22 Januari 2014

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB PART 6

Gambar Hiasan
Datuk Presiden KTMB

Setahun setengah telah berlalu, KTMB merudum bertalu-talu, ungkapan mudah "buat apa pun serba tak jadi", rancang apa pun tak menjadi, wujud masalah bertingkat-tingkat, serba tak kena, serba tak jadi, kandas sana, kandas sini.

Yang tak dijangka-jangka pula terjadi, kelemahan terus terserlah kini, harap setinggi gunung dari ku ini, hancur berderai bak kaca terhempas.

Setahun yang lalu, tersebut "reverse strategy", teguran tersirat telah diberi, wall FB sebagai saksi, ungkapan berdua jua telah diberi, tidak didengari ibarat hidung tinggi.

Kini semua telah terjadi, KTMB merudum kerana kelemahan sendiri, enggan akui tapi menyedari, luahan hati pernah didengari.

Antara permata dan kaca, jawapan yang boleh diberi, nukilan sms yang disampaikan dulu, tak mahu dengari tidak peduli, kerana kaca maka tertumbanglah kini.

Satu, dua, tiga dan empat, kaca jua punya tempat, rasa simpati, tapi apa nak buat, dah terjadi dah pun terlambat, ibarat nasi dah menjadi bubur, tersembam dibumi diatur sendiri, sedih tapi itu naluri, kasih tetap sejati.

pergilah...pergilah.. jangan kembali lagi, jumpa di lain kali, semoga diberkati, diluar sana pasti ada rezeki.

PRESIDEN RUM