17 Januari 2014

Menteri, Dengarlah Suara Golongan Pekerja, Rakyat Malaysia

Bila baca kenyataan akhbar semalam 16.1.2014, dalam Berita Harian kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri, Malaysia yang mengarahkan Menteri Kabinet hendaklah turun padang adalah sesuatu yang sangat mengalakkan.

Pihak RUM sangat mengalu-alukan kenyataan sedemikian, Menteri yang mana berkenaan hendaklah turun padang, tak perlu diarahkan, situasi kenaikan kos sara hidup adalah musuh kaum pekerja malah seluruh rakyat Malaysia, jangan tunggu sampai diarahkan baru nak bertindak, jangan tunggu sampai pekerja merungut, rakyat mengeluh baru nak bertindak, buatlah seperti mana turun padang untuk meraih undi ketika PRU, baru rakyat rasa diambil berat. Kekecewaan melanda hati pekerja khususnya rakyat, kita mahukan tindakan, kita mahukan penyelesaian, kita mahu nasib pekerja dan rakyat terbela.

Dalam masa yang sama, bukan sahaja kos harga barang, tapi masalah kaum pekerja, masalah kesatuan sekerja, masalah pemimpin kesatuan sekerja yang dibuang kerja, masalah pekerja seperti pekerja Hong Leong Bank yang dibuang kerja perlu diambil perhatian serius, perlu turun padang menangani masalah pekerja, kerana pekerja adalah aset negara, pekerja yang membangunkan ekonomi negara.

Harapan RUM adalah satu tindakan mengatasi masalah, setiap pemimpin sepatutnya faham apa itu "PENYELESAIAN MASALAH", pemahaman ini menjadikan ianya layak dipanggil "PEMIMPIN", justeru itu harapan RUM, adanya penyelesaian masalah bagi mengatasi rungutan kesatuan sekerja, pekerja dan rakyat amnya.

Sekali lagi, RUM mengalu-alukan kenyataan YAB Dato Sri Timbalan Perdana Menteri, Malaysia kerana arahan kepada Menteri Kabinet agar turun padang menyelami hati rakyat Malaysia.

Semoga turun padang, bukan sekadar turun padang tapi ialah penyelesaian bagi mengatasi masalah yang kian menjadi kerunsingan kaum pekerja dan rakyat keseluruhan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • GAJI LAMBAT 2 Alhamdulillah, Terima kasih Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB yang mendengar keluhan pekerja. Saya telah difahamkan bahawa "advance" 25% akan di bayar pada 21.9.2015, untuk kegunaan Hari Raya Aidil Adha. Manakala… Read More
  • PERKHIDMATAN KTMB Alhamdulillah, kini perkhidmatan KTMB kembali rancak, pantai timur, utara dan selatan telah pun berjalan dengan lancar, penambahan set - set train dalam setiap larian. Dari sebelum ini landasan agak lenggang kini telah … Read More
  • GAJI LAMBAT 1 Bila aku lihat komen... ramai yang mengeluh... ramai yang mengharap... adakah mereka tidak faham atau pura - pura tidak faham, sedangkan aku telah jelaskan melalui kenyataan berkenaan. Memang semua termasuk aku sendiri … Read More
  • MEMORI PERCUBAAN ETS DI ANAK SYARIKATKAN Kalau ikut topik di atas ianya adalah satu memori bila mana tercetusnya pertikaian antara RUM dengan Dr Aminuddin Adnan, Mantan Presiden KTMB sehingga tindakan "PIKET" dilakukan menolak Dr Aminuddin Adnan sebagai Presiden … Read More
  • Additional ETS train during school break and Aidiladha KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) will provide additional train for its Electric Train Service (ETS) for the KL Sentral-Padang Besar route in conjunction with school break and Aidiladha celebration. In a… Read More