26 Januari 2014

PEMBAZIRAN 3

Bertanggungjawab dan dipertanggungjawab masing-masing ada peranannya tersendiri, kerana masing-masing mempunyai spesifikasi tugas yang telah ditentukan oleh Syarikat, berdasarkan gred jawatan, serta imbuhan gaji yang diterima.

Dalam hal ini ada beberapa perkara yang berbeza iaitu yang mengawal, meluluskan, yang memantau, yang mengarah dan yang melaksanakan kerja.

Justeru itu yang melaksanakan kerja berdasarkan arahan diberi, tidak boleh mengengkari perentah, walaupun tak betul, maka kena akur, walaupun ianya salah, kalau tidak akan dicop sebagai individu yang tidak mematuhi arahan, malah akan ditukarkan, namun rungutan terus didengari bahawa mereka tidak mahu terus bersekongkol, justeru itu RUM sebagai "watch dog" terus mengambil perhatian dan membangkitkan, kerana implikasinya adalah pekerja yang menerima arahan serta masa depan yang kelam.

Berbeza dengan mengawal dan menghentikan, disinilah tanggungjawab besar bagi mengawal salahlaku dalam bentuk arahan yang diberikan, apakah pengawalan telah dibuat, apakah perkara yang salah boleh dibenarkan, perlukah kelulusan diberi atau terpaksa buat keputusan yang drastik demi menyelamatkan pembaziran dan keruntuhan.

Justeru itu tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan perlu melaksanakan tugas dengan penuh amanah, kegagalan adalah satu perkara yang menjadikan kita sebenarnya bersekongkol dan membiarkan terus pembaziran berlaku.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • PEMBAZIRAN 3 Bertanggungjawab dan dipertanggungjawab masing-masing ada peranannya tersendiri, kerana masing-masing mempunyai spesifikasi tugas yang telah ditentukan oleh Syarikat, berdasarkan gred jawatan, serta imbuhan gaji yang diter… Read More
  • PEMBAZIRAN DAN JAWAPANNYA Gambar Hiasan Bila sebut soal PEMBAZIRAN, ianya terlalu luas, dari segi kerja, dari segi masa, pembelian barang, kegagalan menyediakan lokomotif, koc, PGC, ketepatan masa, utiliti, wang dan sebagainya. Siapa yang berta… Read More
  • Pembaziran - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Mengharap sesuatu yang digambarkan sebagai pencapaian 2013 melalui majalah tahunan, tapi hampa dan kosong! FAILED!! Yang boleh dinilaikan ialah satu pembaziran wang percetakan majalah tahunan. … Read More
  • Jangan bicara soal Pembaziran! Gambar Hiasan Majlis Tandatangani Perjanjian Bersama yang dijadualkan pada 27.1.2014 adalah seperti berikut:- Jam 10.00 pagi Majlis tandatangan Perjanjian Bersama diantara RUM dan KTMB. Jangka masa yang diambil iala… Read More
  • Consultan tidak bertanggung jawab, Presiden KTMB terpalit. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Add caption Datuk Presiden KTMB, sanggup mempertahankan consultant abis-abisan, sedangkan isu ini telah setahun berlalu, sekarang isu consultant dah terpalit kepada Datuk Presiden KTMB, kerana isu consultant maka isu maki… Read More