22 Januari 2014

PROPOSAL MMC DAN KARGO KTMB YANG MERUDUM

Gambar Hiasan
Info terkini yang diterima ialah "proposal" dari MMC kepada Kementerian Kewangan hanya mengambil pengangkutan Kargo sahaja, bermakna lokomotif dan wagon semua yang berorientasikan perniagaan kargo akan diambilalih oleh MMC.

Kalau ini benar, perniagaan yang boleh mendatangkan hasil lumayan kepada KTMB akan diambilalih oleh MMC. MMC bijak tersangat bijak dalam mencari jalan yang menguntungkan.

Kerana mereka menyedari potensi keuntungan adalah melalui pengangkutan Kargo, malah dalam aspek lain, MMC tidak perlu memikirkan mengenai infra dan lain-lain, kerana antara cadangan MMC ialah infra dan lain-lain adalah tanggungjawab kerajaan.

Kembali kepada situasi Kargo KTMB hari ini, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh RUM, dapat dilihat, sambutan dari pelanggan yang mengunakan Kargo KTMB telah merosot, seperti kontena di Pelabuhan Klang, di Pasir Gudang serta di Padang Besar disebabkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan kos pengangkutan kargo, sehingga menyebabkan pendapatan KTMB melalui Kargo merudum.

Gambaran seolah-olah ada kaitan diantara cadangan MMC untuk mengambilalih pengangkutan Kargo KTMB dengan masalah yang berlaku dengan kedudukan Kargo KTMB yang merudum disebabkan kenaikan harga Kargo.



Apakah ada konspirasi diantara Datuk Presiden KTMB dengan MMC? tapi kalau ditafsirkan yang tersirat seolah-olah ianya satu strategi yang licik bagi melicinkan proses menyerahkan pengangkutan Kargo KTMB kepada MMC.

RUM melihat situasi ini adalah tidak sihat, kerana pengangkutan Kargo KTMB yang kini menjalankan operasi Kargo hanya 3% dari keseluruhan pengangkutan Kargo di negara ini mampu menambahkan perkhidmatan Kargo lebih dari 15%, seperti cadangan RUM, multiple operator kargo adalah satu langkah yang positif bagi memperkembangkan serta meningkatkan pendapatan KTMB malah mampu menjana ekonomi negara, sebaliknya hasrat atau cadangan yang dikemukakan oleh MMC ialah satu perniagaan "monopoli" yang merugikan KTMB malah kerajaan.

Pihak kesatuan memandang serius mengenai perkara ini dan menentang sekeras-kerasnya usaha-usaha sedemikian.

Justeru itu pihak Kesatuan mendesak Kementerian Kewangan menamatkan kontrak Presiden KTMB serta merta, pilihan selanjutnya ialah pihak kesatuan akan mengambil tindakan perusahaan sehingga Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan dari KTMB serta membantah sebarang usaha mana-mana pihak mengambilalih KTMB atau mengambil mana-mana operasi KTMB.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja RUM akan diadakan dalam waktu terdekat untuk membincangkan perkara ini selaras mandat yang diberikan oleh Majlis Exco RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB