21 Januari 2014

SUARA RUM Generasi ke-2

SUARA RUM telah melakukan perubahan aplikasi android kepada 'generasi ke-2'. Dengan perubahan ini selain memudahkan ahli-ahli Kesatuan ini memperolehi maklumat, ianya lebih mudah dan mempunyai banyak fungsi yang berguna. Versi terbaru ialah dengan memasukkan RSS dari blog Labour Bulletin dan RSS MTUC


Gambarajah 1
Merujuk kepada 'Gambarajah 1' diatas, anda akan dapati 4 ikon disebelah bawah iaitu:

1. All
2. Latest
3. Unread
4. Star

Saya akan menerangkan secara ringkas kegunaan 4 ikon tersebut.

1. All - dengan menyentuh ikon ini, anda akan membaca keseluruhan kandungan blog SUARA RUM
2. Latest - Membaca artikel terkini dari blog SUARA RUM
3. Unread - Hanya artikel yang belum dibaca sahaja dipaparkan
4. Star - Ketika anda membaca artikel-artikel didalam blog SUARA RUM, terdapat artikel yang ingin anda baca atau membuat rujukan dilain masa, anda hanya perlu sentuh ikon "Star" dan artikel berkenaan akan disimpan untuk rujukan anda kemudian.

Bukan setakat itu sahaja fungsi yang terdapat pada generasi android ke-2 SUARA RUM. Anda boleh gunakan klik kiri, pada peranti anda (bergantung jenis handphone anda, saya guna samsung S3) anda akan dapat paparan seperti dibawah.

Gambarajah 2
Dalam gambarajah 2 diatas, anda perhatikan terdapat 6 ikon iaitu:

1. Update All
2. Mark All Read
3. Hide Read
4. Delete All
5. Delete All Read
6. More

Untuk mengetahui kegunaannya sila ikuti penerangan ringkas saya dibawah

1. Update All - Dengan menyentuk ikon ini, kandungan aplikasi SUARA RUM akan diupdate kepada artikel terkini.
2. Mark All Read - ini bermakna anda menandakan semua artikel sebagai telah dibaca
3. Hide Read - ini bererti anda menyembunyikan artikel yang telah dibaca
4. Delete All - Anda akan memadam semua kandungan artikel SUARA RUM didalam aplikasi ini diperanti anda. (fungsi ini tidak memadamkan artikel di blog)
5. Delete All Read - Anda memadam semua artikel yang telah dibaca, sama seperti di nombor 4, tetapi hanya yang telah anda baca sahaja akan dipadamkan.
6. More - ikon "More" ini membunyi 6 pilihan

1. Undelete All
2. Clean Up
3. Clear Cache
4. Settings
5. Feedback
6. Fullscreen On
Anda boleh mencubanya dan alami sendiri perubahan yg disediakan untuk berikan maklumat pantas dan mesra pengguna.

Untuk dapatkan SUARA RUM generasi ke-2 ini anda boleh dapatkan di PLAY STORE dengan buat carian untuk "SUARA RUM". Anda uninstall aplikasi SUARA RUM yang ada dan install SUARA RUM V2 dari Play Store.