Gambar Hiasan |
Bila sebut soal PEMBAZIRAN, ianya terlalu luas, dari segi kerja, dari segi masa, pembelian barang, kegagalan menyediakan lokomotif, koc, PGC, ketepatan masa, utiliti, wang dan sebagainya.
Siapa yang bertanggungjawab tentang Pembaziran?
Semua pihak bertanggungjawab, dari Lembaga Pengarah KTMB, Presiden KTMB, Pengurusan KTMB sampai kepada pekerja bukan Eksekutif.
Siapa yang merancang bagi mengelakkan pembaziran?
Idea bagi mengelakkan pembaziran ialah dari Presiden KTMB, iaitu mengenal pasti asas kepada pembaziran seterusnya mengarahkan pihak pengurusan bawahan mengenalpasti, serta menguatkuasakan sebarang aliran pembaziran. Merancang pemulihan bagi memastikan tiada pembaziran.
Merancang dengan betul, memastikan sebarang perkara yang boleh menghakibatkan pembaziran, mengatasi sebarang masalah yang wujud, sebagai contoh kelewatan membaikpulih lokomotif yang telah "overdue" boleh menghakibatkan aspek keselamatan, kerosakan, kebakaran, kegeliciran sehingga menjejaskan perkhidmatan larian tren, ini adalah pembaziran! pembaziran masa, pembaziran wang, kerosakan teruk sehingga terpaksa membaikpulih secara keseluruhan atau boleh tersadai, akibatnya tidak boleh melarikan larian tren penumpang dan kargo, Kegagalan merancang dengan baik menghakibatkan KTMB kehilangan pendapatan dan ini satu pembaziran, seperti surat kesatuan di bawah perkara "opportunity loss".
Justeru itu kebijaksaan idea dalam mengelakkan pembaziran perlu ada dalam pemikiran Presiden KTMB, serta mampu mengatasi kewujudan masalah pembaziran dengan memastikan pengurusan bawahan bergerak mengikut arahan Presiden KTMB, selain menyakini pengurusan bawahan dengan idea-idea dan pengalaman yang sedia ada.
Tanggungjawab Lembaga Pengarah KTMB, ialah memastikan setiap perancangan yang dicetuskan serta pelaksanaan melalui perancangan yang dibuat di bawah pentadbiran Presiden KTMB mampu mengekang pembaziran serta mengawal sebarang perbelanjaan yang salah bagi mengelakan pembaziran, selain dari itu perlu melihat cadangan-cadangan melalui plan perniagaan dirancang dengan tepat bagi memastikan tiada kelemahan yang boleh mewujudkan pembaziran, mengenalpasti kelemahan-kelemahan perancangan oleh Presiden KTMB serta mengekang kelulusan setelah mengenalpasti wujudnya kelemahan perancangan yang boleh mewujudkan pembaziran dan membatalkan sebarang perancangan atau pelaksanaan yang dikenalpasti boleh menghakibatkan kerugian. Lembaga Pengarah perlu memastikan dasar melalui pekeliling kerajaan dipatuhi, kerana KTMB adalah milik Kementerian Kewangan Diperbadankan, Wang yang digunakan adalah Wang rakyat.
Setiap perancangan idea yang dikemukakan oleh pihak atasan pengurusan KTMB perlu dirancang dengan sebaik mungkin serta memastikan ianya digerakkan mengikut apa yang dirancangkan, pasti setiap perancangan ada kekangan, namun sebagai pengurusan tertinggi sudah pasti mempunyai beberapa plan untuk mengatasi setiap kekangan, namun setiap plan pasti ada tempoh untuk memastikan ianya berjaya serta melaksanakan setiap keputusan yang dibuat malah perlu dilaksanakan serta menguatkuasakan sehingga kepada pekerja bukan Eksekutif.
Pekerja bukan Eksekutif hendaklah mengikut sebarang arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan atasan bagi memastikan setiap arahan mengelakkan pembaziran dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Konklusinya
Tanggungjawab sebenar ialah Pemimpin, pemimpin itu Presiden KTMB, sesuai dengan gelaran jawatan atau gred jawatan serta imbuhan yang tinggi, sekiranya gagal melaksana serta merancang dengan baik malah memastikan setiap yang dirancang dapat dilaksanakan, justeru itu tanggungjawab itu perlu dipikul oleh Presiden KTMB, kerana semua cetusan idea, arahan dan penguatkuasaan datangnya dari Presiden KTMB, pegawai-pegawai bawahan hanya melaksanakan dan menguatkuasakan, bagi bukan Eksekutif, ianya hanya menjalankan tugas mengikut arahan.
Justeru itu dilihat dari sudut ini, Lembaga Pengarah KTMB perlu beri tekanan kepada Presiden KTMB untuk memastikan tatacara kerja serta pelaksanaan mengelakkan pembaziran dapat dilaksanakan sepenuhnya, sekiranya semua itu tidak dilaksanakan oleh Presiden KTMB, setelah Lembaga Pengarah tidak berpuashati dengan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada Presiden KTMB, satu lapuran bertulis kepada Kementerian Kewangan bahawa Presiden KTMB telah gagal melaksanakan tugas, perlu digantikan dengan segera demi menyelamatkan KTMB.
Sekiranya Lembaga Pengarah enggan berbuat demikian, jawapannya ialah Lembaga Pengarah KTMB membenarkan pembaziran sehingga menghakibatkan KTMB merudum, seolah-olah Lembaga Pengarah juga terlibat sama dengan kedudukan KTMB dengan membenarkan pembaziran.
Bagi mengelakkan terus berlaku, nama baik Lembaga Pengarah terpelihara, Lembaga Pengarah tidak bersekongkol dengan Presiden KTMB, maka satu tindakan perlu diambil dengan membuat rekemendasi kepada Kementerian Kewangan mengenai Presiden KTMB perlu digantikan dengan sesegera mungkin.
Surat-surat kesatuan semenjak Januari 2013, yang menyentuh semua isu boleh dikaitkan sebagai fakta pembaziran, adakah pembaziran perlu terus berlaku? Yang membenarkan pembaziran adalah mereka yang bersama dan bakal ingin bersama dengan Presiden KTMB iaitu mereka-mereka yang berkepentingan akan menutup telinga, mendiamkan diri serta mengharapkan sesuatu akan merelakan pembaziran dan membuatkan KTMB terus merudum!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB