10 Januari 2014

Knuckle Coupler Lokomotif Ircon. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Gambar Hiasan
Pihak kesatuan mendapat lapuran bahawa pagi tadi locomotif Ircon 6665, terputus di depoh Batu Gajah, lapuran diterima ialah nuckle coupler tersebut hanya "welding tampung" (welding yang tidak kukuh, tidak mampu menahan beban tarikan)

Loko berkenaan ditarik oleh lokomotif lain dengan disambung beberapa lokomotif untuk diisi minyak, lokomotif ircon berkenaan berada ditengah dan terputus, lokomotif yang menarik beberapa lokomotif lain terputus dengan meninggalkan lokomotif ircon dengan jarak 100meter, secara bernasib baik ianya terputus dalam depoh.

Sungguh mengejutkan! Pihak kesatuan juga telah menghighlightkan isu keselamatan mengenai lokomotif ircon melalui surat rasmi dan dalam mesyuarat Majlis Bersama Pusat, alasan yang diberikan ialah pihak ircon akan berusaha memperbaiki lokomotif ircon bagi memastikan tahap keselamatan ditahap yang dikehendaki.


Jika dilihat apa yang berlaku, tahap keselamatan lokomotif ircon berada di dalam keadaan tidak selamat, sebagai contoh apa akan berlaku sekiranya lokomotif berkenaan sedang menarik tren penumpang di "main line" dan terputus? Jawapan pada pembaca sendiri.

Pihak kesatuan merasa sangsi dengan kerja-kerja yang dibuat oleh pihak ircon dengan mengunakan "welding tampung" yang menjuruskan kepada risiko keselamatan yang sangat merbahaya.

Punca berlaku ini ialah kelemahan perancangan Datuk Presiden KTMB yang gagal mengenalpasti masalah, malah sentiasa wujud kesangsian dengan pihak pengurusan khususnya jurutera KTMB, sebaliknya mempercayai consultant yang tidak bertauliah sehingga membatalkan penyewaan lokomotif sebanyak 40 unit yang telah pun ditender pada tahun 2010 bagi mengantikan lokomotif ircon, pembatalan dibuat seawal menjawat jawatan Presiden KTMB pada tahun 2012, sekiranya tidak dibatalkan, secara berperingkat boleh diterima pada tahun ini, masalah mengantikan lokomotif ircon yang telah berusia lebih dari 30tahun boleh dilakukan.

Satu pembuktian bahawa Datuk Presiden KTMB gagal menerajui KTMB kerana kelemahan perancangan, justeru itu pihak kesatuan mendesak Presiden KTMB ditamatkan kontrak sebagai Presiden KTMB.

Related Posts:

  • SOKONG KENYATAAN CUEPACSRUM sokong kenyataan Cuepasc mengenai perkara ini, malah tidak bersetuju dengan cadangan MTUC buat masa ini. MTUC sewajarnya melihat skop yang lebih luas lagi dalam menangani masalah kaum pekerja khususnya dari segi pendapata… Read More
  • PEMINJAMAN (SECONDED) INDUSTRI PERKERETAPIAN MENJELANG 2020 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MoT)RUM menilai kembali penawaran "peminjaman" yang ditawarkan kepada pekerja maintenance EMU. Kebiasaannya asas dan tujuan peminjaman kepada syarikat luar ialah memerlukan khidmat kepakaran pekerja KTMB dalam menjalankan tugas b… Read More
  • Beli barang yang tiada kualitiKenyataan ini disokong, cuma jangan sampai tergadai dengan membeli barang yang tidak berkualiti, maksud yang tidak berkualiti seperti apa yang terjadi dengan pembelian lokomotif 29 kelas dan SCS (rujuk surat mantan Presiden K… Read More
  • BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA1. BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA 2. PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA 3. PEKERJA/MAJIKAN/KERAJAAN Ramai yang marah apabila GAJI MINIMA antara Penjawat Awam dan Pekerja Swasta berbeza atau mungkin lain-lain faedah berbeza,… Read More
  • TAHNIAH MANTAN PRESIDEN KTMBSet EMU yang telah dijual sebagai "besi buruk", sayang seribu sekali sayang, seolah-seolah kita "bodoh" sampai tak tahu apa itu "re-engineering", kita ketinggalan zaman, sedangkan kita mampu lakukan. Sedih... sedangkan kalau … Read More