui Business Plan 11 (akhir) telah dibuat: PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN PADA : 9 MEI 2014 JAM : 4.30 - 7.00 PETANG LOKASI : DIPERKARANGAN IBU PEJABAT KTMB, JALAN HISHAMUDDIN, KUALA LUMPUR. (Rujuk Bu… Read More
  • PIKET : HALA TUJU DATO' PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB Gambar Hiasan Business Plan yang dianjurkan oleh Dato Pengerusi adalah lebih munasabah kerana mempunyai hala tuju, walaupun secara umumnya tidak meletakkan "Target". Kenapa tidak diletakkan "Target" jawapan mudah iaitu… Read More
  • PIKET : Tanggungjawab dan Amanah! Pada dasarnya RUM tidak mahu berpiket, piket ni satu kerja yang berat malah bukan mudah, setiap perkara diperhalusi, mempunyai dalil yang kukuh malah keputusan dibuat berdasarkan satu tempoh yang munasabah. Gerak kerja,… Read More
  • UNDUR ATAU RUM AKAN BERPIKET! Kenangan Piket RUM, akan berulang lagi, tindakan ini akan diambil sehingga Datuk Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan. RUM sekali dah istihar "PERANG" akan perang abis-abisan, demi warga KTMB dan KTMB. UNDUR ATAU … Read More
  • Piket satu tindakan positif - Kenyataan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB RUM melihat Piket maupun Demontrasi itu satu tindakan positif, sekiranya ianya dilakukan secara aman, Piket maupun Demontrasi di bawah tafsiran RUM walaupun ianya subjektif, tapi ianya berlaku adalah semata-mata untuk mena… Read More