18 Januari 2014

BANK PERUMAHAN RAKYAT

Gambar Hiasan
RUM banyak mendengar rungutan dikalangan pekerja sektor swasta yang agak sukar mendapat pinjaman dari Bank yang mempunyai syarat yang ketat, walaupun andaian mengatakan kemudahan pinjaman perumahan bagi pekerja itu ada. Ini menyukarkan pekerja-pekerja memiliki rumah kediaman sendiri, apatah lagi kadar faedah yang agak tinggi menjadikan tempoh bayaran balik bulanan menjadi satu beban kepada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.

RUM juga menyedari bahawa kerajaan ada memperuntukkan rumah rakyat atau rumah sederhana murah atau sebagainya, namun penyediaan perumahan ini tidak mencukupi sudah pasti pekerja terpaksa mencari rumah yang bersesuaian yang dibina oleh pemaju swasta.

Perumahan adalah satu asas yang paling penting dalam sesuatu kehidupan, penyediaan bagi setiap individu pekerja untuk mendapatkan sebuah rumah adalah perkara wajib bukan sahaja untuk berteduh tapi untuk hari tua.


Justeru itu adalah diharapkan kerajaan boleh mewujudkan Bank Perumahan Rakyat dengan kadar faedah sekitar 2% bagi tujuan membantu golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Pinjaman ini dikhususkan untuk pekerja yang berpendapatan RM 4000.00 ke bawah.

Ini akan memberi ruang kepada pekerja swasta seperti KTMB dan lain-lain sektor yang berpendapatan rendah memiliki rumah.

Usaha ini perlu dilakukan demi memberi keselesaan kepada rakyat khususnya pekerja yang berpendapatan rendah.

Harapan RUM, kepada kerajaan khususnya YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dapat mempertimbangkan cadangan ini demi kepentingan kaum pekerja di negara ini.


SATU PEKERJA SATU RUMAH!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Dunia Moden Memang Tidak Adil. Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi KTMB Setuju dengan kenyataan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.  Dunia Moden Memang Tidak Adil... Gaji Presiden KTMB puluhan ribu ringgit, kerja tak buat, w… Read More
  • STRATEGIC TRANSFORMASION DIVISION ( STD ) RUM suka dengan short name "STD" ini, glamour, komersial n mempunyai nilai - nilai abstrak. Ianya menjadi sebutan ramai pegawai KTMB dan Pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM, benar-benar "POPULAR". STD sebenarnya buk… Read More
  • KARGO (Pt 1) Gambar Hiasan APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB  Kargo KTMB adalah punca pendapatan utama kepada KTMB, RUM menyedari bahawa Kargo KTMB kini hanya membawa 3 % dari seluruh pengangkutan kargo dinegara ini. Unt… Read More
  • KARGO (Pt 2) Gambar hiasan APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB  RUM pernah mencadangkan kepada kerajaan dan pernah membuat presentation pada Lembaga Pengarah KTMB pertengahan tahun lepas mengenai "Multiple Operator", cadangan… Read More
  • PERLANGGARAN AKTA 177 Tadi pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan(JPP) menelefon memaklumkan bahawa pihak pengurusan KTMB memohon penangguhan disebabkan Pegawai Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi masih bercuti memohon dipinda pada 26.8.2… Read More